8 cara membuat air selusuh mudahkan bersalin! suami tolong buatkan.
Abang.. jangan lupa buatkan air selusuh ya. . lagi dua minggu ayang dah nak bersalin ni.. orang kata air selusuh mudahkan bersalin isteri. Abang tahu ke nak buat macamana nanti?
Pastinya ramai ibu-ibu yang pernah minum dan masih mengamalkan minum air selusuh bila sakit bersalin datang menyerang. Ada yang kata bila minum air selusuh, anak keluar dengan mudah dan sakitnya hanya sekejap saja.
Tapi ada juga yang kata, jangan minum air selusuh terlalu awal, minum time betul-betul sakit, kalau tak nanti bayi boleh lemas dan rahim boleh pecah!
Waallahualam. Pengalaman bersalin setiap orang tak sama. Terpulang kepada ibu-ibu samaada nak percaya atau nak amalkan.
BETUL KE AIR SELUSUH MUDAHKAN BERSALIN?
Air selusuh ialah air yang dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan diberikan pada ibu mengandung dengan tujuan untuk memudahkan proses bersalin. Air ini biasanya dibacakan oleh Uztaz yang berpengalaman membuat air selusuh. Ada juga suami yang dah mahir untuk membuat air selusuh buat isterinya sendiri.
Biasanya air selusuh diberi kepada ibu hamil bermula sebaik sahaja kontraksi mula berlaku. Tapi ada juga ibu yang sudah mula mengamalkannya sejak trimester terakhir kehamilan.
Biasanya air zam zam digunakan untuk membuat air selusuh ini. Tetapi ada juga yang menggunakan minyak seperti minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
Dari segi hukum Islam, ianya adalah HARUS selagi tiada unsur kurafat atau bercanggah dari agama, ianya dibolehkan.
Air selusuh ini ikhtiar untuk para ibu senang ketika melahirkan anak. Ibu-ibu janganlah meletakkan seratus peratus harapan pada air selusuh. Jangan fikir bila kita minum air selusuh bersalin nanti tak sakit, anak keluar dengan mudah. Setiap yang berlaku atas izin Allah. Tawakal kepada Allah.
Tidak ada proses bersalin yang tidak menyakitkan. Bersalin antara hidup dan mati seorang ibu. Apa yang penting ibu perlu tahu teknik kawal emosi, teknik penafasan dan teknik meneran yang betul.
8 CARA MEMBUAT AIR SELUSUH VERSI USTAZ DON DANIYAL
Sebaik-baik air selusuh, adalah hasil dari bacaan suami. Kepada para suami, minta baca sampai habis dan fahamkan cara membuat air selusuh yang betul. Kaedah ini dikongsikan Ustaz Don yang beliau buat untuk isterinya untuk melancarkan proses bersalin.
- Ambil sebotol air zamzam, boleh juga digunakan air biasa.
- Bacakan Surah Al-Fatihah Sekali.
3. Bacakan Surah Al-Hasyr Ayat 21
لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
4. Bacakan Selawat Syifa’
Terjemahan:“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
Kelebihan baca Selawat Syifa’:
- Sebagai doa untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dibaca dan diminum airnya.
- Bacakan setiap hari untuk anak-anak kita agar diberi keselamat di dunia dan akhirat, hati menjadi tenang dan sihat jasmani dan rohani.
5. Bacakan doa selusuh.
” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.
6. Kemudian tiupkan dalam air. Buat air selusuh ni pada minggu terakhir isteri nak melahirkan anak.
7. Boleh digunakan untuk sapukan air tadi pada perut ibu dan bacakan selawat sebanyak 7 kali.
8. Isteri boleh minum air selusuh ini ketika sakit kontraksi mula menyerang. Jangan minum terlalu awal.
Ibu ayah perlu ingat, air selusuh ini sebagai alternatif dan ikhtiar kita untuk memudahkan proses bersalin. Apa yang paling penting ibu ayah perlu mempersiapkan dengan menambah ilmu pengetahuan tentang kehamilan, melahirkan anak, penyusuan dan penjagaan anak yang betul.
Tiada jalan singkat untuk memudahkan proses bersalin selain sabar dan tawakal kepada Allah.
Rujukan: thezuriat.com, celiktafsir.net