JANGAN PANIK JIKA JAHITAN BERSALIN TERBUKA! IKUT 5 TIPS INI UNTUK MENGATASINYA.

Jahitan Bersalin Terbuka

Alamak.. benang apa terkeluar ni? jahitan bersalin terbuka ke ni? macamana boleh tertetas ni? bahaya tak?

Siapa yang tak seram kan jika melalui situasi ini. Sakit bersalin tak hilang lagi, datang pula sakit yang baru. Sebab tulah selepas bersalin, pastikan ibu-ibu jaga kebersihan dan berhati-hati bila membuat pergerakan. Jangan terlalu lasak sehinggakan jahitan bersalin terbuka semula.

Kredit Photomybabymanual.co.uk/childbirth

APA ITU PROSEDUR EPISIOTOMI?

Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan pada bahagian pembukaan faraj untuk mempercepatkan atau mengelak koyakan yang besar.

Ia adalah 1 prosedur biasa dalam bidang kebidanan moden pada masa kini. Tak semestinya setiap ibu yang melahirkan anak melalui proses ini. Episiotomi akan dilakukan bergantung kepada keadaan ibu ketika melahirkan anak.

Proses Episiotomi Ketika Bersalin

Antara sebab kenapa ibu perlu memerlukan episiotomi:

  • Bayi posisi songsang dan berlaku ketegangan pada janin.
  • Kelahiran anak memerlukan bantuan menggunakan forsep atau vakum.
  • Proses kelahiran yang berpanjangan.
  • Ibu tak pandai meneran dan bayi bersaiz besar.
  • Kedudukan kepala bayi yang tidak normal.
  • Kelahiran bayi kembar.
Kredit Photo: aneskey.com

BAGAIMANA CARA KITA NAK TAHU JAHITAN BERSALIN TERBUKA?

  1. Terdapat benang yang terkeluar atau melihat sendiri jahitan yang terbuka. 
  2. Rasa sakit yang semakin teruk ditempat luka.
  3. Berlakunya pendarahan baharu atau wujud cecair seperti nanah. Anda juga mungkin akan berasa tidak sihat.

APA YANG PERLU ANDA BUAT JIKA JAHITAN TERBUKA @ TERTETAS?

  • Jika keadaan ini berlaku dan ibu takut jika luka lambat sembuh, anda boleh melakukan pemeriksaan dengan doktor.
  • Doktor akan memeriksa keadaan jahitan episiotomi jika terdapat ada jangkitan pada luka.
  • Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini akan diberikan ubat antibiotik dan disarankan mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen kerana ianya selamat untuk ibu yang menyusukan anak. 
  • Sekiranya masalah yang berlaku disebabkan jangkitan dan membuatkan ibu tidak sihat, anda mungkin perlu dimasukkan ke wad untuk diberikan antibiotik intravena (melalui saluran darah).

Kredit Photo: journals.rcni.com

PERLU KE LUKA BERSALIN DIJAHIT SEMULA?

Jika terdapat jangkitan, luka bersalin tersebut tidak perlu dijahit semula.

Ia boleh memerangkap jangkitan di dalamnya dan keadaan ini akan mengakibatkan tisu tidak akan bercantum dengan baik.

Manakala jika keadaan sebaliknya, sama ada tiada jangkitan atau jangkitan sudah dirawat, luka akibat episiotomi mungkin akan dijahit semula.

RAMAI IBU YANG RISAU, JAHITAN BERSALIN TERBUKA BOLEH SEMBUH SEPERTI SEDIAKALA KE?

Proses penghasilan tisu baru akan berlaku setiap haRI. Tempoh masa untuk jahitan tersebut pulih adalah berbeza bagi setiap wanita dan ia bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Kedudukan luka tersebut
  • Kedalaman bukaan episiotomi
  • Tempoh jangkitan sudah berlaku

Keadaan tisu baru mungkin akan tampak kemerahan dan berdarah sedikit. Selalunya apabila luka sembuh, akan terdapat bekas luka sementara dan ia akan pudar seperti parut kulit yang lain.

Luka bersalin yang dijahit semula mungkin akan sembuh dengan lebih cepat tetapi wujud risiko kecil untuk dijangkiti kembali.

Kredit Photo: hcah.in/health-advantage

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN

  • Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja.
  • Pastikan ibu-ibu menukar tuala wanita dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  • Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala. Biarkan ianya kering secara semulajadi.
  • Tak perlu meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.
  • Jika pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, anda digalakkan untuk tidak memakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.
  • Banyakkan makan buah oren untuk penyembuhan luka yang lebih cepat.

Kredit Photo: babyphysio.com

SILA JAGA PEMAKANAN SELEPAS BERSALIN

Aspek pemakanan yang kita makan juga memainkan peranan penting untuk memastikan luka dalam keadaan baik dan cepat sembuh. Elakkan makanan yang boleh melambatkan proses penyembuhan. Hindar makanan yang boleh mendatangkan alahan pada luka. Banyakkan makan sayuran hijau, buah yang kaya dengan vitamin C dan lebihkan minum air kosong.

Selepas bersalin digalakkan buat senaman kegel, iaitu kemutan untuk merapatkan tisu-tisu yang terbuka. Duduklah dengan betul, elakkan terkangkang atau bersila selepas melahirkan anak. Banyakkan berehat dan usah angkat benda yang berat.

Dilarang sama sekali untuk ‘bersama’ dengan suami selepas dua seminggu melahirkan anak. Walaupun darah nifas isteri sudah kering, luka bersalin isteri masih belum pulih sepenuhnya. Pujuk suami untuk bersabar dahulu.

Semoga cepat sembuh ibu-ibu!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *