Bayi Dalam Kandungan

bayi dalam kandungan pandai meniru emosi ibu. 10 fakta ini ibu ayah perlu tahu.

Ketika hamil apa yang bakal ibu makan dan minum akan mempengaruhi bayi dalam kandungan. Tapi sebenarnya bukan itu saja, emosi yang ibu rasakan sewaktu berbadan dua juga boleh memberi kesan pada si kecil dalam kandungan.

Sebab inilah doktor selalu menasihatkan ibu hamil agar menjaga emosi, jangan selalu memikirkan perkara sedih dan negatif. Menurut kajian Psychological Science janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dilihat boleh dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.

Kredit Photo: news.yale.edu

Apa Yang Akan Terjadi Bila Ibu Kerap Menangis Sewaktu Hamil?

Setiap ibu hamil pasti sekali sekala mengalami stres yang ringan dan keadaan ini tidak akan memberi kesan pada janin. Tapi jika ibu mengalami stres berat yang disertai depresi impak buruk akan terjadi pada bayi.

Ibu yang selalu stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan colicky iaitu satu keadaan bayi berusia di bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam dan sukar ditenangkan.

Ketika ibu hamil stres tubuhnya akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi tidak melalui plasenta, tapi hormon melalunya. Jadi bila ibu sering stres maka hormon stres yang diterima janin juga makin banyak.

Kemurungan sewaktu hamil umumnya hampir sama dengan kemurungan selepas bersalin. 10 peratus ibu hamil mengalami depresi ini namun yang perlu diawasi adalah kesannya pada janin yang dikandung.

Bayi Dalam Kandungan Tadi Setelah Dilahirkan, Sukar Ditenangkan Bila Menangis.

Kesan Jangka Panjang Kepada Anak Selepas Dilahirkan

Bayi yang lahir dari ibu depresi sewaktu hamil mempunyai risiko 1.5 kali ganda lebih besar mengalami depresi ketika berusia 18 tahun dan boleh mengalami gangguan emosi seperti perilaku agresif.

Kredit Photo: parents.com

Adakah Si Ibu Masih Menyimpan Dendam Atau Kebencian?

Menyimpan dendam atau kebencian sewaktu hamil juga memberi kesan buruk pada bayi dalam kandungan. Ibu yang tak merasakan kedekatan dengan bayi yang dikandung kelak boleh menyebabkan anak mengalami gangguan emosi.

Oleh itu Ingat ya bakal-bakal ibu bersedih dan menangis sesekali ketika hamil itu biasa tapi jangan dibiarkan berlebihan hingga menjejaskan emosi dan fikiran.

Kredit Photo: blog.pregistry.com

10 FAKTA MENARIK BAYI DALAM KANDUNGAN

  1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
  2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
  3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
  4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
  5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
  6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
  7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
  8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
  9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagai reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
  10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
Kredit Photo: Bidadari.my

PESANAN BUAT SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG, BUATLAH BANYAK PERKARA YANG MENYENANGKAN

Setiap ibu mengandung pastinya pernah mengalami masalah yang tersendiri ketika hamil.

Mereka sedang bergelut dengan pelbagai perubahan yang berlalu pada dirinya, termasuklah fizikal dan emosinya.

Ada ibu yang kurang berselera makan, mood yang turun naik, sakit belakang, tak lena tidur malam, dan banyak lagi perubahan yang menyebabkannya cepat letih dan stres.

Sebab tulah suami kena main peranan untuk bantu isteri sehabis baik. Jadilah kaki dan tangan buat mereka.

Sama-sama kita bantu bidadari kita. Merekalah amanah yang perlu kita sayang dan hargai selamanya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *