Kalau tak nak isteri gila meroyan ketika berpantang, amalkan 9 tips jaga isteri ketika berpantang ini sebagai rujukan anda.
Selepas melahirkan anak, ada sesetengah isteri yang baru pertama kali bersalin, akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri menghadapi rutin baru.
Inilah kali pertama si ibu melalu rasa sakit bersalin yang sangat dasyat. Kadang-kadang rasa sakit itu masih menghantui hidup mereka.
Tambahan pula bayi merengek kehausan. Breast bengkak. Renyah sikit jahitan terbuka. Salah makan sikit, sakit-sakit badan. Nak kena berurut lagi,nak bertungku lagi,nak jaga emosi lagi, kalau ibu tak kuat, bentan atau tumpah darah boleh terjadi.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Suami Perlu Bantu Isteri Sebaiknya Ketika Berpantang.
Suami, pastikan anda tahu 7 Perkara asas yang suami perlu tahu ketika menjaga isteri berpantang :
1. Pilih jenis-jenis ikan dan makanan untuk orang berpantang.
2. Tahu mengendalikan bayi baru lahir untuk mandi, salin pampers dan tidurkan bayi.
3. Cari tukang urut atau CL terbaik yang tahu menjaga dan mengurut isteri anda.
4. Sediakan herba-herba untuk mandian ibu berpantang. Jika anak tiada kuning, pilih jamu yang berkualiti untuk isteri.
5. Siapkan keperluan rumah, cth sapu rumah, basuh kain, kemas dapur dan handle anak-anak yang lain.
6. Isteri perlu rehat yg cukup, bergilir-gilir berjaga malam jaga anak.
7. Jaga emosi isteri, jangan biar dia stress, depress dan sedih.
Semasa menemani isteri berpantang, bacalah ayat-ayat suci Al-Quran untuk menenangkan isteri dan anak. Menjelang petang tu, mainkan surah Al-Baqarah dan ayat-ayat Ruqyah di tempat isteri tidur.
Ketikaisteri dalam pantang, suami tolong beri kerjasama seratus peratus. Selepas kelahiran, ambillah cuti 4-5 hari jadi wife anda, janganlah mengharap mak mertua semata. Dia adalah dibawah tanggungjawab anda. Sebab itulah pentingnya suami perlu tahu tips-tips jaga isteri ketika berpantang.
CHECKLIST 9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Suami, Layanlah Isteri Sebagai Permaisuri Kerana Dia Telah Melahirkan Zuriat Anda.
Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, suami boleh cari di kedai-kedai jamu. Kalau tak sempat nak beli, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri.
Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Selepas subu terus buat sarapan, janganlah sambung tidur semula. Isteri yang menyusukan anak akan cepat merasa lapar. Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar. Itu pun isteri dan bersyukur sangat.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Buat Sarapan Yang Simple Dan Berkhasiat, Ini Yang Buat Isteri Makin Sayang.
Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah. Rujuk sini Cara dan adab mandikan bayi baru lahir.
Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama, maksudnya dah ada 1-2 anak sebelumnya, pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Tolong Isteri Uruskan Rumah Dan Anak-Anak Yang Lain Ketika Isteri Berpantang.
Jangan lupa juga sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh. Pastikan berhampiran isteri ada botol air masak 2 liter untuk isteri minum, tuala, bakul baju kotor, power bank, remote tv untuk memudahkan dia mengalih siaran dan biskut @ kurma.
Janganlah balik kerja lambat semasa isteri dalam tempoh berpantang. Jangan biarkan isteri lama-lama di rumah walaupun dia berpantang di rumah maknya sendiri. Mungkin ada benda yang isteri nak minta tolong suami, yang dia tak nak susahkan penjaganya. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta tolong sedangkan suami asyik leka main game je.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Selalu ada disisi isteri disaat dia memerlukan.
Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Jadilah MR MAMA untuk isteri.
Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
9 TIPS JAGA ISTERI KETIKA BERPANTANG!- Hargai Isteri Anda Sebaiknya.
Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.
Tekan link iniĀ ebook.9bulan10hari.com banyak ilmu untuk para suami tentang macam mana nak jaga isteri seawal mengandung, bantunya lahir mudah, bahagiakannya time pantang & buatkan susu ibunya melimpah ruah.
#kisahbenar “Assalamualaikum sis. isteri saya sekarang dalam rawatan sebab dia akan meracau & jadi orang lain setiap hari lepas Asar… Dah bawa jumpa ustaz. Ustaz dah bagi air, ayat & minta pasang surah Ruqyah. Lepas selidik. rupanya. masa pantang isteri saya pernah keluar dari rumah tanpa kitorang tahu pun. dia pegi jemur napkin anak banyak…
Pernahkah anda mencuba buat desert bayi atau menu sampingan untuk anak? Sebelum perkenalkan macam-macam hidangan kepada anak. Asas tentang pemakanan anak anda perlu tahu dahulu. Bila bayi dah masuk 6 bulan, pastinya ramai ibu-ibu yang merasa teruja untuk sediakan pelbagai menu yang sedap untuk bayi. Tapi tak semua makanan sesuai untuk bayi. Untuk permulaan, kenalkan…
Ini 13 tips, pengalaman &#kisahbenar saya (penulis buku 9bulan10hari) yang melahirkan anak anak dengan CERIA, TANPA KOYAK.. TANPA JAHIT… berpantang dengan best…. & susu ibu pun melimpah ruah .. Segala puji bagi ALLAH… Ini apa yang saya lalui…….. Sepanjang kehamilan saya terlalu aktif… segala kerja rumah, saya akan cuba buat dan dibantu suami. Masa 4…
Setiap kali mengandung mesti hb rendah! rasanya dah macam-macam ubat dah makan untuk naikkan hb, tapi bacaan tetap rendah. Boleh kongsi tak makanan naikkan hb ketika hamil? Mudah rasa cepat letih, muka pucat, kerap rasa macam nak pitam, selalu rasa tak sihat, ini antara kesan yang akan ibu alami akibat tekanan darah rendah. Kadang-kadang kita…
Hehe… ini adalah dialog ibu hamil kalau terlalu obses dengan sesuatu yang dia nak walaupun bau ketika.. hehe….. ini namanya MENGIDAM.. Maybe ada yang rasa nak termuntah bila bercakap pasal ketiak ni… tapi percayalah inilah realiti… Kenapa macam tu? Penerimaan roh baru ketika tempoh kehamilan 4 bulan akan banyak mengubah pemikiran dan kehendak seseorang ibu…
6 JENIS SIMPTOM SAKIT PERUT PADA BAYI! TAKE NOTE IBU AYAH. Dah bagi susu, menangis lagi.. rasanya dah cukup tidur, tapi anak meragam! dah salin lampin, anak masih melalak siap tersedu-sedu menangis macam kena pukul.. kenapa dengan anak aku ni? Bayi masih kecil, dia masih belum pandai beritahu yang mereka sedang mengalami kesakitan. Mereka boleh…