Anak Saya Selalu Jalan Menjengkit Kaki

Anak Saya Selalu Jalan Menjengket Kaki, Normal Ke? 5 Tips Ini Anda Perlu Buat!

“Anak saya selalu jalan menjengket kaki. Risau pula saya tengokkan. Anak-anak yang lain takda pula macamni, normal ke ni?

Anak Saya Selalu Jalan Menjengket Kaki
Perhatikan Gerak Geri Anak Setiap Kali Mereka Berjalan.

Sebelum anda baca sampai habis, jangan panik dulu! kalau bayi mula berjalan hingga umur anak dua tahun, ada sesetengah bayi yang jalan menjengket. Mungkin mereka dah faham erti geli atau tak biasa memijak kawasan yang kotor atau melekit.

Perkongsian dari seorang Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol  boleh menjawab segala persoalan ibu ayah.

Anak Saya Selalu Jalan Menjengket Kaki

Langkah pertama ibu bapa boleh buat ialah semak perkara-perkara ini :

  • Jika disebabkan masalah fizikal, motor disorder dan otot, boleh rujuk kepada Physioterapist dan Occupational Therapist (Ortho Setting).
  • Jikada ada tanda lain seperti speech delay, sensory processing disorder, semak carta perkembangan kanak-kanak. Available online & free. Jika benar lewat umur yang sepatutnya, segera berjumpa terapis pertuturan bahasa berhampiran anda untuk assessment dan intervention. Dan jika ada tanda-tanda sensory problem, rujuk terapis cara kerja berhampiran untuk assessment dan intervention.
  • Adakah anak anda berjalan dengan gaya pelik? ” Lai macam je cara dia jalan kan abang?
  • Adakah tapak kaki dia tak ada lekuk?  Ditapak kaki kita ada arch yang membantu  keseimbangan badan. Boleh check kaki masing-masing.
  • Adakah dia jalan jengket sebab habit atau sengaja buat macam tu? “Suka nak buat-buat jalan jengket la Zara ni”

Anak Saya Selalu Jalan Menjengket Kaki

SEBAB KENAPA ANAK JALAN MENJENGKET?

  • Tanda masalah fizikal seperti motor skills disorder. Atau shortening of muscles around ankle due to early exposure to walker when babies. Sebab itu di Kanada, walker dilarang diguna untuk bayi.
  • Tanda berkemungkinan ada masalah kelewatan perkembangan bahasa (speech delay) ada kajian dalam skala kecil (small study) menunjukkan perkaitan antara tip toe walking dengan perkembangan bahasa. Ini ada kaitan juga dengan sensory development seperti movement, balance and coordination.

Anak Saya Selalu Jalan Menjengket Kaki

PERLU KE KITA BIMBIANG BILA ANAK SELALU JALAN MENJENGKET KAKI?

  1. Jika disebabkan masalah fizikal, motor disorder dan otot, boleh rujuk kepada physioterapist dan occupational therapist (ortho setting).
  2. Jika ada tanda lain seperti speech delay, sensory processing disorder, semak carta perkembangan kanak-kanak.Available online. Free. Jika benar lewat daripada umur yang sepatutnya, berjumpalah terapis pertuturan bahasa berhampiran anda untuk assessment dan intervention. Dan jika ada tanda-tanda sensory processing problem, rujuk terapis carakerja berhampiran untuk assessment dan intervention.
  3. Jika anak anda berjalan berjengket sebab suka-suka dan habit. Percayalah, tingkah laku ini akan faded over time. Insha Allah. Ia perkara biasa bagi kanak-kanak untuk belajar keseimbangan badan.
Anak Saya Selalu Jalan Menjengket Kaki
Biarkan Kaki Anak Pijak Pasir, Pijak Rumput & Pijak Tanah.
TIPS PENTING UNTUK IBU BAPA.

Rajin-rajinlah bawa anak anda keluar rumah buat banyak aktiviti sensori bersama alam. Jangan risau anak main kotor, kotor itu bagus perkembangannya.

  • Tanggalkan kasut.
  • Pijak rumput.
  • Berjalan atas pasir.
  • Masuk dalam air.
  • Lompat atas lumpur.

Biar mereka berpijak di bumi yang nyata. Bagus untuk perkembangan anak. Perkongsian yang sedikit dari saya.

Sumber: Mahfuzah Zainol

Banyak lagi informasi menarik tentang kehamilan, melahirkan anak tanpa koyak, berpantang tanpa kemurungan, penyusuan ekslusif & penjagaan anak untuk jadi hebat dalam ebook.9bulan10hari

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *