Bancuh Susu
|

Salah bancuh susu anak boleh hilang khasiatnya! 5 cara ini baru betul.

Rupanya selama ini ramai ibu ayah yang salah bancuh susu formula anak. Patutlah berat anak tak naik-naik, khasiat dan zat yang terkandung dalam susu boleh hilang jika kita buat kesalahan ketika membancuh susu anak.

Mungkin ibu ayah selalu mempraktikkan cara ini ketika bancuh susu anak:

  • Masukkan susu ikut sukatan yang kita nak.
  • Kemudian letak air panas.
  • Tambahkan air suam @ air sejuk.
  • Goncang susu hingga sebati.
  • Lepastu beri anak minum.

Kredit Photo: myorganicformula.com

Sedar tak sedar selepas dah 2,3 anak baru tahu cara bancuh susu ini salah! ingatkan tak penting pun kalau tak ikut langkah-langkah yang betul, rupanya ada kesan kepada anak.

Air panas dengan suhu lebih 75 darjah celcius dicampurkan bersama susu formula, akan mematikan segala zat yang ada dalam susu tu.

Lebih teruk lagi, jika air panas yang terlampau panas dimasukkan ke dalam botol yang bukan jenis bebas BPA, akan berlaku pengewapan dan mungkin akan membebaskan bahan kimia yang ada pada botol itu.

Penting untuk ibu ayah tahu pemilihan botol susu yang baik buat anak.

Semak Pada Botol BPA Free

BPA yang terkandung dalam apa jua produk termasuklah botol susu bayi, dapat melarut resap ke dalam makanan/minuman dan seterusnya masuk dalam badan. Sekalipun dos Bisfenol A tu rendah, tapi bila dah masuk dalam badan kita, ia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh beri kesan negatif terhadap kesihatan mama dan juga janin dalam kandungan!

Menurut laman webmd.com, BPA ini juga boleh mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi. Sebab tu lah ibu hamil perlu jaga pemakanan supaya terhindar dari kesan buruk BPA ni.

5 CARA BANCUH SUSU FORMULA YANG BETUL

Kredit Photo: parenting.firstcry.com
  1. Mula-mula tuangkan dahulu air masak yang telah dimasak dan disejukkan ke dalam botol anak.
  2. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas tadi ke dalam botol hingga air tadi menjadi suam. Contoh sukatan: 5oz air masak, 1oz air panas dan 6oz susu.
  3. Lepastu tambah susu formula mengikut sukatan yang telah dilabelkan pada tin dengan menggunakan sudu yang telah disediakan.
  4. Tutup rapat botol susu dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
  5. Sebelum beri anak minum, uji dahulu suhu susu diatas tapak tangan anda. Kalau tak uji, jika susu terlalu panas, lidah anak akan sakit dan melecur.

Ikuti tutorial cara bancuh susu yang betul dari Alodokter ini.

INFO TAMBAHAN TENTANG SUSU FORMULA ANAK

  • Jangan bancuh susu anak ke dalam botol yang masih lembab dan tidak kering, ia boleh menyebabkan pembiakan kuman. Seeloknya sediakan 2,3 botol anak.
  • Jika nampak puting susu berkerak, botol dan calar, warna huruf pada botol pun dah hilang, buang saja dan beli baru. Penggunaan botol terhad kepada 3 bulan sahaja.
  • Anak minum susu tak habis, lebihan susu yang terdedah harus dibuang jika tidak diminum selepas 2 jam.
Selain Bancuh Susu, Kebersihan Botol Jangan Lupa. Kredit Photo: dettolarabia.com
  • Elakkan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan susu bayi kerana ia akan menyebabkan berlakunya titik panas, menyebabkan mulut bayi melecur.
  • Elakkan menggunakan botol susu yang mengandungi BPA (Bisphenol A), yang amat berbahaya jika bertindak balas terhadap haba dan boleh menghasilkan bahan kimia yang berbahaya terhadap anak-anak. Tolong baca label dengan betul.
  • Adalah salah jika mengurangkan skop susu dan lebihkan air ketika membuat bancuhan susu. Anak umpama minum air kosong, khasiat susu tiada.
Bancuh Susu
Kredit Photo: babycentre.co.uk

PERLU DIINGAT, SEBAIK-BAIK SUSU ADALAH SUSU IBU. ANTARA MANFAAT SUSU IBU:

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Semoga bermanfaat!

Sumber rujukan: myhealth.gov.my, siraplimau & pa&ma.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *