Kebaikan Membedung Bayi
|

Kebaikan Membedung Bayi Yang Ramai Terlepas Pandang

Sebenarnya kan, ramai yang tak tahu kebaikan membedung bayi boleh membuatkan tidur bayi lebih lena dan mengurangkan kadar kematian mengejut. Sebab tu kita selalu kena tegur dengan mak-mak kita kenapa tak dibedung anak tu? nanti dah besar jalannya kengkang, tidurnya selalu tersentak dan mudah menangis. Tujuan membedung bayi adalah untuk mengelakkan bayi dari terkejut dan tidur terganggu.

Bayi yang dibedung dengan cara yang salah iaitu terlalu ketat dibahagian kaki, sehingga membataskan pergerakan bayi.. itu yang boleh membuatkan bayi berjalan kengkang.. ini terjadi kerana.. bedung yang terlalu ketat menganggu pembentukan otot kaki bayi..

Tapi mommy semua jangan tak ambil pusing pula bab membedung bayi ni dengan alasan anak panas lah.. anak saya merengek lah.. dia lebih suka bebas macamni lah.. JANGAN! Ada sebab kenapa bayi perlu dibedung..

Faktor utama kenapa membedung bayi.. ianya mampu memberi keselesaan kepada bayi..bedung juga berfungsi membantu bayi yang baru lahir tidur dengan lena dan tidak mudah terkejut dengan keadaan yang bising..

ANDA PERLU TAHU, BAYI AMAT SENSITIF DENGAN BUNYI DAN PERGERAKAN DI SEKELILINGNYA

Bayi yang baru lahir, masih dalam proses menyesuaikan diri dengan dunia barunya.. tindakan refleks yang menyebabkan bayi terkejut dan terjaga dari tidur akibat bunyi bising adalah perkara biasa.. Disinilah kebaikan membedung bayi yang perlu kita ketengahkan.

Kenal pasti, apa yang membuatkan bayi terbangun?

Antara situasi yangs sering terjadi seperi pintu di tutup dengan begitu kuat, bunyi orang batuk atau terbersin, bunyi mangkuk jatuh dan perlbagai lagi.. yang lebih parah sampaikan ibunya pun nak turun dari katil pun dia sedar.. hehe bertabahlah mommy..

KEBAIKAN MEMBEDUNG BAYI

  • Bayi yang baru lahir sering kali terkejut atau startle reflex, dengan bedung bayi, membuatkan bayi rasa lebih selamat..
  • Membedung mampu memberi kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula berfungsi.
  • Memberikan ketenangan dan mengurangkan reflex moro iaitu tindak balas bayi apabila kehilangan dinding rahim selepas kelahiran.
  • Mengurangkan risiko kematian bayi @ Sudden Death Infant Syndrome( SDIS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.

CARA BEDUNG YANG BETUL

Kebaikan Membedung Bayi
Image source : Facebook

Cara bedung yang betul adalah bedung longgar sedikit untuk memberi ruang bayi membuat pergerakan kaki dan tangannya.. Jangan meluruskan kaki bayi, mengetatkan bedung atau melilit bahagian kaki bayi.. Dan jangan menggunakan bedung yang banyak lapisan.. Gunakan kain yang serap peluh dan ada ruang udara, yang boleh menghangatkan badan bayi supaya tidak kena ruam..

Tak semua bayi selesa dibedung ya.. kalau mommy tengok bayi mommy mengerakkan badan dan mula menangis, boleh lah menanggalkan bedung buat sementara..Jangan lepas dah seronok bayi tak dibedung anda boleh mengabaikannya.. Kebaikan membedung bayi jangan dilupakan.. seeloknya bedung dipakai sewaktu bayi hendak tidur sahaja..

JANGAN LAKUKAN INI BILA BAYI SUDAH DIBEDUNG..
  • Jangan bedung bayi terlalu lama
  • Jangan bedung terlalu ketat
  • Jangan meletakkan sebarang kain dimuka bayi.
  • Jangan membedung bayi ketika dia menyusu.
  • Pastikan bayi yang sudah dibedung tidur dalam posisi baring.
  • Buka bedung kalau nampak bayi mula berpeluh dan panas.

Jika bayi mommy mengalami ruam yang teruk akibat bedung, mommy boleh menggunakan alternative lain seperti pakaikan stoking atau selimut yang selesa bagi mengelakkan si comel  mommy tidur nyenyak dan tidak kena kembung..

TIPS MENGELAK KEMBUNG BAYI

  • Dukung baby anda bila dia menangis dan letakkan dibahu sambil mengusap belakang badannya..
  • Pakaikan mitten dan booties bayi pada waktu malam dan hujan.
  • Tuam perut bayi dengan kain panas.. kemudian sapukan minyak telon sebelum tidur.
  • Mommy jangan makan makanan yang bersifat membuang angin seperti teh, kangkung dan keledek..jika mommy menyusukan bayi, dikuatiri bayi akan mendapat kembung.
  • Mommy boleh buat urutan secara lembut ditapak kaki, untuk membuatkan perut si manja menjadi selesa dari terkena kembung.

Writter: Sweetmamajoy

COPYRIGHTS 9bulan10h  dan jangan lupa like facebook page. Silakan SHARE

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *