anak aktif
| |

Anak Aktif & Tak Tahu Duduk Diam Ni, Anak Yang Bijak! 6 Tips Ini Boleh Praktikkan Pada Dia.

Perasan tak kadang-kadang kita ternampak ada budak berlari sana sini, tak tahu duduk dia walau seminit pun, menjerit-jerit, rasa geram pun ada jugak kan? anak aktif macam ni normal ke?

Dalam hati tu rasa nak je marah anak itu, tapi bila situasi ini terjadi pada anak kita, barulah kita percaya dan faham apa yang ibu bapa mereka rasai. Baru kita faham macam mana lah nak bagi anak kita ni duduk diam sekejap.

Ketahuilah, sebenarnya memang ada jenis budak yang macamni. Memanglah rasa penat mengandung tak habis lagi dan disambung dengan cabaran ini pula.

Mereka ini tergolong dalam kalangan budak yang mempunyai kecerdasan KINESTETIK.

Foto Kredit: klubwanita.com

ANAK AKTIF SALAH SATU CIRI-CIRI KANAK-KANAK KINESTETIK

Kinestetik ni atau biasa disebut body smart, adalah kemahiran dan bakat yang istimewa yang tak ada pada kanak-kanak lain.

Tapi ramai salah anggap yang budak kinestetik ni budak-budak yang nakal dan tak makan saman bila orang tegur dia. Mereka ni kemungkinan seorang Tactile Learners yang mana mereka perlu melompat, berjoget, panjat kerusi, berlari dan apa-apa sahaja yang mengerakkan anggota badan.

Mereka ini juga golongan yang sensetif dengan persekitarannya. Kalau pegang barang, dia akan berhati-hati betul- betul. Mereka ini juga tak takut tangan kotor ke luka ke, mereka sangat lukakan cabaran

Janganlah dipaksa mereka ini duduk diam, memang tak boleh. Anak kinestetik akan jadi bosan dan muram.

Harap ibu bapa lebih bersifat terbuka menerima segala kelebihan anak kinestetik ini. Tolonglah bersabar ya. Merekanya sukakan perhatian, kalau dia nampak anda tengah mengemas mainan yang dia sepahkan tadi, otak dia automatic terus ada akal yang lain. Harap ibu-ibu tak teriak dekat anak.

Foto Kredit: doktersehat.com

TIPS MENGAWAL ANAK AKTIF TANPA MARAH-MARAH

  1. Lakukan Banyak Aktiviti Bersama-sama

Mereka sukakan kelainan. Sesekali galakkan aktiviti seperti membuat doh untuk buat donut, ajak dia mencetak bersama-sama. Anda dapat perhatikan bagaimana mereka berkreativiti, macam-macam bentuk dia akan buat.

2. Lakukan Kerja Rumah Bersama

Bila ibu tengah sibuk melipat baju, pasti anak akan datang untuk main atas kain tu kan? ibu jangan marah sebaliknya ajak dia lipat bersama. Tak kisahlah dia lipat elok ke tak, janji dia diam dan tolong anda buat kerja.

3. Elak Menjerit Dan Pukul Anak

Anak yang dipukul dan dimarah, bukannya makin elok dan baik. Malah anak akan jadi berganda nakalnya. Mereka hanya nakkan perhatian. Bila ayah tengah cuci kereta tu, ajaklah anak untuk cuci bersama. Walaupun hakikatnya dia akan main buih dan tolong sental kereta ayahnya, biarkan. Sekurang-kurangnya dia enjoy dan tak boring.

4. Kerap Beri Peringatan

Bila anda buat perancangan untuk ke majlis kenduri kahwin atau majlis hari jadi, tolong pesan awal dengan anak dari rumah siap-siap ya. Ingatkan dia adab-adab bila di rumah orang.

5. Jadi Teladan Yang Baik

Anak kinestetik panda meniru perbuatan orang. Ibu bapa haruslah menjadi contoh yang baik buat anak-anak. Buat banyak kebaikan bersama. Contohnya ajak anak solat bersama. Selepas solat selitkan sedikit tazkirah ringkas. Terapkan nilai-nilai murni dan pentingnya menolong ibu bapa dalam tazkirah itu. Insyaallah segalanya akan dipermudahkan.

6. Melukis Dan Menulis

Tak kisah di rumah atau di sekolah, berikan anak pensel dan kertas untuknya menulis atau melukis. Dengan cara ini, mereka masih boleh kekal aktif dalam keadaan yang terkawal.

Menulis juga menggalakkan anak untuk mengingat dan terus bermotivasi. Berikan juga highlighter atau pen marker berwarna untuk mereka gariskan perkataan yang mereka baca atau tulis. Dengan cara ini, lebih mudah mereka fokus kepada item yang diwarnakan tadi.

SABAR DAN TERUS BERSABAR MENGAWAL ANAK

Anak kinestetik sememangnya sangat bertenaga, teruja dan bersemangat tinggi. Mereka sama sahaja seperti anak lain cuma perlukan sedikit bantuan untuk mereka terus minat belajar di samping peluang dan ruang untuk mereka bergerak dalam persekitaran mereka.

Jangan main-main dengan anak kinestetik ni, kalau digilap bakatnya dari awal, dia akan jadi seorang pekerja yang cekap dan mahir dalam kerjayanya tau.

Moga bermanfaat!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *