Picky Eater
|

Anak Ketagih Makanan Manis, Ini Punca Anak Jadi Picky Eater & Cerewet

Ibu mana yang tidak susah hati jika anak tidak mahu makan? Mungkin anak anda tergolong dalam kategori picky eater iaitu anak yang sangat cerewet dan memilih makanan tertentu.

Ikuti perkongsian menarik Dari Puan Wawa Shauqi bagaimana nak menangani masalah anak ‘picky eater’ dan kesan gula tinggi pada anak.

Dulu waktu dapat anak pertama, saya tak banyak ilmu lagi. Jadi, saya banyak buat silap.

Salah satu silap yang sangat saya sesal adalah, bagi anak makan benda manis masa bayi.

Dari umur setahun lagi saya dah selamber bagi makan oreo. Kadang-kadang, kongsi aiskrim yang saya makan.

Tau apa jadi lepas tu?

Anak saya tolak makan benda lain. Selagi makanan tu tak ada rasa manis, selagi tu selera dia tak tergoda.

Kalau dulu, dia tak menolak makan sayur. Tapi lepas tu, bukan sayur je dia tolak, nasi pun dia taknak. Apatah lagi makanan berkhasiat yang lain. Susu pun taknak! Melainkan diletak koko!

Pening juga kepala.

Gambar Hiasan

Anak menjadi picky eater sebab dia dah biasa makan makanan yang sedap tapi tak berkhasiat. Ini kesan kalau banyak bagi anak makan bergula tinggi :

  1. MENYEKAT SELERA MAKAN mereka. Malah boleh menyebabkan ketagihan makan bergula.
  2. Badan tak cukup gizi. Makanan bergula jarang mengandungi khasiat. Sedangkan, otak, mood, tukang dan otot sangat memerlukan khasiat untuk pertumbuhan yang sihat.
  3. Kandungan gula dan lemak yang tinggi dalam badan turut menyebabkan memori merosot. (Prof Margaret Morris, University of New South Wales).
  4. Ada kajian yang membuktikan, junk food, makanan terproses dan tinggi gula & garam, mempengaruhi kesihatan mental anak-anak dan tingkah laku anak-anak. Anak-anak ini lebih mudah tantrum, mudah marah dan lebih agresif.(Prof Elicia Jack a, University of Melbourne).
  5. Pengambilan gula yang banyak juga buat buah pinggang kita cepat rosak. Itu yang sampai kena cucuk insulin tu.
  6. Malah, kalau anak kerap batuk, selsema, alahan dan demam, antara punca nya juga adalah gula.

Gula yang berlebihan menyebabkan bakteria baik dan jahat dalam usus tidak seimbang. Bila tak sembang, anak mudah sangat jatuh sakit.

Masalah lain yang anak akan dapat kerana pengambilan gula yang tinggi adalah :

7. Gigi rosak

8. Obesiti

Nyaris saya cepat sedar.

Sebenarnya, nak anak bagi diet sembang ni, kita mak ayah pun kena rajin dan berdisiplin tinggi. Ilmu pun kena ada, supaya bila kita memberi, kita tau apa yang kita pilih masuk dalam troli tu, bagus atau tidak untuk ahli keluarga.

Foto Kredit: click2houston.com

Sebagai langkah untuk ELAK perkara kat atas jadi kat anak, kita boleh cuba 3 cara ni :

  1. Banyakkan makanan yang Allah cipta. Berbanding yang manusia cipta. Elak makanan terproses. Banyakkan makan ikan, daging, sayur dan buahan.
  2. Beri anak sarapan tinggi protein.Kat Malaysia ni, susah nak jumpa sarapan tinggi protein. Sedangkan, itu yang bantu otak anak perform.
  3. Role model. Anak akan ikut tabiat makan mak bapak. Kalau mak bapak tak makan sayur, jangan harap anak boleh makan sayur.Sebenarnya, cara mudah nak diet adalah, kita makan apa yang anak makan. Iyelah, kita biasanya akan sediakan makanan sihat untuk anak. Jadi, ikut lah diet anak. Walaupun anak kita tu hanya seorang bayi. Cuma portion yang lebih besar.
  4. Makanan manis hanya waktu tertentu. Sama ada waktu balik kampung (sebab sepupu pun mesti akan makan gula-gula), hari cuti atau waktu nak reward anak.Cuma remind anak, untuk hadkan makan sebijik dua aje gula-gula tu.
  5. Elak ajar anak ambil gula-gula di kaunter pembayaran.Sekali ajar, menyesal selamanya.
  6. Penjagaan gusi dan gigi.Ajar anak berus gigi dari bayi. Bukan sahaja untuk kebersihan. Tapi untuk meransang deria dalam mulut dia.
  7. Ajar makan pelbagai tekstur dan rasa. Tanpa gula dan garam berlebihan. Ini pun salah satu cara ransangan deria. Supaya anak tu kurang sifat picky eater.
  8. Dan yang paling penting, elak bagi makan makanan bergula dan garam sebelum umur 2 tahun. Tak payah kesiankan anak makan makanan tawar. Jangan risau.. Diorang tak boleh beza pun makanan tu sedap atau tak selagi kita sendiri tak ajar.
Gambar Hiasan

Bukanlah dosa besar nak bagi anak lollipop. Alah! Saya pun bagi je. Cuma, berada-pada. Sekali sekala, tak apa.

Selain gula, makanan tinggi garam, mengandungi perisa dan makanan terproses juga perlu kita elakkan.

Kemudian ajarlah anak makanan berkhasiat. Especially sayur dan makanan ada omega-3 yang sangat penting untuk pertumbuhan otak.

Kalau ada yang tersilap macam saya, tak apa. Cepat-cepat ambil tindakan dengan kurangkan pengambilan gula & garam secara berperingkat.

Share post ini untuk sebarkan ilmu ni pada lebih ramai mak ayah.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *