demi cinta seorang isteri kepada suami
| |

Demi Cinta Seorang Isteri Buat Suami, Zuriat Dan Ilahi…

Perjalanan bergelar ibu tidak mudah….. Buat suami, hargailah isteri anda…..

Allah… hebatnya seorang wanita apabila dia tahu dia akan loya dan muntah…
Lapar yang amat namun tetap hilang selera,
Biar sakit seluruh badan,
Kerja hakiki tetap dia buat,
Ketika badan terlalu penat,
Ketika itu juga dia terpaksa kuat,
Demi sayang & cintanya pada suami… zuriat dan Ilahi…

Memasuki saat kelahiran….
Sakitnya contraction ini seperti 20 tulang dipatahkan serentak…
Loya muntah yang melampau kerana terlalu perit…
Bunyi mesin menambah pedih & perit seluruh kudrat yang ada….

suami
Hargailah….

Suamiku….
Aku terus kuat demimu suamiku…..

Anakku…
Ibu cuba kuat untuk melahirkanmu sayang….

Ya ALLAH…
Saya cuba kuat demi melahirkan amanahMu buat kami Ya ALLAH…

ALLAH….. bibir ini cuba ku genggam padat dengan harapan aku dapat kurangkan sedikit sakit…
Rupanya tidak….

2 jam… 6 jam….  contraction ini berlarutan….
Mencucuk cucuk seluruh badan….

Ketika melahirkan mengeluarkan roh dari badan…
Tegangnya seluruh urat…
Ditambah pula perineum yang digunting…
Meneran sekali lagi untuk keluarkan uri…
Kemudian diselup pula untuk keluarkan darah kotor…
Belum hilang penat melahirkan, anak di sebelah menangis minta disusukan,
Dengan kudrat yang lemah ini, ibu cuba kuat,

Walaupun sakit batu meriyan yang ‘membunuh’ ditambah dengan bengkak susu yang menyakitkan…
Ibu tetap tersenyum dan cuba kuat…
Ia penat… ia mengubah bentuk badan ibu…
Namun ibu cuba kuat demi suami… anak & Ilahi….

Percaya atau tidak….
Seorang ibu akan berperang dengan segala keaadaan ini sehingga matanya terpejam…
Sehingga itulah segala kekuatannya dia cuba gunakan walaupun terlalu lemah…

Hargailah ibu, kerana dia juga melalui apa yang kita lalui malah mungkin lebih teruk lagi…
Bila kali terakhir anda mencium ibu anda?

Sesungguhnya tak mudah untuk luruh dosa..
Tapi duhai wanita… duhai ibu… kita sudah berjaya… ALHAMDULILLAH…
Terima kasih Ya ALLAH…

suami
Semoga setiap wanita & ibu sentiasa diberkati penuh kasih sayang dan rezeki berpanjangan,, aamiin…

Jika suami tahu betapa SAKITNYA melahirkan anak, pasti dia tak sanggup MENYAKITI hati isterinya….

HARGAILAH ISTERI ANDA… KERANA DIA CUBA KUAT UNTUK SUAMINYA, ZURIAT & ILAHI…..

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *