Proses Bersalin
|

5 PROSES BERSALIN YANG MERUMITKAN. PERKARA INI SUAMI KENA TAHU!

Tak dapat digambarkan kesakitan ketika isteri bersalin. Isteri melalui proses bersalin yang sukar dan merumitkan. Tidak ternilai pengorbanan seorang isteri ketika bertarung nyawa melahirkan zuriat buat suaminya. Isteri berkorban banyak perkara demi menyelamatkan nyawa insan yang paling dia sayang.

Hebatnya seorang wanita, hinggakan seluruh dunia meraikannya. Dasyatnya mereka walaupun kudratnya tidak setanding lelaki, gerak lenggok gayanya yang kadang kala penuh kelembutan, tapi dia memiliki kekuatan dan kecekalan yang tidak ada pada lelaki.

Saat isteri hamil, hatinya yang paling gembira, sampaikan ada yang menitiskan airmata. Tidak dapat digambarkan dgn kata-kata perasaan waktu dia disahkan berbadan dua. Dalam hatinya, tak pernah terfikir atau terdetik tentang proses bersalin yang boleh menuntut nyawanya. Ya, wanita mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk melahirkan anak.

Mabuk ketika hamil, dilalui dgn tabah. Hilang selera makan, tekak pahit.. dicampur pula dgn muntah-muntah setiap kali bau makanan. Hilang tenaga, lesu tak bermaya, tak sedap badan dan nak melepek saja.. itupun orang dah label ‘manja’ dan mengada-ngada.

Tidak pula dia merungut atau mengeluh dgn perubahan yg berlaku pada dirinya. Bayangkan, rahim yang sebesar buah pir, boleh dihuni oleh manusia yang anggaran beratnya 2-3kg dalam kandungan.

Ke hulu ke hilir bawa perut, 24 jam bersama selama 9bulan10hari. Anak sebagai peneman dan kawan baik ibu setiap masa.

Sakit pinggang, sakit kaki, sakit tulang pinggul, payudara sakit, mudah penat dan cepat beremosi. Tetapi si isteri yang mengandung tadi tetap gembira dan menerima segala perubahan pada diri seadanya.

Kredit Photo: celebrity.okezone.com

5 STEP ISTERI BERSALIN YANG BUAT RAMAI WANITA RASA TAKUT DAN TRAUMA NAK MENGANDUNG SEMULA

  1. Kontraksi

Dengar je perkataan kontraksi, ramai ibu yang seram! kalau diingat balik sakit waktu kontraksi tu, memang dasyat sakit dia.

Urat semua terasa tegang, sakitnya sampai ke pinggang. Kontraksi datang menyerang buat airmata ibu bergenang. Si ibu menahan kesakitan yang tak keruan. Semua serba tak kena, rahim rasa nak pecah.

Paling sakit bila jalan dah mula membuka 5cm. Dia punya rasa tak tahan tu rasa nak turun katil, balik rumah je. Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada ibu yang menderita berhari­- hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal dia punya azab tu hanya Tuhan yang tahu.

Gambar Hiasan

Tips Buat Suami Untuk Mengurangkan Sakit Kontraksi Isteri:

  • Buatlah solat hajat. Doakan dan niat dalam hati supaya isteri mudah bersalin dan dilancarkan prosesnya.
  • Pastikan isteri minum dan makan sebelum bersalin. Kalau takda selera nak makan, sediakan roti, kurma atau biskut. Sekurang-kurangnya dia ada tenaga.
  • Tolong ingatkan pada isteri step bersalin. Cara pernafasan dan meneran yang betul. Ketika sakit ni isteri dah tak ingat apa dah.
  • Tenangkan isteri supaya isteri tak takut dan cemas. Beri kata-kata positif dan dorongan yang membina. Jika boleh masuk menemani isteri, urut pinggang dan belakang badannya.

Kredit Photo: review.bukalapak.com

2. Induce @ Paksa Bersalin

Tahu tak macamana bersalin paksa? orang puteh kata kena ‘induce’. Yang mana bila kita overdue, tapi takda tanda-tanda nak bersalin, doktor akan cadangan untuk kita induce.

Bersalin induce ni adalah proses bersalin yang menggunakan teknik atau ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses kelahiran.Ibu-ibu yang di induce mungkin mengalami masalah macam dah lebih 40 minggu, tapi masih lagi steady takda keluar tanda, ada masalah air ketuban kurang, ada jangkitan pada rahim, bayi ada masalah dan mak ada kencing manis @ darah tinggi.

Bila tanya ibu yang pernah melalui proses induce, mereka akan angkat tangan tanda surrender tak sanggup nak menahan proses paksa bersalin. Bukan sekejap, ada yang makan berhari-hari utk ada rasa sakit nak bersalin.

Kontraksi semulajadi sangat berbeza dgn kontraksi induce. Kepada ibu yang bakal kena induce, siap siaga mental dan fizikal anda.

Kredit Photo: parenting.orami.co.id

3. Kena Seluk!

Buat ibu-ibu yang sudah berpengalaman pasti pernah melalui ‘vaginal examination’ iaitu selukan jari pada vagina si ibu. Ini dilakukan untuk mengukur bukaan pintu rahim ibu sama ada sudah bersedia untuk melahirkan atau tidak.

Sila setkan minda anda untuk bersedia. Buat ibu-ibu yang kali pertama melahirkan anak, jangan takut, jangan stres dan jangan menangis bila di seluk.

Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameternya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.

Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.

Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit. Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.

4. Kena Gunting.

Jangan panik ya, tak semua ibu-ibu perlu digunting. Ramai sebenarnya ibu mengandung yg rasa cemas dan seram bila dengar kena gunting ketika bersalin nanti.

Doktor bukan saja-saja nak gunting, ia bagi memudahkan bayi anda dikeluarkan. Episiotomi biasa terjadi bagi ibu yang pertama kali bersalin.

Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian di antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar dari faraj. Ia bagi mengurangkan risiko koyakan yang tidak terkawal pada faraj ketika bersalin.

Kaedah menggunting atau memotong sedikit pada faraj ini dapat memudahkan laluan bayi. Hospital kerajaan dan kebanyakan hospital swasta mengamalkan polisi ‘selective episiotomy’ atau ‘episiotomi selektif’ di mana hanya ibu yang mempunyai risiko seperti kelahiran songsang, kelahiran vakum atau forceps.

Namun, teknik ini bukanlah menjadi kemestian atau rutin setiap kali menyambut kelahiran bayi melainkan sebagai pilihan terakhir semata-mata.

Anda perlu tahu, ada 3 tahap kecederaan perineum ketika bersalin:

  • Koyakan melibatkan lapisan kulit sekitar vagina sahaja atau lapisan luar perineum.
  • Koyakan melibatkan kulit sehingga lapisan mukosa vagina dan otot perineum.
  • Koyakan melibatkan otot di bahagian dubur, ia perlu dijahit lapisan demi lapisan, dan sekiranya tidak dijahit dengan sempurna, boleh mendatangkan komplikasi yg serius.

Kredit Photo: 3bscientific.asia

5. Luka Bersalin Dijahit.

Kalau diingat balik saat kena jahit tu, ngilu-ngilu campur pedih rasanya. Tak dapat nak digambarkan kena jahit hidup-hidup walaupun dah sedut gas entanox!

Tak berdaya nak menidakkan kesakitan itu. Ada 3 lapisan yg perlu dijahit, mula-mula lapisan dalam. Lepastu pada otot vagina dan akhir sekali dekat kulit. Sebenarnya jahit dekat kulit paling terasa dan agak sakit.

APA-APA PUN JANGAN PANIK! CUBA TEKNIK INI UNTUK MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN SEBAGAI RUJUKAN ANDA

  1. Banyakkan berjalan. Ya nak berjalan memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali periksa, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
  2. Jangan minum air selusuh terlalu awal. Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­- awal ya. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
  3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu jangan lupa amalkan. Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. InsyaAllah,Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
  4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami. Yang ni part paling syahdu sekali. Dekat­-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, terutama suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan bayi selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang.
  5. Baring mengiring sebelah kiri dan elakkan baring terlentang. Bila dah penat berjalan, masa baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
  6. Banyakkan bersujud. Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.
Proses Bersalin Sangat Merumitkan, Mental Dan Fizikal Kena Kuat

IBU MELAHIRKAN ANAK PERLU POSITIF. SUAMI BERI DORONGAN DAN BANTU ISTERI.

Melahirkan anak bukan mudah. Ianya satu perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Semoga ibu-ibu dapat melahirkan dengan mudah, terus positif dan sentiasa diberi kekuatan yang luarbiasa.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *