lemas anak cemburu bila dapat adik baru? cuba 4 tips ini untuk kawal mereka.
Anak sulung tak nak beralah dengan adik, selalu tunjuk perasaan bila ibu ayah rapat dengan adik.. sampaikan dia pukul adik! normal ke anak cemburu bila dapat adik baru?
Ibu mana yang tak risau bila abang atau kakaknya tunjuk perasaan bila dapat adik baru. Puas pujuk untuk hiburkan hati mereka, tapi tetap tak boleh nak terima yang mereka dah beradik.
Kadang-kadang letih nak melayan perasaan mereka yang suka merajuk tu. Kita pegang adik je, mulalah anak sulung tarik muka. Kita lebihkan adik je, mulalah dia rampas barang atau permainan adiknya. Itu belum campur dia ‘buat’ adik diam-diam tanpa pengetahuan kita. Tahu-tahu adik menangis je.
KAJI DAHULU KENAPA ANAK CEMBURU BILA ADA ADIK BARU?
Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa. Ketika mengandung lagi, anda perlu terapkan ‘bonding’ antara dia dan bakal adiknya.
Setiap kali adik menendang dalam perut, panggil abang atau kakaknya datang usap perut ibu setiap hari. Kongsi perasaan dan ceritakan apa yang indah dengan kewujudan adik.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil. Untuk dia memahami dengan lebih mendalam, kena ambil masa, sebab anak masih lagi perlukan perhatian dan kasih sayang ibu ayah.
Dan cara menangani anak yang 4 atau 5 tahun juga berbeza. Mungkin jarak antara mereka agak jauh. Tapi jika anda biasakan mereka bergaul dengan anak-anak kecil yang lain, mungkin mereka akan teruja bila nak beradik.
Ikuti perkongsian menarik dari Ibu Rose bagaimana persediaan kita sebagai ibu bapa nak mengatasi masalah ini.
PASTIKAN IBU BAPA BERSIAP SEDIA DENGAN 4 SUDUT INI BILA ANAK CEMBURU BILA DAPAT ADIK
- Fizikal.
Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun.Ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya.
Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan.
Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu.
Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.
2. Minda.
Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi.
Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan abang atau kakak berasa lebih disayangi setelah ada adik. Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; ‘nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu…padan muka’ , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ‘ nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa.
Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh si kakak dan abang.Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.
IBU BAPA PERLU BIJAK BAHAGIKAN KASIH SAYANG
- Tidak ada istilah pilih kasih dalam menyayangi anak. Jangan kata ‘oh adik masih kecil, kena dahulukan adik dalam semua perkara, kena sayang adik lebih sikit’. Sama rata dan adil, tiada lebih dan tiada kurang.
- Jangan beza-bezakan mereka. Ramai ibu bapa yang tidak sedar, kadang-kadang perbuatan atau percakapan kita suka membandingkan antara anak sulung dan adiknya. Dari situ akan timbul rasa cemburu dan tidak puas hati antara adik beradik. Jangan main-main ya, kesannya hingga mereka besar nanti.
- Kalau beri hadiah, pastikan kesemua anak dapat. Dari situlah mereka mula memberontak dan mempersoalkan kenapa mereka selalu diketepikan.
- Jangan bebankan anak sulung dengan segala beban kerja seolah-olah dah ambil alih kerja menjaga adik beradik yang lain. Tak salah mendidik anak untuk lebih bertanggungjawab, tetapi kita tidak boleh meletakkan beban dibahu mereka. Kita sebagai ibu perlu beri sokongan dan bantu mereka untuk lebih menyayangi adik.
Semoga kita dapat mendidik anak dengan baik!
Sumber rujukan: Ibu Rose.