Menyusukan Anak Waktu Malam
|

7 kelebihan menyusukan anak waktu malam! susu lebih banyak & ibu tak beremosi

Malasnya nak bangun menyusukan anak waktu malam, tak larat nak bangun mengantuk! nanti tak cukup tidur susu drop pulak.

Dalam dunia penyusuan, tiada istilah malas ya. Penat, tak larat, tak cukup rehat dan tiada ‘life’ tolak ke tepi dahulu. Bila kita dah niat nak menyusukan anak, maknanya kita kene buat bersungguh-sungguh. Berkorban masa dan tenaga siang dan malam untuk memberikan yang terbaik buat anak kita.

Menyusukan anak memerlukan pengorbanan. Tak boleh cepat putus asa dan tak boleh mudah patah semangat. Setkan dalam kepala, 2 tahun ni ‘ aku nak berjuang untuk menyusukan anak, ini jihad aku”.

Ikuti perkongsian dari Kaunselor Laktasi bertauliah ziela juzaila kelebihan menyusukan anak pada waktu malam yang ibu-ibu perlu tahu.

Kredit Photo: parenting.firstcry.com

7 Kelebihan Menyusukan Anak Waktu Malam

  1. Hormon prolaktin yang menghasilkan susu, tinggi di waktu malam. Dengan hisapan baby yang efektif akan merangsang penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan. Di samping itu juga, hormon prolaktin yang sentiasa tinggi memberi peluang ibu tidak period dalam tempoh tertentu dan boleh merancang dengan syarat peka dengan perubahan badan. Ada yang didatangi haid yang terlalu sedikit atau spot dan boleh mengandung selepas itu.
  2. Di waktu malam, suasana yang sejuk mempengaruhi ragam baby dan juga kandungan susu ibu. Susu ibu tinggi lemak pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan anak. Anak pula berasa selesa dengan suasana yang sejuk dan seronok melekap dengan ibu. Bagi yang bekerja, dikala inilah anak melepaskan rindu setelah seharian ditinggalkan.
Photo Kredit: parentlane.com

3. Sedutan baby dapat mengeluarkan lelemak kristal dari saluran yang terbentuk di waktu siang semasa bekerja yang mana jadual memerah kerap 2-3 jam sekali adakala tidak dapat dipatuhi. Lebih-lebih lagi memerah 3-4jam sekali menambah keadaan pembentukan kristal lelemak di saluran susu yang boleh menganggu kelancaran pengeluaran susu.

Kredit Photo: raisingchildren.net.au

4. Sedutan baby mampu menyedut susu yang paling dalam dan ia tidak sama langsung dengan sedutan pam. Rhythm hisapan baby memang unik. Menolak areola ke atas dengan lidahnya dan bibir pula menyedut keluarkan susu yang mana hisapan baby mampu mengeluarkan susu dari semua arah. Berbanding dengan pam yang mengeluarkan susu hanya dengan teknik menekan areola.

5. Kita dapat susukan anak dengan tenang setelah seharian bergelumang dengan kerja pejabat yang tidak pernah habis, hormon oksitosin yang dirembes boleh membantu ibu berehat serta dapat mengurangkan tekanan emosi ibu. Posisi berbaring dan mengiring bantu ibu berehat . Aturkan kedudukan yang selesa dan alaslah bantal di mana-mana yang sesuai.

Kredit Photo: momlovesbest.com

6. Kurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Apabila susukan anak kerap, kerap terjaga dan mesti akan melihat tentang keadaan keselamatan anak. Ibu boleh nap baby dan offer anak menyusu jika anak lena lebih 2 jam. Jika anak mudah memuntahkan susu yang berlebihan kita dapat perhatikan dengan kerap.

7. Melatonin. Yes. Melatonin yang kita sebut-sebut kepentingannya untuk kesihatan kita dewasa tidak dihasilkan oleh baby dan ia terkandung dalam susu ibu waktu malam. Tryptophan dan serotonin juga ada peranannya. Hormon ini membantu baby sihat dan baby diawal kelahiran tidak dapat bezakan siang atau malam sehingga beberapa bulan.

SUSU IBU LEBIH MERIAH DENGAN SOKONGAN SUAMI, APA YANG SUAMI PERLU BUAT?

Kredit Photo: healthline.com
  • Menyusukan anak membuatkan ibu kerap mengalami sakit belakang, urutkanlah dari bahagian leher, bahu dan pinggang. Ia akan memberi kelegaan kepada isteri anda.
  • Berikan isteri makanan terbaik agar susunya makin melimpah ruah. Belikan ikan @ ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan tambahan(milk booster).
  • Jangan marah bila nampak isteri mudah terlelap atau tertido dimana-mana saja termasuklah dalam kereta. Menyusukan anak membuatkan ibu cepat rasa letih. Biarkanlah isteri berehat, dan jagalah anak sekejap.
  • Ibu cepat rasa lapar, jangan terkejut kalau dia asyik mengunyah dan makan je. Jangan luap restock roti, biskut, horlick, susu, kekacang dan oat untuk kudap-kudap dimalam hari.
  • Ibu menyusukan anak cepat rasa nak ‘give up’ berilah sokongan dan teruslah menyuntik semangat untuk isteri anda.

Semoga ibu-ibu berjaya menamatkan penyusuan dengan journey yang indah! selamat berjuang.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *