TAK ADA ISTERI YANG SAJA-SAJA BUAT SAKIT. 5 CABARAN ketika mengandung INI SUAMI WAJIB TAHU!
Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya pernah melalu cabaran ketika mengandung. Kehamilan adalah proses yang paling membahagiakan. Entah dari mana ibu dapat kekuatan yang cukup luarbiasa. Dugaan dan pembawakannya juga berbeza-beza. Ada ibu muntah teruk sampaikan nak makan hilang selera.
Ada juga yang kena pedih ulu hati, kencing manis ketika mengandung, nikmat tidur ditarik, kejang kaki waktu malam, muka kusam tak berseri, pinggang dan kaki sakit bila berjalan lama, bengkak kaki dan sebagainya.
Kasihanilah isteri mengandung, mereka melalui banyak dugaan utk melahirkan zuriat suami. Janganlah label mereka mengada-ngada saja nak meraih perhatian.
Janganlah kata isteri malas suka tidur dan berehat saja. Janganlah ingat mereka suka-suka tak nak masuk dapur untuk memasak dengan alasan mual-mual tak tahan bau busuk.
Janganlah biarkan mereka check up seorang diri, sesekali tu apa salahnya kalau temankan. Janganlah layan isteri bila nak ‘bersama’ je, bantulah mana yang mereka perlukan.
KAMI SENARAIKAN CABARAN KETIKA MENGANDUNG YANG PALING POPULAR ISTERI HADAPI
Biasanya kesakitan ini terjadi, bila kandungan kita dah makin sarat dan menunggu hari nak bersalin. Dari kepala sampai hujung kaki rasa tak sakit dan tak selesa.
- Kesakitan Pada Bahagian Bawah Perut (Round ligament pain)
Dalam pelvis anda, terdapat ligamen yang berfungsi untuk ‘memegang’ rahim supaya ia berada dalam keadaan yang stabil.Apabila berat kandungan semakin bertambah, berat yang perlu ditanggung oleh ligamen ini akan menyebabkan ia menjadi tebal dan tegang.
Ini boleh menyebabkan ibu hamil rasa tidak selesa atau rasa sakit seperti ditikam di kedua-dua bahagian abdomen bawah. Kesakitan ini di panggil round ligament pain dan ia boleh dirasakan ketika mommy bangun dari duduk atau mencangkung.
Buat kerja berat-berat pun akan cepat terasa dekat bahagian tu. Dan kalau bersin atau batuk dgn kuat menekan-nekan rasa sakit tu.
Tips Paling Berkesan Mengurangkan Kesakitan Bawah Perut
- Duduk dan berehat. Berehat dengan selesa dapat memulihkan kesakitan. Jika duduk tidak mengurangkan kesakitan, cuba duduk bertelengku atau bongkok ke hadapan dengan menghadap belakang sofa.
- Jangan bangun secara mengejut! cuba bergerak perlahan-lahan dan berhati-hati daripada posisi duduk atau berbaring juga boleh membantu kerana ini memberi masa kepada otot-otot anda untuk bersedia dan menyokong mommy sebelum anda menukar posisi. Cuba tolak punggung ke belakang sebelum mommy berdiri. Minta tolong suami bangunkan isteri ya kalau dia tak larat.
- Mommy boleh cuba pakai pinggang sokongan atau pembalut tubular berelastik (tubigrip) yang direka khas untuk wanita hamil, ia boleh membantu menampung berat bayi dan mengurangkan tekanan pada otot-otot perut.
2. Kesakitan Pada Bahu Dan Leher
Ini berlaku disebabkan hormon progesteron. Apabila ligamen di bahu dan leher menjadi longgar, digabungkan dengan berat perut yang semakin bertambah, anda mungkin juga akan merasai kesakitan pada leher dan bahu tadi.
Bahagian leher, bahu dan tulang belakang saling berkait dan anda mungkin akan rasa sakit secara keseluruhan. Hanya sedikit perubahan dalam postur badan sudah boleh menyebabkan sakit bahu dan leher semasa kehamilan.
Suami perlu peka, selalulah urut bahu ibu, agar dia merasa selesa walaupun sekejap. Sekurang-kurangnya dengan urutan anda membuatkan isteri lebih bertenaga.
3. Payudara Rasa Sakit, Gatal Dan Sengal-Sengal.
Bila mengandung, payudara anda akan membesar, dan ia akan jadi semakin menegang, sensitif dan sakit apabila disentuh.Penghasilan susu mula terbentuk.
Kesakitan ini adalah rasa sakit ketika mengandung yang biasa, bermula sekitar minggu 4 hingga minggu 7 dan semasa trimester pertama.Sesetengah wanita akan mengadu rasa sakit dan mengelak dari dipeluk semasa fasa ini.
Waktu ini, ada isteri yang akan menolak perlawaan suaminya untuk ‘bersama’. Kesakitan yang mereka alami akan membuatkan mereka tak bernafsu. Harap suami faham perubahan yang isteri alami.
4. Rasa Sakit Mencucuk-Cucuk Pada Bahagian Pelvis.
Kesakitan ini berlaku apabila kedudukan bayi bertukar ketika mereka menurun ke salur kelahiran. Ibu mungkin akan merasakan tekanan dari kepala bayi pada serviks, atau pada hujung saraf di sekitar pelvis anda.
Rasa sakit yang mencucuk-cucuk di bahagian pelvis ini mungkin petanda anda semakin dekat dengan hari untuk bersalin. Bila dah masuk hujung kehamilan, ibu-ibu perlu dapatkan rehat yang cukup.
Jangan paksa diri buat semua benda. Kalau tak larat jangan buat. Bila ibu hamil terlalu penat, ibu akan stres dan seterusnya akan mengundang bahaya kepada kandungan.
Sila ambil perhatian yang para suami, jangan biar isteri buat semua kerja. Apabila seseorang ibu hamil itu terjatuh, ia akan menyebabkan pendarahan di belakang uri (placenta abruption), yang mana uri akan terpisah daripada dinding uterus.
Pendarahan akan berlaku disebabkan oleh uri dan dinding uterus ini telah terpisah. Kesakitan juga akan dialami pada bahagian tulang pelvis, lutut, betis dan tumit.
Selain itu, ligamen akan mudah terkoyak disebabkan oleh hormon-hormon estrogen, progestron dan relaxin yang banyak semasa mengandung yang berfungsi bagi membentuk sistem pemprosesan air susu. Otot-otot betis juga turut menjadi sakit dan kejang. Bayi dan ibu boleh kehilangan nyawa! nauzubillah.
5. Sakit Punggung.
Sakit punggung adalah sakit yang paling biasa terjadi di kalangan wanita hamil.Ini disebabkan oleh otot-otot pada bahagian belakang yang tidak cukup kuat untuk menampung berat seorang bayi.
Apabila wanita hamil terpaksa memikul berat janin yang semakin besar, ini akan menyebabkan tekanan dan kesakitan pada tulang belakang dan bahagian punggung.
TIPS BUAT SUAMI BANTU ISTERI KURANGKAN SAKIT-SAKIT BADAN SEPANJANG KEHAMILAN
- Sediakan 3 biji extra bantal. Dalam keadaan isteri mengiring, letak bantal di bawah perut, kaki, dan paha sebagai sokongan kepada isteri. Ianya akan membantu isteri tidur dengan selesa dan lena.
- Bantu isteri dengan urut bahagian pinggang, bahu, betis dan tapak kaki. Ia akan buat isteri rasa best sangat-sangat. Kalau suami tak larat mengurut, bawa isteri pergi mengurut ya. Tapi pastikan tukang urut tu tahu urut mengurut ibu mengandung. Jangan sesekali urut dibahagian perut.
- Bawa isteri berendam/berenang dalam swimming pool. Kalau isteri tak pandai berenang tak apa, asalkan cuba tendang-tendang dalam air. Kalau tak pergi berenang, mandi dalam tab mandian dengan air suam. Ia akan memulihkan kesakitan yang isteri alami.
- Suami jangan sakitkan hati isteri. Maksudnya kenalah selalu bantu mereka menguruskan kerja rumah, tolong memasak(kalau sempat) dan bantu uruskan anak-anak yang lain.
- Selalu bawa isteri jalan bersiar-siar agar isteri lebih ceria dan bersemangat.
Semoga ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, diberi kekuatan yang cukup luarbiasa dan dipermudahkan segala urusan. Jangan stres, jangan takut dan jangan cemas ya. Banyakkan berzikir, solat taubat & hajat dan fikir positif.