Produk Penjagaan Bayi
|

5 Panduan Memilih Produk Penjagaan Bayi. Pastikan Bebas Bahan Kimia!

Tak sabar nak tunggu bayi lahir! nanti nak mandikan dan sabunkan dia biar anak wangi je bila dicium. Tapi produk penjagaan bayi yang mana bagus untuk anak? ada tips tak?

Siapa yang tak suka bau bayi kan? sekali cium mesti nak cium lagi dan lagi. Rasa ketagih dan tak puas cium bau dia. Wangi sangat!

Sebenarnya bayi ini tak perlukan apa-apa wangian tambahan pun, sebab aroma badan dia dah membuatkan kita rasa suka nak dengan bau badan anak.

Bau wangi pada bayi ini sememangnya sangat mendamaikan.

Foto Kredit: pinterest.com

Sekali cium, rasa macam hilang stres sekejap! ibu ayah mesti ada yang suka cium bau mulut bayi, celah leher atau ketiaknya. Lagi satu, bau bayi tu masa baru bangun tidurlah paling sedap sekali kan?

Dari sudut sainsnya, terdapat beberapa teori tentang keharuman bau bayi, terutamanya bayi yang baru lahir.

Foto Kredit: todaysparent.com

Menurut George Preti, seorang ahli analitik kimia di Monell Chemical Senses Center, Philadelphia berkata bahawa bau ini datangnya daripada bahan kimia istimewa yang dibebaskan oleh kelenjar peluh bayi.

Satu lagi teori saintifik mengatakan bahawa bau bayi yang wangi ini berasal daripada sisa air ketuban atau lebih tepat lagi vernix caseosa, iaitu lapisan putih yang menyaluti kulit bayi baru lahir semasa di dalam rahim.

Walaupun lapisan ini telah dicuci sebaik saja bayi lahir, namun kesan baunya masih kekal pada bahagian rambut dan kulit bayi.

Foto Kredit: parents.com

KULIT BAYI TAK SAMA DENGAN KULIT ORANG DEWASA

Bayi memerlukan produk penjagaan kulit yang khusus untuk kulit bayi. Apa yang ibu ayah guna seperti sabun mandi, syampu, losyen atau minyak urut tidak boleh digunakan kepada bayi. Tidak boleh sembarangan ya!

Ada sesetengah produk penjagaan tidak sesuai dengan kulit bayi. Ianya boleh merosakkan kulit, malah boleh membahayakan kesihatan dan mengancam keselamatan bayi.

Kasihanilah anak anda. Sebelum membeli apa-apa produk penjagaan bayi, pastikan ada buat kaji selidik dan membuat perbandingan mana elok untuk anak.

PRODUK PENJAGAAN BAYI MESTI BEBAS BAHAN KIMIA!

Bayangkan jika bayi anda dipakaikan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia, sudah tentu kandungan dalam produk tersebut akan menyerap terus ke kulit bayi sekali gus memberi kesan kepada kesihatan tubuhnya.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia atau bahan toksik mungkin tidak akan menunjukkan kesan yang cepat, tetapi penggunaan berulang boleh memberi kesan kepada kesihatan bayi untuk jangka masa panjang.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

KESAN BAHAN KIMIA KEPADA KULIT BAYI

  • Berlaku masalah kulit seperti keradangan
  • Kemerah-merahan, gatal, ruam dan juga ekzema.
  • Sesetengah bayi juga boleh mengalami masalah pernafasan, kulit bayi adalah nipis dan sensitif. 

Pilihlah produk berasaskan bahan organik. Ianya selamat digunakan oleh bayi, kerana tidak mengandungi bahan yang menyebabkan alergi dan toksik. 

TIPS MEMILIH PRODUK PENJAGAAN BAYI YANG BETUL

  1. BEBAS PARABEN

Baca pada label produk. Jika ada paraben jangan beli! ia mengandung bahan yang sering digunakan untuk membuat pewarna rambut dan kosmetik.

Paraben juga merupakan antara bahan pengawet yang merbahaya. Sangat tidak sesuai untuk kulit bayi.

2. BEBAS BAHAN KIMIA

Jika kandungan dalam produk mengandungi air, garam, gula dan berlian, ia adalah dikira sebagai bahan kimia.

Selain itu, lihatlah nama-nama kandungan ini; Formaldehyde, DMDM Hydantoin (LS1) dan natrium sulfat- ini juga adalah nama-nama bahan kimia.

3. VEGAN

Kandungan vegan dalam sesuatu produk bermaksud produk tersebut bebas daripada lemak haiwan atau sisa haiwan.

Foto Kredit: seventhgeneration.com

PANDUAN MEMBELI PRODUK PENJAGAAN BAYI

  1. MINYAK URUT

Minyak urut adalah salah satu benda wajib yang mesti ada dekat rumah kan? minyak urut berfungsi untuk memberi kelegaan pada perut bayi jika sembelit atau pun kembung perut.

Pilih minyak urut yang mengandungi minyak lavender atau rosmeri yang berfungsi untuk memelihara kulit dan melawan bakteria.

Selain itu, gabungan dua minyak ini juga boleh memudahkan minyak meresap ke dalam kulit dan mengekalkan lembapan supaya kulit kekal halus dan lembut.

Minyak urut orang dewasa berbeza dengan minyak urut bayi ya. Ingat tu!

2. BEDAK

Elakkan menggunakan bedak yang mengandungi talkum atau karsinogen. Ibu ayah boleh memilih bedak yang diperbuat daripada mineral semula jadi, tanah liat atau tepung jagung.

3. SYAMPU

Carilah syampu yang mengandungi emolien. Ianya bagus untuk melembapkan kulit kepala bayi, menghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baru.

Foto Kredit: parenting.firstcry.com

4. LOSYEN

Sebelum pakaikan losyen pada si manja, ketahui tujuan mengapa anda perlu memakaikan losyen pada bayi. Adakah untuk melembapkan kulit? sebagai pelindung cahaya matahari? atau pencegah serangga? atau pun mengubati ruam lampin? 

Selain itu, pilih losen yang bertindak lembut pada kulit bayi. Kenal pasti kandungan bahan asli yang berkualiti yang dapat melindungi kulit bayi anda. Pilih juga losen yang bebas wangian.

5. PENCUCI BAJU/ DETERGEN

Untuk membasuh baju bayi baru lahir, lebih baik jangan dicampurkan bersama cucian baju keluarga. Kulit bayi sangat sensetif. Ada sesetengah pencuci baju memberi kesan bahaya kepada kulit anak.

Pencuci baju atau sabun basuh/ detergen untuk mencuci pakaian bayi perlulah tidak mengandungi bahan kimia.

Bayi selalunya mengalami ruam-ruam kecil di sekeliling leher, pergelangan tangan dan beberapa bahagian pada badan. Antara punca ruam pada bayi adalah disebabkan kandungan bahan kimia yang ada dalam sabun pencuci pakaian mereka.

JANGAN TERPENGARUH DENGAN PRODUK VIRAL. BUAT KEPUTUSAN DENGAN BIJAK SEBELUM MEMBELI.

Usahlah kita berlumba-lumba ikut apa yang orang pakai, apa yang orang guna. Mungkin sesuai dengan dia, tak semestinya bagus untuk kita.

Fahami dahulu kesesuaian kulit badan anak kita. Jangan kerana kita anak yang jadi mangsa. Pilih dengan teliti dan buat keputusan yang bijak untuk membeli produk penjagaan bayi.

Semoga bermanfaat!

Sumber rujukan: hellodoktor.com

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *