DIY TUNGKU BAYI! JIMAT, MUDAH DAN BANYAK MANFAATNYA.
Bayi kerap kembung perut, anak kena sawan tangis & terkena angin pasang! WAJIB CUBA tips ini! baik untuk bayi dan ibu selepas bersalin.
Ingatkan bertungku baik untuk ibu bersalin je, rupanya banyak manfaatnya untuk bayi juga. Ikuti perkongsian menarik cara DIY tungku bayi ekspres yatieimra
Anak kecil & bayi (terutamanya) memang tak dapat dipisahkan dengan penggunaan tungku/tuam. Bayi baru lahir perlu ditungku untuk hangatkan badan bayi selepas mandi, kurangkan kembung perut/angin dalam badan & juga elakkan angin pasang (bagi anak lelaki).
.
.
Anak saya ada masalah sawan nangis akibat terlalu kerap kembung perut sejak dari lahir. Bekalan minyak telon & tungku bayi memang wajib ada. Masuk 7 bulan baru kurang sakit perutnya. Selama tu jugaklah tungku bayi tak tinggal.
Baru² ni masa anak kena cirit birit akibat tonsillitis (hampir 2 minggu), saya buatkan tungku bayi ekspres ni untuk kurangkan kembung perut & hangatkan badan anak. Almaklum lah, cirit birit ni kalau badan sejuk, lagi menjadi² sakit perutnya. Tungku ni mudah disediakan & time² terdesak, memang guna tungku ni je.
Macam² bahan orang buat tungku bayi ni. Tapi yang selalu saya buat 2 je bahan utama. Herba² lain boleh digunakan sebagai tambahan supaya tungku lebih efektif.
Bahan Utama :-
2. Bahan pemanas (pasir pantai/debu tanah/garam/beras)
Semua bahan² yang dinyatakan kat atas ni boleh serap & simpan haba apabila dipanaskan. Bahan² ni berfungsi kekalkan suhu panas tungku bayi agar tahan lebih lama. Jadi memudahkan kerja ibu² & tak perlu kerap sangat panaskan balik tungku.
.
.
Boleh gunakan pasir pantai, debu tanah (tanah ditapis dengan penapis besi untuk buang batu & bendasing & dapatkan debu² yang halus je), garam ataupun beras. Gunakanlah bahan yang ibu² mudah dapat ye. Masa berpantang dulu saya tinggal dirumah mak, jadi debu tanah (tanah yang halus) memang mudah dapat. Tapi sekarang saya gunakan garam je.
2. Bahan untuk singkirkan angin :-
Yang ni memang paling banyak variasi. Ada yang gunakan lada hitam, habatussauda, halba, biji sawi, jintan, biji ketumbar & macam² lagi. Selalunya saya hanya gunakan lada hitam sebab tu je bahan yang sentiasa ada kat dapur. Tapi kali ni saya tambahkan rempah campur (untuk masak kari tu) sebab dah ada campuran halba, biji sawi & jintan dalam tu. Hehee..
Ni Cara Saya Buat Tungku Bayi Ekspres
½ cawan garam (lebihkan pun boleh)
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan rempah campur (optional)
1. Campur semua bahan. Panaskan selama 5-7 minit diatas dapur hingga panas & naik baunya.
2. Boleh gunakan kain perca atau baju lama anak (lengan panjang) untuk ikat bunjut tungku ni.
Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih/daun mengkudu jika ada. Curah campuran garam yang telah dipanaskan di bahagian tengah baju.
.
*Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih atau daun mengkudu sebelum curahkan campuran yang dihangatkan tadi
*Boleh juga panaskan bunjut tungku dengan seterika jika suka, tapi suhunya tak betul² sekata & panasnya juga tak tahan lama
Sebaik²nya simpan dalam bekas jika gunakan garam sebab lama-kelamaan garam akan menjadi lembap & berketul.
*Untuk garam & beras, tak disarankan simpan dalam kain sebab garam & beras ni serap kelembapan gak. Garam akan jadi lembap & beras akan berkulat. Sebaik²nya campuran garam/beras disimpan dalam bekas bila tak digunakan dalam tempoh yang lama.
Tinggikan bahagian bawah/kaki baju
Pegang bahagian leher baju seperti gambar di atas (pastikan kedudukan bahagian bawah baju tadi lebih tinggi dari bahagian leher). Ikat kedua² lengan baju ke belakang.
Ikat dengan kemas supaya garam tak terkeluar.
*Saya tak ikat mati sebab lebih suka buka & panaskan balik campuran garam tadi dalam pan bila nak guna.
*Boleh tengok gambar cara saya ikat tungku bayi ni gunakan baju bayi terpakai.
Tarik bahagian lengan baju ke depan & ikat sekali lagi untuk kemasan.
Untuk bayi boleh lapik dengan kain sebelum tungku. Pastikan tungku telah suam sebelum tungku secara direct atas kulit.
Lain² tip:
*Sebelum tungku bayi/anak pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.
*Pastikan tungku dah suam (test pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.
.
.
*Untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Dap atau tekap sekejap² je tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan & tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat 2-3 minit. Kemudian tuamlah perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.
*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut & bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha & tapak kaki.
*Saya dulu bersalin secara ceaser sebab fetal distress. Saya gunakan tungku yang sama (gandakan sukatannya) & tambahlah daun sirih/mengkudu jika ada untuk tungku bahagian perut (elakkan tungku kawasan luka ceaser). Tungku ni ringan & sesuai digunakan untuk ibu² yang bersalin secara ceaser gak untuk bantu cepatkan proses kecutkan rahim & kurangkan angin dalam badan.
“Kenapalah time-time pantang nilah suami aku ada urusan kerja luar kawasan.. lepas aku selamat lahirkan anak ketiga aku tak sampai 4 hari lagi, suami dah kena outstaion.. stressnya Tuhan sahaja yang tahu, siapa nak jaga anak2? Nak hantar rumah mak mertua, sian pulak kat diorang dah tua-tua takkan nak jaga anak aku? di tambah pula…
Ayah merokok di luar rumah tidak menjamin keselamatan anak-anak daripada kesan racun asap rokok. Anak berisiko dapat sakit! Asap rokok ini memang bahaya. Jika orang dewasa yang terdedah dengan asap rokok pun dah rasa rimas dan boleh buat sesak nafas, inikan pula anak kecil terutamanya bayi. Perkongsian dari Dr Farhanah Ibrahim ini berdasarkan pengalamannya merawat…
IBU STRES SUSU BADAN KURANG, ANAK MENGAMUK KEHAUSAN! KETAHUI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA! Alaaaa.. baru sebulan menyusukan anak, susu makin kurang dan takda! anak asyik merengek..stresnya! perlu ke aku bagi susu formula? Jangan dulu! kalau belum iktiar apa-apa, jangan terus putus asa dan buat keputusan terburu-buru. Kaji dulu dimana silapnya sampai susu kita kurang dan…
“Ala… kan dah ada sanitary pad dustbin, kenapa nak basuh basuh lagi darah haid tu… bukannya ada orang nak ambil”. Ada di antara wanita yang tak pernah basuh pad sebab katanya “ini pad pakai buang, so lepas pakai buang lah… ini bukan pada pakai basuh..” Nah, ini antara cerita kenapa setiap wanita perlu ambil kisah…
Sebab kekurangan ilmu, ramai ibu bapa suka picit puting bayi mereka apabila kelihatan keluar cecair seperti susu. Akibat luka selepas picit tu, breast anak ini membengkak dan dijangkiti kuman. Bengkak buah dada atau galactorrhoea atau witch’s milk adalah disebabkan terdedah kepada hormon prolactin dan estrogen daripada ibu ketika dalam kandungan bayi lagi. 5% bayi sama…
Buat-buat apa mesti nak tengok telefon. Nak makan kena umpan telefon. Nak suruh duduk diam kena bagi telefon. Dekat kedai makan mesti nak tengok telefon. Sampaikan si anak tadi menangis menjerit-jerit kalau tak dapat tengok telefon. Ini ke yang dinamakan anak ketagihan skrin? Perkongsian dari penulis Adlil Rajiah ini sangat berguna untuk ibu ayah yang…