Waktu Tidur Anak
|

Waktu Tidur Anak Tak Tetap, Siang Tidur Malam Berjaga. 6 Tips Ini Boleh Bantu Anda!

Ibu ayah mana yang tak stres kalau anak tak mahu tidur waktu malam, sebaliknya sangat aktif! kalau dia main-main seorang diri tak apa lagi, ini dia nak kita teman dia, kalau tak dia menangis sebab tak ada orang layan dia. Ini terjadi kerana waktu tidur anak tak tetap.

Sabar ya ibu ayah. Sebelum kita marah-marah, kaji dulu apa sebabnya kenapa waktu tidur anak tak teratur. Tidur yang mencukupi memang penting untuk budak-budak yang masih membesar. Jikalau anak tak cukup tidur, ia pasti akan menjejaskan perkembangan minda dan fisikal.

Foto Kredit: sleepassociation.org

Berapa Jam Waktu Tidur Anak?

Dari lahir sampai jadi dewasa, jumlah jam tidur berbeza ikut peringkat perkembangan dan ini termasuk tidur petang atau “nap time”. Tidur adalah penting untuk membesar.

< umur 2 bulan   : 14-18 jam sehari

3- 11 bulan         : 12-16 jam

1- 3 tahun           : 12-14 jam

3- 5 tahun          :  11-13 jam

5-12 tahun          : 10-11 jam

12-18 tahun        :  8-9 jam

Masa bayi lahir, mula-mula beberapa minggu, memang bayi tidak dapat membezakan waktu siang ataupun malam. Bayi akan tidur untuk 2-3 jam dan bangun semula untuk menyusu. Waktu malam pun sama. Selepas kira-kira 6 minggu, barulah mereka bermula dapat tidur lebih lama pada waktu malam. Masa inilah, ibu bapa boleh ‘train’ bayi mereka supaya membiasakan mereka untuk cergas waktu siang dan tidur lebih lama pada waktu malam. Selepas 3-6 bulan, bayi biasanya dapat tidur berterusan selama 5-6 jam pada waktu malam.

Budak- budak yang mendapat masa tidur yang mencukupi dapat masuk tidur dalam masa singkat 15-30 minit, tidur berterusan and tidur lebih lena. Jika si anak tidak dapat kualiti tidur yang bagus, dia akan selalu mengantuk waktu siang, mengamuk dan bersikap hyper dengan masalah sikap yang sukar dikawal.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

Kenapa Sesetengah Budak Kecil Ada Masalah Tidur Malam? Ini Antara Punca-Puncanya:

  1. Sudah jadikan ‘habit’ memerlukan bantuan untuk tidur

Anak-anak kecil dan budak umur prasekolah memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya 1-2 kali.Jikalau mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam. Tetapi, jangan bagi mereka “nap” jikalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.

2. Terlalu penat atau tidak dapat waktu “nap time” yang mencukupi 

Anak-anak kecil dan budak umur prasekolah memerlukan tidur petang sekurang-kurangnya 1-2 kali.Jikalau mereka rasa penat sebab tak cukup tidur petang, mereka akan mengamuk dan tidak mahu tidur malam. Jika mereka nampak mengantuk waktu petang, bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam. Tetapi, jangan bagi mereka “nap” jikalau sudah dekat dengan waktu tidur malam.

3. Gelisah berpisah dengan ibubapa (“separation anxiety”)

Anak-anak takut berpisah dengan ibubapa untuk tidur berasingan di katil/bilik yang berlainan. Disebabkan itu, mereka tidak mahu tidur malam ataupun tidur tidak lena and asyik bangun malam.

4. Anak tidak ada rutin tidur yang tetap

Waktu tidur yang bertukar-tukar dan berlainan pada hari cuti akan membuat amalan tidur anak lebih susah. Ibubapa dan ahli keluarga yang selalu tidur lewat dan tiada waktu tidur yang tertentu boleh juga menjejaskan amalan tidur si anak.

5. Obstructive Sleep Apnea

Keadaan di mana saluran pernafasan tersumbat disebabkan tonsil dan adenoid( bahagian belakang hidung and tekak) yang besar. Anak-anak tidur berdengkur kuat, nafas kencang, mulut ternganga and tidak dapat kualiti tidur yang bagus. Mereka tidak dapat tidur lena dan susah bangun pagi. Mereka selalu mengantuk waktu siang semasa di sekolah dan tidak dapat menumpukan perhatian. Jikalau anak-anak ada situasi macam ini, perlu jumpa dengan doktor.

6. Alahan & Asma

Hidung sumbat/berlendir ataupun resdung sebab alahan, sakit flu ataupun penyakit asma, boleh menyebabkan anak-anak susah bernafas. Akibatnya, mereka tidak dapat tidur lena. Untuk bayi kecil, perut kembung, acid reflux, sakit telinga atau sakit sebab tumbuh gigi pun boleh menyebabkan anak-anak susah tidur malam.

7. Mimpi ngeri/ “night terror” atau mimpi berjalan (“sleepwalking”)

Kadang-kala, anak terjaga sebab mimpi ngeri dan mereka dapat cerita balik mimpinya. Mereka rasa takut dan susah nak tidur semula. Tetapi, “night terror” mereka akan berjerit, menangis, dan tidak dapat ingat apa yang berlaku selepas terjaga. Sama seperti mimpi berjalan di mana mereka akan bangun berjalan walaupun masih tidur. Selalunya, night terror dan mimpi berjalan akan hilang selepas umur semakin meningkat masuk umur remaja.

8. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat boleh menjejaskan kualiti tidur. Puan boleh tanya dengan doktor anda untuk adjustkan dos and waktu bagi ubat.

TIPS UNTUK MENGATASI MASALAH TIDUR ANAK

  1. Waktu Tidur Anak Yang Tetap

Pastikan anak tidur pada waktu yang sama and bangun waktu yang sama, walaupun pada hari mingguan. Ibubapa boleh jadikan amalan tidur yang rutin. Sebelum tidur, mandikan anak, salin baju tidur, gosok gigi, masuk bilik tidur dan boleh bercerita bedtime story(lebih kurang setengah jam). Jadikan waktu tidur satu amalan yang lega dan seronok untuk anak-anak.

2. Jangan Dedahkan Pada Alat Teknologi Sebelum Waktu Tidur

Alat-alatan handphone, iPad, TV, dvd, komputer tidak patut dimain/ ditonton oleh anak-anak sekurangnya 1 jam sebelum tidur. Pastikan TV, dvd dan computer tidak ada dalam bilik tidur anak. Mendedahkan anak-anak kepada alatan ini sebelum tidur akan menjadikan otak lagi aktif dan mereka lebih susah untuk masuk tidur. Puan sepatutnya mengelakkan penggunaan alat computer dan dvd sebelum waktu tidur si anak.

3. Suasana Bilik Yang Selesa

Pastikan bilik tidur gelap, suhu bilik yang sederhana,(tidak terlalu panas atau sejuk) dan sunyi. Pastikan baju tidur yang selesa. Ibubapa boleh nyalakan sikit lampu meja jika anak tidak mahu bilik yang terlalu gelap.

Sediakan anak patung, teddy bear, selimut yang si anak rasa selesa dan selamat sewaktu tidur, supaya dia tak akan rasa sunyi sepi dan gelisah jika ibubapa tidak ada di sisinya masa tidur.

4. Bagi Anak Tidur Petang (nap time)

Budak-budak kecil dalam umur prasekolah memerlukan tidur petang. Bagilah mereka tidur petang untuk 1-3 jam supaya mereka tidak merasa penat sangat. Jika mereka dapat tidur petang seketika dan rehat yang mencukupi, mereka tidak akan mengamuk pada waktu malam dan lebih senang tidur malam.

5. Senaman Dan Aktiviti Fisikal Yang Sederhana Pada Waktu Siang

Budak-budak yang mengamalkan senaman dan aktiviti fisikal yang sederhana pada waktu siang seperti bermain bola, basikal, berjalan di taman, berenang etc dapat masuk tidur lebih cepat, tidur lebih lena.

6. Snek Ringan Waktu Malam

Snek ringan yang berkhasiat seperti segelas susu, cereal atau sebiji epal sebelum tidur boleh diberikan kepada anak-anak supaya mereka dapat tidur lebih panjang dan lena, tidak dalam kelaparan waktu tidur. Tetapi, ibubapa jangan beri makanan yang terlampau banyak sebelum tidur. Elakkan minuman dan makanan yang mengandungi cafein seperti air teh, kopi, chocolate dan minuman berkarbonat.

Jika si anak terjaga pada waktu malam dan mengamuk nak orang lain bermain dengannya, jangan asyik menyerah. Jangan sesekali dukung dia dan bermain dengannya.Harus bersikap tegas. Masukkan dia semula di katilnya dengan selimut dan anak patung tidurnya, cuba menyusukannya dan minta dia tidur semula.

Jika rutin tidur yang tetap dan sihat sudah diamalkan dan cadangan di atas sudah dicuba, anak puan masih lagi susah tidur lena pada waktu malam, elok bawa pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan dan mengenalpasti jika si anak mengalami sebarang masalah fisikal yang boleh menjejaskan kualiti tidurnya. Yang penting jangan putus asa. Amalan tidur yang sihat patut diamalkan oleh semua ahli keluarga.

Harap beberapa cadangan yang disyorkan di sini dapat mengatasi masalah tidur anak anda.

Sumber: Dr Soong Eileen

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *