Tiada Istilah Ibu ‘Pemalas’ Bila Biar Anak Urus Diri Sendiri! terapis Carakerja Dedah Kebaikannya

Anak Urus Diri

Kau ni Limah, kau boleh biar anak kau pakai baju sendiri? tolonglah pakaikan dia baju. Tengok tu makan pun bersepah! kan dia kecil lagi, ko suapkanlah dia makan. Kalau aku tak bagi anak urus diri, biarlah aku buat semua, cepat sikit siapnya.

Saya memang Mummy yang malas sebab banyak biarkan anak.

  • Biarkan anak menangis untuk luahkan perasaan sedih dia.
  • Biarkan anak jalan depan saya bila di “shopping mall”, saya ikut dia nak pergi mana-mana yang dia mahu.
  • Biarkan anak pakai pakaian sendiri dan uruskan diri sendiri.
  • Biarkan anak mewarna ikut warna yang dia mahu walaupun salah.
  • Biarkan anak menconteng ikut imaginasi dia.
  • Biarkan anak pakai kasut terbalik sampai dia sedar dan betulkan sendiri.
  • Biarkan anak makan cekodok pisang dengan sos tomato bila dia kata nak cuba.
  • Biarkan anak main apa yang dia mahu main.
  • Biarkan anak pakai berlapis-lapis atau main tukar-tukar baju.
  • Biarkan anak basuh cawan dan pinggan sendiri.
  • Biarkan anak mandi lama-lama sampai dia penat mandi.

Sebab apa?

Foto kredit: parenting.firstcry.com

Sebab anak belajar melalui 3 E terutamanya semasa 3 tahun kebawah,

  1. Experience (Pengalaman)
  2. Experiment (Eksperimen)
  3. Exploration (Eksplorasi)

Selagi tak melangkaui limit, selagi itu saya akan biarkan sebab kita kena faham yang anak memang sentiasa dalam proses pembelajaran. Tapi dalam membiar-biarkan perlu ada limitnya, tak adalah segala benda kita biarkan. Contohnya, anak gunting duit kertas pun kita biarkan.

Limit saya lebih daripada segi adab, pemakaian (pakaian berlainan jantina dan terdedah) dan pemilihan pemakanan.

Banyak sangat kes yang saya jumpa berkaitan kelewatan perkembangan apabila mak ayah terlampau rajin sehingga tak beri peluang anak buat sendiri.

Makan bersuap,

Pakaikan pakaian,

Pakaikan kasut,

Sentiasa dukung anak,

Tak pernah beri kebebasan untuk anak berjalan sendiri di luar rumah walaupun anak dah pandai jalan.

Kalau sekali sekala nak bermanja tak ada masalah, yang menjadi masalah apabila anak tak diberi peluang langsung untuk uruskan diri sendiri.

Saya teringat pernah ada 1 kes, anak umur 6 tahun tetapi perkembangan di tahap umur 2 tahun. Bermakna sudah terlewat 4 tahun. Apabila diselidik rutin harian anak, rupa-rupanya mak ayah tak pernah biarkan anak buat apa-apa sendiri. Iyalah, satu-satunya anak tunggal.

Terlampau sayang dan rajin sehingga mengganggu perkembangan anak.

Percaya tak bila saya cakap, 2 bulan sahaja perkembangan anak menjadi normal bila saya minta mak ayah biarkan dan beri peluang untuk anak buat semua perkara sendiri.

Tapi mak ayah jangan silap sangka ya, ini kes terpencil dimana anak itu lahir normal cuma mak ayah yang tak tahu sebenarnya anak perlu belajar uruskan diri sendiri dan diberi kebebasan. Berbeza dengan kes Autisme, ADHD, Global Delay Development (GDD), Cerebral Palsy (CP) atau lain-lain.

KELEBIHAN ANAK URUS DIRI SENDIRI

Risau pula ada yang melabel semua anak yang ada masalah perkembangan adalah disebabkan kesilapan mak ayah.

Jadi, kali ini saya nak kongsikan:

  1. PERKEMBANGAN NORMAL

Banyak komponen perkembangan lain akan meningkat semasa anak belajar uruskan diri sendiri selain skil urus diri. Contohnya,

  • Butang atau zip pakaian – Skil motor halus
  • Pakai seluar sambil berdiri – Keseimbangan badan dan skil motor kasar
  • Basuh pinggan – Deria sentuhan dan koordinasi dua belah badan
  • Melipat baju – Skil kognitif (pemikiran)
  • Kalau kita bercakap dan bercerita dengan anak ataupun anak cerita apa yang dilakukan- Skil bertutur
  • Semua aktiviti yang anak buat sendiri – Skil fokus

2. EMOSI DAN SOSIAL

Mengikut teori dari Erik Erikson berkaitan perkembangan psikososial (psikologi dan sosial), anak umur:

Foto kredit: thriveglobal.com
  • 1 TAHUN 6 BULAN HINGGA 3 TAHUN

Anak akan melalui fasa autonomi vs malu/ragu-ragu. Waktu ini memang normal anak akan nak buat semua perkara sendiri dan waktu terbaik untuk anak belajar. Jika anak diberikan kebebasan untuk uruskan diri, tahap keyakinan diri anak akan berkembang.

Tetapi jika anak sentiasa disekat, anak akan jadi ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri dan secara tak langsung menyebabkan masalah kurang keyakinan diri.

  • 3 TAHUN HINGGA 5 TAHUN

Anak akan melalui fasa inisiatif vs kesalahan. Jika kita banyak beri kebebasan untuk anak uruskan dan buat pilihan semasa 3 tahun ke bawah, waktu ini anak akan mula berinisiatif dan mempunyai banyak idea sendiri semasa bermain.

Skil imaginasi dan skil bermain akan berkembang banyak semasa ini. Anak akan mula banyak buat “projek” sendiri tapi penting juga untuk tekankan aspek keselamatan. Tetapi jika anak tak dapat kembangkan perasaan nak berinisiatif, anak akan menjadi seorang yang takut-takut nak mencuba perkara baru.

Inilah isu yang paling merisaukan sebab kesannya bukan waktu ini sahaja tetapi di masa akan datang.

Jadi, bila kita banyak beri kebebasan pada anak secara tak langsung keyakinan diri anak juga meningkat. Sekiranya ada permintaan, saya kongsikan lebih lanjut tentang fasa ini.

3. KURANG STRES

Bila anak dapat pilih apa yang dia mahu pakai, main atau belajar, secara tak langsung anak akan rasa yang dia belajar sebab dia yang nak belajar. Bukannya belajar sebab mak ayah suruh.

Contohnya anak ambil sendiri kertas dan pensil untuk melukis atau mewarna sebab dia rasa nak melukis sesuatu bukan sebab mak ayah yang suruh. (Self-directed play)

Tiada paksaan untuk anak belajar semasa 7 tahun ke bawah ya, tarik minat anak untuk belajar dan pastikan anak yang mahu belajar dan bukannya kita yang nak anak belajar.

Penting sangat untuk mak ayah pastikan anak sudah bersedia untuk membaca atau menulis sebelum mulakan. (Writing/reading readiness)

Saya pernah jumpa beberapa kes anak cemerlang di tadika dan darjah 1 hingga darjah 3 tetapi suatu masa tiba-tiba keputusan peperiksaan anak merosot mendadak. Bila diselidik, rupa-rupanya anak dah bosan belajar. Waktu itu, kita dah tak boleh putarkan masa balik.

Tetapi perlu ingat juga dalam biar-biarkan pun perlu tekankan aspek keselamatan dan adab juga terutamanya jika melibatkan masalah tingkahlaku anak. Dapatkan bantuan terapis sekiranya memerlukan.

Maka, ayuhlah kita beri ruang dan peluang untuk anak belajar uruskan diri sendiri. Jomlah jadi mak ayah yang malas dalam aspek pengurusan diri anak

Ada geng saya tak?

Terima kasih, silakan share sekiranya bermanfaat untuk mak ayah lain.

Sumber: Mariam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist,

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *