Tanda-Tanda Mengandung
|

kenal pasti 10 tanda-tanda mengandung sebelum lewat period

Kenapalah dua tiga hari ni rasa tak sedap badan, rasa letih, rasa nak marah, tekak rasa mual, asyik nak ‘berangin’ je dengan suami! jangan-jangan ni tanda-tanda mengandung kot.. tapi period lambat lagi..”

Setiap wanita tanda-tanda mengandung adalah berbeza-beza. Setiap bulan sudah tentu para isteri akan rasa berdebar-debar bila period lambat. Mereka meletakkan harapan yang tinggi samaada ‘double line’ atau satu line. Ini sering terjadi pada wanita yang baru saja berumahtangga dan wanita yang dah lama menunggu zuriat.

Di sini kami sertakan tanda-tanda mengandung yang anda boleh perhatikan diawal kehamilan.

Kredit Photo: momjunction.com

SIMPTOM AWAL MENGANDUNG.

Tanda dan SimptomGaris Masa
Tompok darah dan senggugutMinggu 1-4
Terlepas haidMinggu ke 4
KejangMinggu 4 atau 5
Mual dan Loya (Morning Sickness)Minggu 4 hingga 6
Payudara gatal-gatalMinggu 4 hingga 6
Kerap kencingMinggu 4 hingga 6
Perut rasa penuhMinggu 4 hingga 6
Senang pening kepala bila naik kenderaanMinggu 5 hingga 6
Beremosi dan senang berubah moodMinggu ke 6
Suhu badan berubah-ubahMinggu ke 6
Tekanan darah tinggiMinggu ke 8
Sangat letih dan pedih ulu hatiMinggu ke 9
Jantung berdegup lajuMinggu ke 8 hingga 10
Perubahan payudara dan putingMinggu ke 11
Jerawat mula naikMinggu ke 11
Kenaikan berat badanMinggu ke 11
Muka berseri-seriMinggu ke 12
Kredit: thezuriat.com

Mungkin sesetengah ibu masih tidak perasan simptom awal mengandung ini terjadi kepada dirinya kerana mereka hanya bergantung pada keputusan lewat period setiap bulan.

Nak tahu perubahan lebih jelas?

10 TANDA-TANDA MENGANDUNG INI AKAN BERLAKU PADA ANDA.

  1. Payudara Jadi Sakit Dan Menegang.

Payudara anda mungkin menjadi lebih besar, sensetif dan terasa sakit bila tersentuh. 2 minggu pertama selepas percantuman antara sperm dan ovum (persenyawaan), perubahan hormon akan berlaku dan menyebabkan payudara membengkak dan mengeras.

Urat pada payudara anda mungkin lebih menonjol dan areola (puting) anda turut berubah warna dan menjadi gelap. Ini berlaku kerana peningkatan hormon progesteron dan estrogen dalam tubuh wanita hamil.

Kredit Photo : babydestination

2. Berlaku Pendarahan Atau ‘Spotting’.

Jangan panik kalau ada tompokan darah keluar dari vagina. Ini mungkin disebabkan proses implementation ataupun pelekatan telur yang telah disenyawakan ke permukaan uterus. Spotting ni selalunya berlaku sekejap saja dan darah yang keluar pula sangat sedikit dan berwarna cair.

 Perut juga terasa kejang kerana otot rahim yang meregang kerana hadirnya janin dalam kandungan.

Ada sesetengah wanita akan mengalami seperti kekejangan atau senggugut, tetapi sakitnya masih boleh dikawal. Jika pendarahan banyak, terus dapatkan rawatan ya.

Kredit Photo: fitterfly.com

3. Rasa Mabuk, Loya-loya, Tekak Pahit & Muntah.

Ini gejala biasa yang dialami oleh ibu mengandung. Rasa pening, loya dan muntah ni dipanggil ‘morning sickness’. Ianya berlaku pada awal kehamilan iaitu pada minggu 3-6. Ibu biasanya akan rasa loya pada waktu pagi selepas bangun tidur.

Rasa mual ataupun nausea berlaku disebabkan peningkatan paras estrogen dalam badan, yang menyebabkan penghadaman dalam perut menjadi lambat.

Deria bau dan rasa juga menjadi lebih sensitif. Kira-kira satu dalam 200 wanita hamil berkemungkinan mengalami ‘hiperemesis gravidarum‘.

Hiperemesis gravidarum menyebabkan muntah yang kerap dan teruk sehinggakan apa sahaja yang dimakan atau diminum akan dimuntahkan semula.

Menurut artikel dari webmd.com rasa mual dan kerap muntah akan membuatkan sesetengah wanita kehilangan 5% berat badannya. Ibu akan rasa lesu dan tak bermaya kerana kekurangan air dalam badan.

Tips Buat Ibu Hamil Yang Mengalami Muntah Teruk:

  • Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap.
  • Jangan sampai dehidrasi. Banyakkan minum air untuk pastikan tubuh badan ada tenaga.
  • Makan kurma, tembikai atau buah-buahan untuk hilangkan rasa loya sebelum makan berat.
Ibu Akan Rasa Serba Tak Kena.

4. Cepat Rasa Letih, Mengantuk & Kelesuan.

Ibu juga mungkin akan rasa tersangat letih dalam beberapa minggu pertama kehamilan. Ini disebabkan oleh peningkatan paras progesteron dalam badan anda untuk ia mengekalkan lapisan rahim anda bagi membantu menyokong kehamilan.

Dalam masa sama, paras gula dalam darah kita juga akan rendah, sebab tu kita akan rasa dan tak bermaya. Rasa nak baring dan tidur je.

5. Deria Bau Mula Sensetif Dan Cerewet Bab Makan.

Kalau dulu paling suka bau suami, tapi bila mengandung terus rasa pening bila suami ada dekat sebelah. Ini dinamakan pembawakan ibu mengandung. Ada wanita yang sangat-sangat sensetif dengan sesetengah bau. Sampaikan masuk dapur pun dia tak nak, sebab dia boleh mual dan muntah serta merta.

Sebelum mengandung tak memilih makanan, tapi bila mengandung ibu akan makan makanan yang dia suka saja. Ini berkait rapat dengan rasa mual dan loya yang mereka alami.

Ada ibu yang hilang selera makan dan ada juga yang sentiasa berselera.

Photo Kredit: parenting.firstcry

6. Wanita Lebih Beremosi & Mood Swing!

Perubahan homon yang pesat terutamanya ketika trimester pertama juga boleh menyebabkan emosi kita jadi tak seimbang. Kita mungkin mudah rasa tersentuh, marah, sedih dan sebagainya.

Jangan pelik kalau anda mula menyedari diri anda menangis tanpa sebab. Buat para suami, perasaan ibu mengandung sangatlah sensetif. Jagalah hati dan bahagiakan mereka sebaiknya.

7. Lebih Kerap Nak Terkencing!

Kira-kira 6 hingga 8 minggu selepas pensenyawaan anda mungkin akan rasa nak membuang air kecil dengan lebih kerap.

Ini disebabkan uterus ibu telah membesar dan menekan pundi kencing anda. Pada akhir trimester pertama uterus anda akan naik ke atas di dalam abdomen anda menyebabkan tekanan ke atas pundi kencing anda berkurangan.

Buat para ibu, bila kita kerap ke toilet, seluar dalam kita juga akan lembab dan menimbulkan ketidakselesaan. Pakailah pad atau kerap menukar seluar dalam untuk memastikan anda kekal selesa.

8. Sakit Gigi!

Sistem imun anda yang lemah ketika mengandung membuatkan bakteria pada gigi mula-mula bertindak.

Ditambah pula badan anda mula menghasilkan darah dengan lebih banyak untuk diberikan kepada bayi anda, anda mungkin akan mengalami pembengkakan pada gusi anda.

Kalsium anda juga turut berkurangan apabila mengandung. Ibu-ibu digalakkan minum susu untuk memastikan kesihatan gusi lebih baik.

9. Kerap Sakit Kepala.

Anda mungkin sakit kepala pada bahagian-bahagian tertentu atau berlainan. Kesakitannya pula mungkin berbeza, anda mungkin rasa seperti dihentak dengan benda keras, atau berdenyut-denyut.Sakit kepala tidak menyebabkan simptom-simptom lain.

Jika anda biasa mengambil pil tahan sakit, anda boleh ambil paracetamol kerana ia selamat diambil semasa hamil. Tetapi sebelum ambil apa-apa ubat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Kredit Photo: babylist.com

10. Tak Datang Period Atau Missed Period.

Ini tanda-tanda mengandung yang paling mudah untuk kita mengagak samaada kita hamil atau tidak.

Jika wanita yang periodnya teratur dan tiada masalah lewat period sebelum ini, pastinya ini berita yang paling anda tunggu-tunggu.

Anda boleh beli kit pregnancy test dan buat ujian air kencing. Jika ada keluar dua line, tahniah anda mengandung!

Waktu terbaik untuk anda menjalan ujian ini ialah 7 hari selepas anda missed period anda dan dilakukan sebaik sahaja anda bangun dari tidur iaitu ketika hormon hCG sedang tinggi.

TIPS BUAT IBU YANG POSITIF MENGANDUNG

  • Setelah buat ujian kehamilan dan menunjukkan double line, ibu perlu rujuk doktor untuk scan kandungan untuk kenal pasti kantung bayi dalam keadaan baik dan bukan kandungan luar rahim.
  • Sila jaga makan diawal kehamilan. Jangan makan makanan yang banyak asid dan ‘tajam’ untuk kandungan.
  • Elakkan keletihan, stres atau buat kerja berat-berat.
  • Dapatkan sokongan suami untuk bantu anda dalam banyak perkara.
  • Pada minggu ke 8, boleh membuat buku pink untuk buat pemeriksaan kehamilan.

Semoga ibu-ibu terus diberi kekuatan untuk mengharungi segala cabaran sepanjang 9bulan10hari dan dapat melahirkan anak dengan mudah.

Rujukan: myclearblue.com, thezuriat.com & babycenter.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *