Jangan Cepat Menghukum Anak Berumur 3 Tahun 6 Bulan-1 Tahun 6 Bulan, Mereka Dalam Fasa “Individuating”

Menghukum Anak

Ibu ayah hari ini jangan cepat menghukum anak bila mereka melakukan kesalahan. Terutama anak yang berumur 3 tahun 6 bulan ke bawah. Mereka belum pandai urus emosi dengan betul dan kita perlu tahu teknik yang betul untuk mendidik mereka.

Ini adalah rangkuman ilmu yang min pelajari dari Ibu Rose – Mesejnya Kasih dan Puan Maznah Ibrahim.

DALAM FASA ‘INDIVIDUATING’ KENAPA PERLU DIULANG-ULANG?

Umur anak 3 tahun 4 bulan dan anak 1 tahun 10 bulan. Apa yang kita jangka?

Ibu ini bertanya, asalnya si adik selalu dibuli abang seperti ditarik rambut, dihalang jalan, dibaling mainannya.

Sampai masa, si abang pula dibuli adik.

Dan sekarang abang pula yang cepat menangis bila adiknya lakukan yang sama.

Apa yang seharusnya ibu ini lakukan?

Nasihatilah anak 5 tahun tu. Anak umur 5 tahun ‘Limbic Brain’ atau Otak emosinya sudah agak matang dan telah berkembang dengan baik. Jadi, kaedah menerangkan dan masukkan elemen emosi akan sangat membantu kefahaman anak.

Limbic Brain mula develope pada umur 3 tahun dan 4 tahun pula bagi Neocortecs Brain (Otak Logik).

Foto Kredit: mycubbyhouseearlylearning.com.au

Namun, buat anak yang berumur 3 tahun 6 bulan – 1tahun 6 bulan, mereka berada di Fasa Individuating. Tak lama pun, hanya sekitar 2 tahun. Fasa ini akan segera berakhir, JIKA kita kendalikan fasa ini dengan baik.

Fasa ini, sangat perlu untuk kita menerangkan sesuatu dengan jelas dan berulang-ulang.

Ayat biar PENDEK dan POSITIF.

Anak ini, dari awal lagi, bila ada sikap yang tak baik kita perlu bimbing dan educate mereka dengan lembut tetapi tegas. Walaupun umurnya baru 1 tahun 6 bulan.

Apa yang anak 1tahun 6bulan ini faham?

Ya, dia memang tak boleh faham terus, tapi dengan konsep pengulangan, lambat laun anak itu akan faham.

Sebagai contoh : Bila anak pukul kita bila dia marah, apa yang seharusnya kita buat?

  1. Ambil tangannya dengan lembut tetapi kemas.
  2. Jelaskan, “Tangan ni untuk makan, ambil barang, usap ibu”.
  3. Berikan imej diri yang baik tentang dirinya dan nyatakan kesan pukul, “Ingat tak? Adik orang yang baik. Orang yang baik tak pukul orang. Nanti orang sakit.”
  4. Arahkan tangannya untuk lakukan yang lain bila marah. “Adik marah ya, meh pukul punching bag ni.”Ini adalah cara untuk mengalirkan emosi marah yang terkumpul di tangan dengan cara yang lebih baik.

FASA INDIVIDUATING INI SANGAT PENTING UNTUK KITA BIMBING DAN PIMPIN SIKAPNYA

Jangan kita yang dewasa ini TANTRUM sama.

Ada pendapat yang mengatakan, ‘Kurung je anak kat luar/bilik. Pasti berkesan.

‘Itulah pendekatan Time Out.

Time Out min tak sarankan untuk anak di fasa individuating. Sebab apa?.

Sebab isunya, anak ini masih belum pandai kendali emosinya sendiri.

MAKA, pada min adalah ZALIM kita TIME OUT anak pada umur ini.

Min beri perumpamaan, orang yang belum pandai berjalan, kemudian kita paksa dia berlari. Adakah adil untuk kita hukum dia disebabkan dia tak boleh berlari?

Walhal, masa ini dia belum mampu berjalan, apatah lagi berlari.

Begitulah anak di Fasa Individuating ini.

Dia belum pandai lagi memandu emosinya. Entah-entah, emosi pun tak tau lagi apa dia. Tetiba, bila dia buat ‘perangai’ kita dah hukum dia. Kan kesian tu..

Min akui, sebelum ini memang min ada gunakan pendekatan TIME OUT pada anak min yang berumur 3tahun 6 bulan ke bawah. Tapi, masa tu min tak cukup ilmu.

Min sangat sarankan ibu bapa untuk tidak beri hukuman TIME OUT anak ini pada umur di fasa individuating ini.

Apa yang perlu pada fasa ini :

  1. Ulang dan ulang dengan ayat PENDEK dan POSITIF.
  2. Tunjukkan cara yang betul.

Semoga kita semakin bijak dalam mendidik anak-anak syurga kita. Aminn.

Sumber: Yasmin Sari

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *