Cium Mulut Bayi
|

Teruja Macamana Sekali Pun, Jangan Cium Mulut Bayi! Banyak Kuman Pada Mulut.

Sayang macamana sekali pun, elakkan cium mulut bayi anda. Ciuman kepada anak merupakan salah satu cara untuk zahirkan perasaan kasih sayang ibu ayah kepada mereka.

Tapi, tak dinafikan ramai ibu bapa yang terlalu obses dengan kecomelan anak mereka hingga tak peduli yang mereka patut elak cium bahagian mulut anak. Ini antara sebab dilarang cium mulut anak yang ibu bapa perlu tahu.

Paling bahaya, ciuman dimulut anak boleh rangsang syawat! nauzubillah.

Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat Dr Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universitas California Los Angeles ,UCLA, berpendapat mengenai kesan buruk jika terlalu sering mencium anak-anak di bibir.

“Ketika seorang anak mencapai 4 atau 5 atau 6 dan pada usia sekitar itu keinginan seksualnya mulai muncul (dan beberapa anak-anak keinginan seksualnya muncul lebih awal, terkadang muncul pada usia 2 atau 3) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual(syahwat) mereka.”

Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari untuk tambah pengetahuan dalam penjagaan anak.

Banyak je tempat lain sebenarnya kita boleh cium tapi tolonglah jangan cium mulut bayi sebab tu mungkin boleh jadi punca si comel tu pergi buat selama-lamanya!

Ada satu kes ni terjadi pada bayi yang usianya baru 18 hari. Dalam masa 2 jam je lepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, mak nya perasan dia dah mula lembik dan tak nak menyusu.

Apa lagi, kelam kabut terus ke hospital. Sampai je kat sana, tengok-tengok pernafasannya pulak bermasalah dan organ badan sebahagiannya gagal berfungsi.

Kesian sangat.

Bila disiasat, barulah tahu rupanya si kecil tu mengalami jangkitan virus Herpes yang tersebar melalui ciuman.

Foto kredit: healthline.com

Tak salah kita ni suka sangat kat budak, sayang benar kat anak. Kadang tu punyalah cute dia orang ni sampaikan rasa nak cubit-cubit pipi tembam tu. Nak cium-cium dan tak nak lepaskan sebab best sangat bau baby.

Tapi kalau kita sengaja cium kat mulut dia, banyak kuman yang terdapat pada mulut berisiko untuk berpindah ke tubuh si comel tu.

Pada kita ni, jangkitan seperti virus RSV, penyakit Hand, Mouth and Foot disease, Herpes HSV-1 boleh jadi tak bagi kesan sikit pun.

Malangnya kalau terjangkit pada baby, tubuh mereka akan jatuh sakit, tenat dan paling menakutkan bila seluruh organ penting dalam badan gagal berfungsi lalu mengakibatkan kematian.

JADILAH ‘FRONLINER’ TERBAIK BUAT ANAK KITA. INI TIPS UNTUK IBU AYAH YANG ADA BAYI KECIL

Jadi sahabat-sahabat yang ada anak kecil ni kenalah beringat sikit ye:

Foto kredit: happiestbaby.com
  1. Selalu cuci tangan dulu sebelum sentuh bayi dan ELAKKAN CIUM MULUT BAYI.
  2. Jangan terima pelawat yang tak sihat terutamanya kalau ada yang selsema, demam, batuk, dan sakit badan. Yang baru beberapa hari sembuh pun kena berhati-hati jugak.
  3. Halang perokok dari datang dekat dengan bayi kita sebab habuk rokok yang melekat dekat badan tu boleh buatkan saluran pernafasan si comel tu meradang dan sesak nafas.
  4. Kerapkan cuci permainan bayi dengan air dan sabun.
  5. Bayi berusia bawah 3 bulan lah paling berisiko sebab imuniti badan dia masih sangat rendah. Sebab tu sebolehnya kita jangan bawak dia ke tempat yang ada ramai orang seperti mall, restoren atau pun expo.

Saya percaya, dalam usaha kita nak jadi mak ayah yang terbaik, kita kena tahu ilmu penting begini sebab kitalah frontliner yang bertanggungjawab untuk lindungi kesihatan si kecil kita tu.

RASUL DAN SAHABAT HANYA MENCIUM PIPI ANAKNYA

Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua pada anaknya, maka hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.

Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk mencium anak iaitu pada bahagian pipi, seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.

“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)

Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tapi sebaiknya memang tak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah tunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.

Sama-samalah kita saling ingat mengingati sesama insan.

Sumber rujukan: Dr Ahmad Luqman Bukhari & Siraplimau

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *