Selalu Letih Ketika Hamil

Selalu Letih Ketika Hamil? Cuba 7 Jenis Makanan Ini Untuk Tingkatkan Tenaga!

Awak ni asyik baring je, orang lain mengandung juga.. takdalah macam awak ni, lemah je abang tengok. Mengada je lebih ni, malas nak buat kerja rumah!

Selalu Letih Ketika Hamil
Selalu Letih Ketika Hamil Bukan Kerana Dia Malas.

Kalaulah suami dapat rasa apa yang isteri lalui, mesti mereka pun taubat nak mengandung lagi. Isteri memang akan rasa selalu letih ketika hamil. Bukan dia minta jadi begitu, perubahan ini berlaku bila dia mengandung zuriat suaminya.

Ada wanita yang diuji dengan mabuk, loyak dan muntah yang teruk. Sampai takda apa nak dimuntahkan lagi, sampai dehidrasi dan sehingga bermalam di wad sebab kekurangan air dalam badan.

Ada wanita terlalu sensetif sangat dengan bau. Sampaikan masuk dapur pun boleh pitam. Ini semua pembawakan dan alahan yang dialami ibu.

Ada wanita yang diuji sakit gigi sepanjang hamil. Kalsium ibu diambil oleh anak, sebab itulah mereka selalu letih ketika hamil. Belum campur kena kejang kaki waktu malam, pedih ulu hati, sakit pinggang yang terlampau, sukar tidur malam dek kerana kepanasan dan bermacam-macam lagi dugaan lain.

Okey ibu-ibu amalkan tips-tips ni ya.

7 JENIS MAKANAN ELAK KELETIHAN KETIKA HAMIL.

Selalu Letih Ketika Hamil
Daging Juga Dapat Naikkan HB Yang Rendah.
  1. Daging Tanpa Lemak.

Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. Seeloknya, cari daging tanpa lemak. Pastikan daging yang anda makan telah masak sepenuhnya.

Elakkan makan daging sudah diproses seperti burger atau sosej kerana ia kurang segar dan cenderung kehilangan nutrisi yang baik. Bahkan, ada risiko kecil untuk ia menjadi perantara bakteria dan parasit apabila ia dibekukan terlalu lama.

Selalu Rasa Letih Ketika Hamil
Snek Sihat Ketika Hamil.
2. Kekacang Dan Bijian.

Selalu rasa mengantuk dan cepat penat ketika hamil , itulah yang selalu berlaku pada ibu hamil. Sekiranya ibu sedang bekerja elakkan mengambil kudapan yang tidak berkhasiat sebaliknya bertukarlah kepada kekacang dan bijian seperti kuaci, badam, pistachio dan walnut.

Seeloknya, cari kekacang daripada sumber asli yang tidak bergaram dan berperisa.Semua jenis makanan ini mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan lebih cekap seperti folat, kalsium, serat, dan besi.

Selain itu, minyak kacang walnut juga kaya dengan omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stres ketika hamil.

Selalu Rasa Letih Ketika Hamil
Kalau Dah Jemu Nak Kunyah Buah, Boleh Minta Suami Buatkan Jus Buah.
3. Buah Aneka Warna.

Tahukah anda, makanan untuk ibu hamil perlu datang dari pelbagai sumber warna seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih. Ini bagi memastikan bayi mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang spesifik untuk tubuh. Pastikan pilih buah-buahan yang segar dan elakkan makan buah dalam tin.

Selalu Rasa Letih Ketika Hamil
Ketika Hamil Banyakkan Makan Bayam, Sawi & Brokoli.
4. Sayuran Berdaun Hijau.

Manfaat sayuran untuk wanita hamil memang tidak dapat dinafikan terutama sayuran berwarna hijau tua. Bayam terutama sarat vitamin dan nutrisi, termasuk vitamin A, C dan K serta folat yang sangat penting untuk tubuh.

Sayuran juga membantu meregulasikan sistem pencernaan agar semua toksin dapat disingkirkan daripada badan. Ulam-ulaman juga baik untuk diamalkan. Kulit ibu akan jadi cantik dan awet muda.

Selalu Rasa Letih Ketika Hamil
Makanan Sunnah Ini Baik Untuk Perkembangan Bayi.
5. Kurma.

Kurma salah satu makanan sunnah yang terbukti secara saintifik memberi tenaga kepada ibu hamil. Sebab itulah ia menjadi makanan pelengkap yang cukup popular pada ketika puasa. Di samping itu, ia berfungsi membantu mengendalikan denyutan jantung dan tekanan darah serta merawat sembelit.

Bukan setakat kurma, kismis, buah tin, aprikot atau apa saja buah-buahan kering juga amat baik untuk kesihatan ibu mengandung. Namun harus diambil dalam jumlah yang disyorkan sahaja.

Selalu Rasa Letih Ketika Hamil
Ibu Kekurangan Zat Akan Selalu Rasa Letih Ketika Hamil.
6. Susu.

Susu sinonim sebagai makanan untuk ibu hamil kerana ia mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan dua kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika kekurangan kalsium, tubuh berasa letih, tidak sihat dan berisiko mengalami anemia (kekurangan darah).

Bagi yang alah dengan susu mereka boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju, dan dadih. Semua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium yang tidak kurang banyaknya berbanding susu.

Selalu Rasa Letih Ketika Hamil
Minum Air Kosong 2 Liter Sehari Untuk Hilangkan Kelesuan.
7. Minum Banyak Air Kosong.

Walaupun air kosong tidak mempunyai nilai nutrisi, namun ia memiliki fungsi yang amat penting untuk melancarkan keseluruhan sistem tubuh. Malah, ia mengembalikan kesegaran tubuh dan ‘menahan’ rasa lapar yang sering berlaku ketika hamil. Selama kehamilan, anda disarankan untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air kosong sehari.

Sumber Rujukan: Harian Metro

Banyak lagi informasi dan tips best tentang kehamilan dalam ni ebook.9bulan10hari

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *