5 Sebab Kenapa Surirumah Selalu Merasa Sunyi & Kosong? Para Suami Minta Hadam
Dulu masa sibuk bekerja, hati meronta-ronta nak berhenti kerja jaga anak dekat rumah. Dalam kepala terbayang leganya rasa kalau dapat tengok anak membesar depan mata. Hari-hari dapat main dengan mereka, peluk, cium dan luangkan masa bersama. Oh indahnya dunia ini!
Bila dah jadi surirumah sepenuh masa, barulah kita faham, ianya bukan satu kerjaya yang mudah. Setiap hari ada je benda nak dibuat, sampaikan tak ada masa langsung untuk diri sendiri.
Tapi pelik, kenapa surirumah mudah rasa sunyi? walhal mereka sibuk dengan pelbagai aktiviti dan melayani karenah anak yang bermacam-macam ragam. Tetapi jauh dilubuk hati mereka tetap rasa ‘kosong’, kenapa?
Minta para suami dan orang sekeliling, baca sampai habis!
5 SEBAB ISTERI MUDAH RASA SUNYI DAN KOSONG BILA JADI SURIRUMAH
- Mereka Terperuk Duduk Rumah Setiap Hari
Kalau dulu sebelum bergelar seorang ibu, rasa boring je, terus ajak suami pergi jalan-jalan. Setiap minggu ada je aktiviti yang best-best nak dibuat.
Tapi sekarang, bila nak keluar atau travel mana-mana, memang kena fikir banyak kali.
Nak kena bawa anak-anak dengan segala barang keperluan dia. Stroller, beg diaper, makanan, susu, baju spare, mainan, semua sekalilah. Nak packing barang anak, serupa nak balik kampung! padahal pergi taman je pun.
Sebab inilah ramai yang lebih rela duduk terperuk je dekat rumah dengan anak-anak. Tambah-tambah lagi musim covid 19 ni, memang lamalah duduk bertapa.
2. Lost Contact Dengan Kawan
Bila pertemuan terakhir anda duduk bersembang dan lepak-lepak dengan bff anda?
Sedar tak sedar, ketika inilah kita akan nampak persahabatan kita mula ‘rengang’. Secara tiba-tiba, rutin bersosial bukan lagi dalam senarai keutamaan.
Makin ramai kawan akhirnya lost contact kecuali beberapa orang yang betul-betul namanya ‘sahabat’.
Bila lama senyapkan diri, mulalah nanti kawan-kawan ingat kita dah lain, dah tak sama macam dulu. Sedangkan hanya surirumah je yang tahu apa kengkangan yang mereka lalui.
3. Rasa Letih & Tidak Dihargai
Siapa kata jadi surirumah tu ada banyak masa terluang? boleh tidur kalau penat, kalau lapar terus boleh makan dengan aman? anda silap!
Jadi surirumah ni hampir 24 jam kena alert. Selagi anak berjaga, setiap masa anak-anak perlukan pengawasan kita. Waktu mereka tidur pula, ingatkan boleh berehat sekejap.
Tapi itulah hanyalah angan-angan. Mereka dah macam lipas kudung nak siapkan kerja rumah yang masih berbaki.
Jangan ingat surirumah ni kerja goyang kaki, kena bagi dia ganti tempat kita sehari. Bukan penat fizikal je, mental kita pun letih lain macam. Sirap hari bulan boleh ‘gila’ jika tak pandai urus emosi.
Ini yang menyebabkan kita rasa sedih bila segala apa yang kita buat tak dihargai suami dan orang-orang sekeliling.
Jadi suami kenalah selalu ambil hati dan jaga hati isteri ya. Barulah hilang sunyi dan penat tu. Secara automatik isteri pun akan senyum sepanjang hari!
4. Nak Me Time, Nak Tinggalkan Anak, Rasa Rindu Pula!
Inilah dilema mak-mak. Bila suami dah beri me time, diri sendiri pula rasa serba salah dan rasa tak sedap hati bila tinggalkan anak.
Orang perempuan bila dah berkahwin tak sama dengan orang lelaki yang berkahwin. Suami kalau jumpa kawan, boleh lepak lama-lama sampai pagi. Tapi tidak pada seorang ibu. Hati mereka ni terlalu sensetif, lagi-lagi bab anak.
Baru keluar 10 minit asyik tengok jam, runsing bila fikir si anak buat apa, dah makan ke belum, dah mandi ke belum, boleh tidur ke tak. Itu belum terpaksa berjauhan lama-lama, mahu berjujuran airmata!
Anak kita pula bukan sentiasa kecil. Rasa rugi dan terkilan kalau terlepas moment penting dan tak dapat luangkan masa dengan mereka.
5. Rasa Segan Dan Tak Confident Bila Berhadapan Dunia Luar!
Kadang-kadang bila dah lama tak keluar dari rumah, banyak perkara yang bermain di fikiran bila nak terjumpa kawan-kawan.
Rasa cemas tak tentu pasal, tapi teruja nak berjumpa dan berborak.
Kebimbangan ini selalu berlaku pada mereka yang ‘berehat’ daripada kerja dan menjadi surirumah.
Rasa seolah-olah ‘takut’ nak hadapi dunia luar. Bimbang dikecam sebab ada degree tapi tak kerja, dulu dah ada kerja bagus berhenti, risau bila orang ‘judge’ macam-macam. Tambah lagi tak yakindapat kawal anak bila di tempat awam.
Mereka juga rasa rendah diri bila tengok kawan-kawan lama semua dah berjaya dalam bidang masing-masing. Sedangkan dulu sama-sama mengejar cita-cita.
SURIRUMAH TUGAS YANG MULIA, TAK SEMUA ORANG DAPAT MELAKUKANNYA
Ramai sebenarnya wanita-wanita yang dahulunya seorang yang bekerjaya dan berpangkat tinggi sekarang sudah pun bergelar surirumah.
Sebab apa mereka berkorban?Sebab rasa cinta kepada anak-anak dan ingin menjadi isteri dan ibu yang baik buat keluarganya.
Jangan tak percaya, ada ramai ibu-ibu yang mengadu, mereka rasa ralat tak dapat dapat melalukan banyak momen bahagia bersama anak kerana terikat dengan komitmen kerja.
Jangan pandang surirumah ni sebelah mata. Ada diantara mereka bukan calang-calang orangnya. Ramai yang lepasan ijazah pun ada.
Janganlah label surirumah kononnya suka duduk rumah, nak hidup senang dan menghabiskan duit suami je.Sebenarnya suamilah orang yang paling beruntung tau.
Tak payah upah maid untuk buat kerja rumah. Tak perlu hantar pengasuh, sebab dah ada orang tolong jagakan anak-anak. Tak perlu lagi nak beli makanan bungkus hari-hari, isteri dah siap masak dah.Tak perlu nak beza-bezakan siapa lebih menonjol.
Tak kisahlah dia surirumah mahupun isteri yang bekerja, dua-dua bergelut dengan cabaran yang berbeza.
Tiadalah isteri mengharapkan suami semata-mata. Dah menjadi tanggungjawab suami menyediakan nafkah dan keperluan keluarga.
Tak perlu nak bangkitkan isu-isu tak berasas. Jagalah hati sesama manusia.