Jadilah Ayah
|

Jadilah Ayah Yang Pandai Menakluki Hati Anaknya Sendiri, 8 Tips Ini Anda Perlu Cuba!

Mendidik anak bukan mudah, dan ianya bukan satu proses yang sukar. Jika kita tahu teknik dan memahami anak, insyaAllah segalanya dipermudahkan. Tingkatkan kesabaran dan jadilah ayah yang dirindukan dan diperlukan anak.

Anda boleh praktikkan 8 cara dari Dr Taufiq Razif bagaimana untuk pikat hati anak kita.

8 TIPS UNTUK AYAH TAKLUK HATI ANAK

Foto kredit: Taufiq Razif

1. Selalu mencari-cari kesempatan untuk bergomol, bergusti dan bermain dengan anak anak

2. Selalu kreatif mencuri waktu untuk anak anaknya walaupun berada dalam kesibukan bekerja

3. Mengenali karakter dan personaliti setiap anak anaknya yang unik dan berbeza

4. Mengenali Bahasa Cinta dan keperluan anaknya yang unik dan berbeza

5. Meluangkan masa untuk berdating dengan setiap seorang anak anaknya supaya setiap anak anaknya merasa istimewa

6. Selalu mencari tahu apa hobi dan kesukaan anak anaknya sendiri

7. Selalu jadikan pelukan dan ciuman sebagai rutin harian untuk menenangkan jiwa anak anaknya

8. Selalu mengajak anak anaknya solat berjemaah dan mentadabbur Al-Quran bersama sama

Father is a son’s first hero a daughter’s first love.

JADILAH AYAH YANG BIJAK. JIKA ANAK SUSAH DENGAR CAKAP, APA KITA PERLU BUAT?

Ada 4 waktu yang sesuai untuk nasihat anak supaya nasihat itu senang masuk ke hati anak :

Waktu Makan

Dalam keadaan makan, minda anak akan ‘lebih terbuka’ untuk menerima teguran dan nasihat kerana badan mereka dalam ‘receiving mood’.

Waktu Berjalan

Ketika berjalan-jalan dan bersiar siar, hormon kebahagiaan anak seperti endorfin dan dopamin akan melimpah.Makin mereka bahagia, makin mereka boleh terima nasihat dan teguran kita.

Foto kredit: Taufiq Razif

Waktu Bermain Bersama

Ketika bermain bersama anak, kita sebenarnya sedang melakukan teknik memujuk & mempengaruhi yang kita namakan sebagai Pacing & Leading pada anak kita.

Pacing – Kita buatkan anak kita selesa dengan kata-kata kita untuk bermain bersama mereka.

Leading -Sambil bermain, kita selitkan kata kata nasihat pada anak kita dan ianya akan masuk dengan mudah ke dalam hati anak kita.

Waktu Anak Sakit

Ketika anak kita sakit, anak kita juga berada dalam keadaan ‘receiving mood’ kerana pada ketika itu mereka sangat memerlukan perhatian kita.

Ketika itu hati mereka akan sangat mudah mendengar teguran dan nasihat.

” Bila nasihat sudah berjaya masuk ke dalam hati anak, jangan terkejut kalau anak jadi lebih taat dan mudah dengar cakap “

Foto kredit: Taufiq Razif

Ayah kena selalu bercakap dengan anak. Tak ramai ayah yang mampu bercakap dan bersembang banyak dengan anak-anak. Kadang si ayah tu diam, kadang si ayah tersenyum.

Itu pun dah buat anak tersenyum puas dah asalkan si ayah tu berada dekat dengan dirinya.

Diamnya si ayah itu emas tetapi sekali buka mulut, macam keluar permata. Punyalah berharga kata kata seorang ayah.

Mahal sungguh bagi si anakItulah kenapa percakapan seorang ayah ni kadang lebih masuk ke hati anak anak. Lagi lagi bila bercerita bab akhirat.

Tak salah pun bila duduk berdua dengan anak cerita serba sedikit tentang syurga, dosa pahala, azab kubur dan lain lain.

Tak banyak pun takpa asalkan ada. Beza sangat perangai anak yang selalu dengar cerita tentang akhirat.

Dengan anak yang jarang dengar cerita tentang akhirat. Bila anak nampak akhirat. Jiwa mereka jadi sihat. Solat pun jadi tak lambat. Dengan ibubapa pun mereka jadi mudah taat.

Sumber: Taufiq Razif

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *