rahim ibu terkeluar
|

Gara Gara Ikut Nasihat “Pantang Tu Untuk Orang Kampung Jelah”, Rahim Ibu Ini Tersembur Keluar

Assalamualaikum 9bulan10hari. Tolong rahsiakan identiti saya. Saya dah selamat melahirkan anak tapi koyak di bahagian perineum sebab saya angkat pinggul masa meneran.

Saya berpantang di KL, rumah mertua. Meraka tak tahu mengenai adat berpantang kampung, saya adalah menantu sulung yang berpantang disitu.

CL datang uruskan saya untuk 3 hari saja. Dan dia berpesan saya benda ni…

“jangan duduk bersila…”
“jangan angkat berat”
“jangan tidoq dalam aircond”
“jangan makan makanan sejuk”
“jangan makan sayur menyelar”
“jangan mandi air sejuk”
“jangan banyak berjalan”

Ini nasihat dari CL.

Saya & suami cuba jaga ni. Tapi masa hari he 7 saya berpantang, mertua saya datang cakap…

tak perlulah nak pantang macam orang kolot… kalau zaman dulu boleh la… kita ni dah moden.. bukan orang kampung. Dah… bangun tolong masak

Allah.. terkejut saya masa tu. Saya cakap baik baik, saya kena berpantang sampai 45 hari. Pastu mertua saya marah. Dia cakap dia bukan orang gaji saya nak masakkan untuk saya. Dia cakap kalau nak makan masak sendiri.

Mertua saya pulak masa tu tunjuk statement seorang doktor pakar moden yang cakap..

“Berpantang lepas bersalin ni hanya perlu untuk orang zaman dulu & bukannya sekarang…. zaman kita lain… zaman dulu lain”

Disebabkan kata kata doktor tu, mertua saya pun terpengaruh & ingat saya tak perlu jaga pantang.

Saya anak yatim kak. Sebab tu saya pantang di rumah mertua. Suami saya pulak pegi Singapore untuk 5 hari ni. Bila saya msg bgtau suami, suami saya cakap sabar sampai dia balik nanti sebab bila dia jauh dia tak boleh buat apa sebab takut mak dia mengamuk nanti.

Saya pun ikut ja arahan mertua. Saya tolong dia masak & basuh pinggan.

Lepastu bab mandikan anak & basuh jemur baju saya yang buat..

Masa hari ke 10 pantang, saya rasa badan tak selesa. Rasa bahagian rahim sakit. Lepas saya pegilah toilet ingat nak membuang.

Bila saya duduk atas toilet bowl tu… ALLAH… tiba2 saya nampak ada sesuatu keluar dari faraj saya. Rasa terlalu tak selesa & lama kelamaan dia keluar lagi.

Saya jerit panggil mertua saya. Dia pun kelam kabut angkat saya masuk bilik& bawa saya pegi klinik.

Saya dengar doktor cakap rahim saya mungkin dibuang… berdebar hati masa tu sebab saya tak tahu apa yang tengah jadi.

Rahim saya jatuh kak.. saya kena prolapse!! Sakit tu tak terasa masa dia keluar. Tapi masa dimasukkan balik tu saya rasa terlalu pedih & perit. Menangis saya masa tu.

Bahagian perineum saya diceroboh lagi. Rasa ngilu semacam.

Buat semua wanita, tolonglah ambil tahu pantang larang masa berpantang ni…. sebab sakit bila peranakan kita jatuh ni teramat perit & tak selesa.

Sekarang daya dah nak habis berpantang. Hari ke 43 dah. Baru sempat nak kongsi cerita ni dengan akak. Selepas kejadian tu kan, CL datang balik rumah & jaga saya.

Kata penulis buku 9bulan10hari Nazira Nazir

Ini antara kes yang sebenarnya buat saya kecewa. Dah berulang kali sy nasihatkan ibu ibu untuk jaga pantang sebab bentan, meroyan, tombong semua tu wujud.

Dan tolonglah berpantang di tempat yang selamat

Habis orang putih tak pantang ok je…..

Siapa cakap orang putih pantang ok je? Pernah dengar prolapse? prolapse tu rahim jatuh…yg menjadi perkara biasa bagi orang2 putih yang tak jaga pantang di luar sana…

Di Australia, siap ada hotline number lagi untuk ibu ibu yang prolapse ni, sebab keadaan ni dah biasa di sana & sebenarnya menyakitkanlah bila setiap kali rahim tersembur keluar tu kena masukkan balik…!

Maybe ada some pakar perubatan punya pendirian mereka… itu terpulang kepada mereka. No Comment!

Tapi… bagi yang sayang & sukakan adat perbidanan melayu lama, saya akan sangat sangat sarankan setiap ibu selepas bersalin berpantang elok elok. Berpantang bukannya 45 hari saja, tapi jaga pemakanan sampai dah ada cucu cicit.

Bukan orang melayu kita saja, malah orang Cina & India pun sangat tegas dengan menjaga pantang ni.

Sejujurnya walaupun saya ni ala ala moden… tapi bab berpantang saya tetap jaga. Sebab dah tengok depan mata rahim terkeluar & dimasukkan balik. Kesian kakak tu menjerit jerit. Nauzubillah…

Baik, buat semua bakal ibu hamil… ini soalan & jawapan mengenai tombong. Alert jika bimbang kehilangan rahim selamanya.

Apa sebenarnya prolapse/ rahim jatuh / tombong ni?
Ia adalah keadaan bila rahim & servik alami kejatuhan & turun ke vagina disebabkan ligamen dan tisu yang menyokong sistem peranakan jadi lemah.

Prolapse

https://l.facebook.com/l.php?u=https%3A%2F%2Fwww.9bulan10hari.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2017%2F08%2FVaultPRLPS.jpg&h=ATM-hBiqao4RMAPGlRe1xENXI_gyEjWYTUM48cIxvHFMeqYuE_oNHt031vImzEJP4xZFtXd81uLk_mWodpzRuQWo3Bx7XyEMDomlYtPStKuFc5_gTTKwhdvbqUuWvbzUV_VDA4dHZA

Apakah tanda tanda rahim / peranakan jatuh?

  • Terasa sesuatu terkeluar di bahagian faraj
  • Ketulan pada faraj
  • Sukar buang air kecil / besar
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sakit belakang
  •  Sakit pelvis / ari-ari (dragging pelvic pain)
  • Pendarahan faraj selepas menopaus
  • Inkontinens kencing atau kencing tidak terkawal

 Apa yang menyebabkan peranakan jatuh?

  • Langgar pantang, makan makanan sejuk & ikut selera.
  • Angkat benda berat & ibu jari terlanggar sesuatu..
  • Sembelit ketika tempoh berpantang.

Apa yang perlu dilakukan ketika berpantang?

  • Jangan lakukan perkara perkara berat.
  • Jangan angkat berat.
  • Elakkan stress.
  • Fikir perkara perkara baik.
  • Jangan mencangkung terlalu lama ketika membuang.
  • Jangan duduk bersila.
    Bagaimana nak mencegah dari peranakan jatuh?
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Sekiranya terpaksa, pastikan anda selang dengan duduk seketika dan kembali bekerja.
  • Lakukan senaman pelvik.
  • Amalkan makanan berkhasiat & minum banyak air bagi mengelakkan sembelit kronik.
  • Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit.
  • Memakai bengkung atau korset walaupun sebelum kahwin. Namun, elakkan memakainya terlalu ketat.
  • Rancang kehamilan dengan elakkan mengandung secara kerap & rapat.

Make sure ketika berpantang, mommy dijaga oleh seseorang.

Rahim
Senaman menaikkan rahim

Dalam kebanyakan adat, mandikan anak pun tak dibenarkan dilakukan ibu berpantang. Kerja ibu yang sedang berpantang ni hanya rehat, makan, menyusu… dan kembali rehat makan & menyusu.

Like share & tag agar setiap wanita dijauhkan dari prolapse ini!

COPYRIGHT@Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!

Similar Posts

3 Comments

  1. Salam, saya nak tanya, adakah saya mengalami simptom ini. Apa bila saya msmbasuh ke dalam vagina, terasa ada sesuatu yg kluar didalam. Tapi tidak sakit. Apakah itu yg dimaksudkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *