Makanan Naikkan Hb
|

10 makanan naikkan hb ketika hamil! ibu anemia, cubalah!

Setiap kali mengandung mesti hb rendah! rasanya dah macam-macam ubat dah makan untuk naikkan hb, tapi bacaan tetap rendah. Boleh kongsi tak makanan naikkan hb ketika hamil?

Mudah rasa cepat letih, muka pucat, kerap rasa macam nak pitam, selalu rasa tak sihat, ini antara kesan yang akan ibu alami akibat tekanan darah rendah.

Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita ni ada masalah darah rendah, ingatkan ini perubahan normal ketika mengandung. Siapa yang tak terkejut kan, bila time ‘check up’ tiba-tiba nurse kata yang kita menghadapi anemia.

APA ITU ANEMIA?

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarnya ke seluruh bahagian tubuh.

Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Makanan Naikkan Hb
Ibu Akan Rasa Lemah Dan Kerap Pening Kepala.

MACAMANA HB BOLEH RENDAH KETIKA HAMIL?

Wanita hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Mereka disaran agar meningkatkan pengambilan zat besi dalam diet harian.

BAHAYA ANEMIA JIKA TIDAK DIRAWAT:

  • Boleh menyebabkan komplikasi seperti kelahiran pramatang (kandungan tak cukup bulan).
  • Kematian bayi dalam kandungan.
  • Ibu boleh kemurugan selepas bersalin.

10 MAKANAN NAIKKAN HB SECARA SEMULAJADI!

Buat Brokoli Celup Tepung Pun Sedap! Jadikan Snek Harian.
  1. Brokoli.

Ada ibu yang tak suka makan brokoli kerana rasanya, makan sikit je boleh cepat muak. Tapi brokoli sangat bagus! Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Ianya juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan.

2. Limau Nipis.

Limau Nipis Ni Kalau Buat Air Tambah Gula Perang Sikit, Minum Sejuk-Sejuk Sedap!

Limau nipis mengandungi tahap magnesium dan kalium yang tinggi. Kedua-dua unsur ini membantu menyokong kesihatan keseluruhan jantung. Khususnya, potassium dapat meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

3. Daging Merah.

Daging Merah Boleh Dipelbagaikan Dalam Masakan, Pastikan Ia Masak Sepenuhnya.

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu menaikkan hb ketika hamil. Anda perlu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain. Anda boleh pelbagaikan menu masakan berasaskan daging setiap minggu, takdalah jemu makan benda yang sama setiap hari kan?

4. Delima.

Pastikan Ibu Makan Buah Delima Yang Fresh! Minta Suami Belikan.

Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia. Jika tak jumpa buah delima, ibu juga boleh amalkan makan pati delima mengikut sukatan yang dibenarkan untuk ibu mengandung.

5. Kekacang.

Jadikan Kacang Sebaik Snek Sihat Anda!

Kekacang adalah salah satu sumber untuk mencegah anemia dan makanan naikkan hb yang bagus. Daripada ibu-ibu makan makanan ringan yang tidak sihat, jadikan kekacang sebagai snek sihat anda. Senang nak bawa kemana-mana.

6. Kerang.

Sedapnya Kerapu Pucuk Bagus Campur Kerang!

Kerang memang sinonim sebagai makanan naikkan hb yang rendah. Setiap minggu boleh selitkan menu berasaskan kerang dalam hidangan. Bukan saja sedap malah baik untuk tambah darah.

7. Bayam.

Segala Jenis Bayam Baik Untuk Kesihatan.

Ketika mengandung makanlah sayuran yang berdaun hijau, salah satunya bayam. Bayam merupakan makanan paling baik di dalam kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah ataupun hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia.

8. Hati Ayam.

Hati Ayam Goreng Cili Api Campur Kacang Panjang, Memang Sedap!

Menurut sumber, umumnya hati ayam (100gms) mengandung 9 mg zat besi. Hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.

Tapi kita tak digalakkan makan terlalu kerap kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak. Ini salah satu alternatif saja, terpulang kepada ibu-ibu untuk amalkan atau tidak.

9. Kurma.

Kurma Juga Antara Snek Sihat Yang Boleh Dimakan Selalu.

Makanan sunnah ini banyak manfaatnya kepada manusia. Bukan saja dapat membekalkan tenaga, malah baik untuk menaikkan hb ketika hamil. Kurma bukan dimakan pada bulan ramadhan saja, boleh diamalkan pada bila-bila masa.

10. Jambu Batu.

Buah Jambu Sedap Makan Begitu Saja Tanpa Menambah Serbuk Jambu.

Anda sangat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan kerana ia mengandungi Vitamin C.

Vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu juga memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren!

JOM CUBA BUAT GUAVA MILKSHAKE NI!

Bahan-Bahan

  • Jambu Batu
  • Susu
  • Sedikit Gula
  • Boleh tambah ais/ kulit kayu manis.
Kredit: premiumguava

Jangan lupa amalkan makanan naikkan hb ini ketika hamil. Ini adalah salah satu alternatif makanan semulajadi tanpa ubat. Ada ibu yang serasi sekali buat terus menjadi, ibu-ibu kena ‘try and error’ untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Buat ibu mengandung, makanlah apa saja janji ia tak memudaratkan atau membahayakan kandungan. Makanan sihat yang kita ambil mempengaruhi tahap kesihatan kita. Elakkan makanan segera, makanan manis, minuman 3in1 dan makanan ringan yang tidak mendatangkan khasiat.

Jika hb masih lagi rendah, jangan teragak-agak untuk dapatkan nasihat doktor ya. Ingat tu!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *