Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer
|

Elak Luka Czer Bernanah! 8 Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer Yang Anda Perlu Tahu.

Awak senanglah beranak Czer, tak payah nak susah meneran keluarkan anak. Tahu-tahu anak dah ada depan mata. Tak perlu nak layan sakit kontraksi lama-lama, tak perlu kena gunting dan jahit. Senangnya awak beranak!
Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer
Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer- Bersalin Czer Bukan Pilihan.

Hanya ibu yang pernah merasai dan melaluinya akan memahami betapa azabnya bila bersalin Czer. Tak patut orang cakap bersalin czer ni tak sakit macam bersalin normal. Rasanya ramai tak faham dan cakap ikut sedap mulut je.

Tak perlu dibeza-bezakan cara kita melahirkan anak. Tak kisahlah bersalin normal atau Czer, kedua-duanya mempunyai risiko dan kesakitan yang berbeza-beza.

Bersali normal, mahupun Czer, dua-dua berjuang bergelut antara hidup dan mati untuk menyelamatkan nyawa anak. Tiada jalan yang mudah.

Bersalin Czer bukanlah jalan’shortcut’ yang kita boleh pilih-pilih nak kerja senang. Tiada ibu yang sanggup perutnya dibelah suka-suka. Nak sembuh bukannya sehari dua, bertahun-tahun masih lagi terasa sakitnya.

Rezeki setiap orang lain-lain. Jika anak pertama dulu boleh bersalin normal, anak kedua belum tentu lagi. Dulu bersalin normal, seminggu dah boleh jalan macam biasa.

Ini anak kedua Czer, dah dua minggu masih rasa sakit lagi nak bangun dan berjalan. Paling sakit kalau terbersin atau batuk! seksa sungguhlah..

Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer
Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer- Elak Jangkitan Kuman.

Menurut babycenter.com.my terdapat tiga jangkitan pada luka pembedahan yang perlu kita beri perhatian:

  • Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
  • Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

Penjagaan luka bersalin Czer jauh lebih rumit dari menjaga luka bersalin secara normal. Bayangkan 7 lapisan kulit dibedah dan rahim kita juga ditebuk untuk mengeluarkan bayi dari perut. Di sini kami kongsikan tips penjagaan luka bersalin Czer untuk rujukan ibu-ibu.

Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer
Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer- Czer Adalah Pembedahan Major

8 TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN CZER.

  1. Pandai Kawal Rasa Sakit.

Mula-mula setkan dalam kepala kesakitan itu mampu kita kawal dengan baik. Kuat demi anak, nak sembuh cepat demi anak, nak keluar hospital cepat dan tak sabar nak balik rumah jumpa keluarga. Kalau rasa dah tak tahan sangat, rasa bisa sangat bila berdiri dan berjalan, boleh dapatkan pil penahan sakit dari doktor.

Rasa sakit di tempat luka pembedahan bersalin boleh mengganggu emosi ibu dan mengganggu pergerakan. Pastikan pil penahan sakit diperoleh dari doktor dan ibu perlu memaklumkan pada doktor sekiranya anda menyusukan anak.

2. Hati-Hati Bila Berjalan.

Bila bius ibu hilang selepas Czer, ambil masa anda untuk bangun dan berjalan. Biasanya jururawat akan menyuruh ibu untuk cuba berjalan ke tandas. Saranan untuk membuat pergerakan selepas Czer kerana untuk mengelakkan darah beku berkumpul, ia sangat bahaya kepada ibu.

Jangan terlalu lasak bila bangun dari katil. Cuba mengiringkan badan ke tepi dan paut kepada tirai katil. Kalau rasa tak confiden nak bangun, boleh minta pertolongan suami atau petugas hospital.

Cuba berjalan perlahan-lahan. Sambil ampu perut. Ambil nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Sakit memang sakit, tapi ibu perlu kuatkan mental dan fizikal menghadapinya.

Bila berada di rumah pun sama. Banyakkan berjalan sekurang-kurangnya 10-20 minit.  Berjalan akan meningkatkan aliran darah, mengelakkan darah beku, meningkatkan aktiviti bahagian bawah perut dan luka pun akan sembuh lebih cepat.

Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer
Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer- Selepas Melahirkan Anak, Ibu Perlu Rehat Yang Cukup.

3. Dapatkan Rehat Yang Cukup.

Berpantang ni adalah proses pemulihan ibu selepas melahirkan anak. Waktu inilah ibu perlu manfaatkan cuti berpantang dengan baik. Tapi jarang ibu berpantang boleh rehat dengan tenang. Nak menyusukan anak, kadang-kadang berjaga malam anak merengek. Belum part kena bengkak susu lagi, dia punya sakit terus tak boleh nak tidur. Minta bantuan suami bergilir-gilir jaga anak agar anda dapat berehat. Ibu berpantang tak boleh stres, bila kita rasa penat.. proses berpantang jadi tak best!

4. Jangan Angkat Berat-Berat.

Jangan ingat kita dah boleh berjalan, kita boleh melakukan kerja rumah seperti biasa ya. Utamakan kesihata diri dahulu. Lapan minggu pertama selepas pembedahan, elakkan naik turun tangga dengan kerap atau mengangkat beban yang melebihi berat bayi kita.

Perlu diingat, kita bukan hanya jaga luka luaran sahaja, luka dalaman kita perlu titik beratkan juga. Nak sembuh seperti sediakala memang makan masa.

Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer
Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer- Ibu Hanya Kuat Untuk Memegang Bayinya Saja.

5. Kebersihan Luka Bersalin.

Pastikan luka bersalin pembedahan sentiasa kering dan bersih. Pastikan lepas mandi, lapkan kering-kering. Lebih baik anginkan sekejap sebelum pakai baju. Jangan biarkan luka dalam keadaan lembab. Jika ia bernanah, maknanya luka dah dijangkiti kuman. Kawasan luka juga akan berbau kurang menyenangkan.

Jika ianya berlaku, ibu harus segera memaklumkan doktor. Jangan menyapu sebarang ubat atau apa-apa minyak tanpa nasihat doktor ya.

6. Jangan berbengkung Selepas Bersalin.

Sungguhpun terdapat bengkung moden yang selamat dan boleh diguna oleh ibu yang bersalin secara pembedahan, sebaiknya elakkan dahulu. Lebih-lebih lagi bila luka belum pulih sepenuhnya. Penggunaan bengkung berisiko menekan organ pelvik dan ada kemungkinan luka pembedahan boleh terbuka semula. Dapatkan nasihat doktor tentang pemakaian bengkung.

7. Postur Menyusukan Anak Yang Betul.

Jika ibu menyusukan bayi, ibu digalakkan duduk dengan tegak dan tidak terlalu membongkok. Ibu seeloknya duduk di kerusi yang tegak seperti kerusi makan dan boleh menggunakan bantal sokongan seperti nursing pillow ketika menyusukan bayi.

Postur yang salah boleh menyakitkan di bahagian luka pembedahan dan membuatkannya lambat sembuh.

8. Pemakanan Ketika Berpantang.

Ibu digalakkan makan makanan tinggi vitamin C seperti buah oren, kiwi dan epal. Ini kerana vitamin C membantu pembetukan kolagen yakni protein yang memulihkan tisu dalam tubuh. Luka dalam juga akan sembuh dengan lebih baik.

Elakkan makan makanan yang boleh mendatangkan alahan seperti kekacang, seafood dan makanan dalam tin. Banyakkan minum air dan lebihkan sayur-sayuran.

Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer
Tips Penjagaan Luka Bersalin Czer- Suami Bantu Jaga Anak Ketika Isteri Berpantang.

TIPS BUAT SUAMI!

  • Luka ibu bersalin Czer lambat sembuh, bantulah isteri sebaiknya. Bila anak meragam waktu malam, sama-sama bangun untuk tenangkan anak. Biarlah isteri berehat lama sedikit.
  • Sediakan segala keperluan isteri jika isteri berpantang sendiri. Dari siapkan anak sampailah menguruskan isteri, pastikan segalanya berjalan lancar.
  • Jangan lupa sediakan menu berpantang yang sedap dan berkhasiat.
  • Selalu pantau luka bersalin Czer isteri. Tengok kalau ada nanah pada luka. Isteri tak nampak luka yang tersembunyi.
  • Indahkan hari-hari bersama isteri. Hargailah isteri yang telah banyak berkorban untuk melahirkan zuriat kita.

 

Semoga bermanfaat!

Jangan lupa like Facebook9bulan10hari ya!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *