6 doa memudahkan proses bersalin yang suami isteri perlu amalkan

Doa Memudahkan Proses Bersalin

Suami yang baik akan membacakan doa memudahkan proses bersalin isterinya setiap kali isteri mengandung. Sebab dia tak nak orang yang dia sayang mengharungi sakit yang lama.

Isteri yang sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk bersalin, pastinya perasaan mereka bercampur baur.

Sudah pasti bermacam-macam persoalan berlegar difikiran kan?

” agak-agak boleh ke bersalin normal? cemasnya kalau bayi lemas, takutnya kalau tak pandai meneran, nanti dah bersalin, suami nak ke jaga dalam pantang?”

Berdoalah untuk tenangkan diri anda. Doa adalah senjata orang mukmin untuk meminta apa saja pertolongan dariNYA.

Sebab itulah pentingnya untuk kita suami isteri untuk amalkan doa mudah bersalin ni sepanjang kehamilan. Bukan kata isteri yang mengandung, isterilah kena amalkan, suami tak payah buat. Jangan begitu ya, anak dihasilkan dari benih suami dan dihidupkan dalam rahim isteri.

Suami, Jangan Lupa Bacakan Doa Mudahkan Bersalin Buat Isteri Setiap Hari.

Doa suami mustajab bagi seorang isteri. Ketika isteri mengandung, suami doa-doalah baik buat isteri:

  • Doakan agar segala urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar tanpa ada kesulitan.
  • Doakan agar isteri diberikan ketenangan dan kekuatan untuk mengharungi segala kesakitan.
  • Sebagai tanda bersyukur dikurniakan zuriat.
  • Memberi keyakinan isteri yang Allah ada bersama-sama kita.

6 DOA MUDAHKAN PROSES BERSALIN NORMAL DAN CZER.

#1- SURAH MARYAM AYAT 26.

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْناً فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَداً فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْماً فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيّاً

Terjemahan

“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

#2- SURAH AL-NAHL AYAT 78.

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Terjemahan

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

#3- SURAH FAATIR AYAT 11

وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ 

Terjemahan

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah. “

#4- SURAH AL-IMRAN AYAT 38 

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

#5- SURAH ANBIYA AYAT 89

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Terjemahan

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.

#6- DOA NABI YUNUS

Photo Kredit: TipMagnetRezeki

Banyakkan baca doa Nabi Yunus ini sepanjang kehamilan, ketika mengharungi sakit kontraksi dan ketika proses meneran. InsyaAllah ia akan menyenangkan ibu bersalin. Kita ikhitar selebihnya kita berserah kepada Allah.

Antara doa lain yang ibu boleh amalkan untuk proses mudah bersalin:

Doa Mudah Bersalin Ketika Sakit Kontraksi
Doa Untuk Memiliki Zuriat Yang Sempurna
Doa Untuk Melindungi Kandungan

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN.

Waktu isteri dilanda sakit kontraksi yang sangat dasyat, isteri dah tak ingat apa-apa dah selain menahan sakit. Dalam kepalanya hanya fikir nak bersalin dengan mudah dan cepat.Tugas suami adalah bantu dia mengingat apa yang dia terlupa. Paling penting, isteri tidak ketakutan melawan kesakitan itu berseorangan. Dengan adannya suami, sekurang-kurangnya dia merasa lega suami ada bersamanya.

  • Suapkan sedikit kurma dan air untuk isteri kekal bertenaga.
  • Ingatkan isteri cara-cara curi nafas dan meneran yang betul.
  • Genggam tangan isteri erat-erat dan bisikkan kata semangat buatnya.
  • Sabar dan terus bersabar, jangan beremosi.

Sumber Rujukan: mymasjid.net.y

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *