Ramai Isteri Mengalami ‘Emotional Burnout’ Di rumah, Ini 9 Tips Untuk Suami Pulihkan Emosi Isteri
Penat tak jadi supermom? setiap hari jaga anak, uruskan rumah, anak nak berkepit dan suami tak membantu, isteri akan mengalami depresi dan emotional burnout jika dibiarkan.
Ikuti perkongsian seorang ibu Hanis Athirah Rusli, bagaimana cara nak mengendalikan emosi bila kita terlalu penat.
Dari dulu saya berangan nak menjadi SuperMom untuk anak-anak tapi serius kali ini terasa paling penat nak berjuang.
Seorang ibu hebat yang kental buat semuanya untuk anak-anak. Tapi sekarang tak lagi, saya rasa stress dan rasa diri tak berguna. Sekarang nak buat apa-apa rasanya takde idea dan semua tak sempat.
Rasa yang sukar untuk dijelaskan. Perasaan malas dan tidak bersemangat untuk buat rutin sama setiap hari. Terkadang rasa macam penat sangat dan bosan.
Penatnya jadi homeschooler ni. Kitalah ibu, kitalah pendidik, kitalah penggubal kurikulum, kitalah tukang sapu, kitalah tukang masak semua kita.
Serius penat sangat dan rasa tak tahu nak buat apa. Saya clueless. Saya mengadu dekat suami dan beliau minta saya berehat. Lepas tu suami slow ubah saya. Setelah berbincang rupanya saya ada mengalami beberapa simpton Parental Emotional Burnout.
TANDA-TANDA TINGKAH LAKU:
- Mengundur diri daripada tanggungjawab
- Menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya
- Datang bertugas lewat dan balik awal
TANDA-TANDA FIZIKAL:
- Rasa keletihan sepanjang masa
- Kerap sakit kepala, sakit belakang dan sakit otot
- Gangguan penghadaman
- Sukar untuk tidur
TANDA-TANDA EMOSI:
- Mudah marah dan sensitif
- Sukar mengawal perasaan dan mudah menangis
- Rasa tidak dihargai
- Rasa kegagalan
- Kurang tumpuan
- Terlalu penat
- Mengasingkan diri
Boleh dikatakan hampir semua yang saya alami. Saya tekad nak berubah, takkan saya nak teruskan hari-hari begini. Memang benar, tiada kerja yang sempurna walaupun diri sendiri merasai bahawa menjadi homeschooler ialah satu kerjaya yang paling saya suka.
Namun begitu, pada masa-masa tertentu saya mula rasa bosan dan letih. Hampir dua minggu saya rehatkan diri dari rutin sama.
TIPS UNTUK SUAMI BANTU ISTERI UNTUK PULIHKAN EMOTIONAL BURNOUT
Alhamdulillah suami banyak membantu saya untuk bangkit semula dan sekarang saya dah bersemangat untuk mulakan rutin homeschool semula. Apa yang beliau buat ialah:
1. Beri ruang untuk ‘Me time’
‘Me time’ yang terbaik ialah bila kita ada ‘quality time’ dengan Allah. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai seorang ibu dan isteri.
2. Menjadi pendengar setia.
Biarpun saya cakap mengarut saja, tapi beliau sudi mendengar keluhan dari isi hati ni. Saya juga kuat menangis tak tahu punca, rasa serba serbi tak kena. Jadi dekat suami saja tempat meluah.
3. Mengajak bersenam
Kali ini suami ajak saya dan anak-anak bersenam instead selama ni dia bersenam atau hiking seorang saja. Sebenarnya saya yang kuat bagi alasan sebelum ni bila diajak bersenam. Emm, bila bersenam barulah rasa tekanan itu berkurangan dan happy je dapat hirup udara segar.
4. Minum air secukupnya
Keletihan ialah tanda pertama dihidrasi. Saya akui saya kurang minum air kosong dan saya buat perubahan dengan banyakkan minum air kosong dari air berperisa supaya kecergasan otot kekal pada tahap maksimum. Ni pun suami saya paksa, kalau tak memang selalu ‘lupa’.
5. Dapatkan tidur sekejap pada waktu siang
Tak lama pun, ‘take a nap’ sekejap pada waktu siang sebelum memasak. Paling lama pun setengah jam saja. Masa tu suami saya melayan anak-anak sebab anak-anak saya memang jenis susah tidur siang. Jadi bila terjaga energy sudah recharge dan saya lebih bersemangat untuk teruskan rutin memasak.
6. Makan makanan yang sihat
Selama ini saya memang makan jenis tak teratur dan saya akan utamakan anak-anak dan suami dulu sebelum saya. Sampailah saya terkena gastrik. Saya pun degil banyak kali dah ditegur suami suruh makan sayur tapi tak makan. Banyak kali dah ditegur, kali ini saya mangalah dan saya nak ubah corak pemakanan supaya dengan menukar gaya pemakanan, kualiti kesihatan akan meningkat.
7. Rehat dari rutin
Suami minta saya banyak berehat. Kurangkan menghadap SocMed buat sementara dan fokus kepada hobi. Sebab bila terlalu leka dengan dunia alam maya kita jadi lupa apa yang kita ada dan nak apa yang kita tiada. Jadi sepanjang berehat saya membaca buku dan sempat habiskan buku Lana Living As An Autistic oleh Kak Syahirah Omar.
Alhamdulillah semakin meningkat motivasi intrinsic untuk mulakan hari mendatang. Buku ini dapat menjadikan diri ini ibu yang lebih berilmu dan lebih baik dari diri kita yang semalam. Lagi satu masa ni saya layan marathon drama 7 Hari Mencintaiku , selama ni tak tengok sebab suami tak bagi tengok masa maghrib. Saya pun bukan kaki layan drama. Jadi masa berehat ni sempat tonton online jugak, ehhh terjebak jugak.
8. Join anak melakukan unstructured play.
Saya rehat dulu structured play untuk sementara dan fokus untuk unstructured play. Join anak-anak beraktiviti secara santai. Tapi Ahza dah banyak kali tanya bila nak masuk kelas balik. Saya hanya cakap kita cuti sekejap sebab mama tak sihat. Terharu sebab bila kita tak berehat kita tak tahu pun sebenarnya apa yang kita rancang dan buat rupanya bermakna untuk anak. Jadi, saya tekad untuk teruskan hari-hari homeschool anak-anak lepas ini.
9. Bercuti
Suami mengajak saya dan anak-anak bercuti. Bila bercuti kita dapat ‘lari’ dan berhenti sejenak dari memikirkan rutin seharian kita. Bila bercuti kita dapat rasa tenang dan segar. Selalunya memang kami kerap melancong tapi memandangkan krisis pandemik tahun ni kami banyak menghabiskan masa di rumah. Alhamdulillah berkesempatan untuk bercuti, jadi burn out dapat dikurangkan dan mood pun bertambah baik.
Mood baik + rasa gembira = tampak MUDA! double yeay!
Hidup yang lebih gembira insyaAllah dapat mempengaruhi cara kita berinteraksi lebih positif dengan sekeliling kita. Alhamdulillah, syukur dapat suami yang begitu memahami.
Rasa ‘burn out’ dapat dikurangkan. Sekarang rasa happy bila gaya hidup ditukarkan. Dan rasanya tak perlu pun saya buat semua benda untuk manjadi seoarang SuperMom, cukuplah menjadi ibu yang sihat, cergas dan gembira selalu bersama mereka.
” Taking care of you and your mental health is not selfish, a healthy mom is a great gift to a child”
Sumber: Theproparenting