Susu Badan
|

Rupanya 14 Hari Maryam Hisap Susu Badan Kosong! “Maafkan Mommy Sayang”

Tiada ibu yang nak anak dia sakit. Meruntun hati seorang ibu apabila dapat tahu anaknya hisap susu badan kosong selama 14 hari. Berat anak turun mendadak 1kg selepas lahir.

Pengalaman yang dialami oleh ibu yang baru pertama kali menimang cahayamata ini benar-benar membuka mata warganet. Tak semua ibu dikurniakan rezeki susu yang melimpah ruah. Kita tak berada di tempat mereka, janganlah kita mengecam dan menghukum mereka.

Puan Nor Azierah menyedari bayi menghisap susu badan kosong, apabila berat badan anak makin merosot dan Maryam nampak susut selepas lahir. Mujur Allah panjangkan umur anaknya.

Gambar ketigamasa maryam sakit teruk umur 14hari. Last update nurse datang rumah check maryam hari jumaat, Maryam masa tu umur 10hari. Nurse timbang berat dia 2.5kg, masa tu momy mula rasa pelik sebab maryam masa umur 6hari pergi daftar dekat kk 2.63kg..tp disebabkan nurse takda cakap apa-apa. Momy ingat tu perkara biasa (walaupun dlm hati rasa macam tak sedap).

Lagipun masa discharged hospital berat maryam nurse sana rekod 2.5kg..sedangkan hari kedua maryam lahir momy ada tanya doktor anak sy berapa kg,d oktor jwb 2.5kg.

Masa discharge momy rasa pelik knp dh 5hari lahir berat tak berubah..inikan anak first,so momy kurang alert sikit, ingatkan itu normal.

Maryam Mula Menangis Tak Berhenti

Bila maryam tiba-tiba jatuh sakit, pagi tu dia tak nak menyusu menangis tak berhenti dan tak bernafas sekejap pastu sambung menangis balik. Momy betul-betul buntu masa tu. Call cik abe mintak suruh balik kerja. Tengahari dia sampai and pergi rujuk klinik yang berdekatan.

Sampai dekst sana nurse check suhu bdn maryam tinggi. Terus bawa masuk Maryam jumpa doktor. Doktor terkejut tengok warna kulit badan Maryam. Time tu dah pucat biru. Bila doktor bukak baju Maryam, dia lagi jadi terkejut tengok dekat dada Maryam tenggelam dan itu bukan perkara yang normal. Terus doktor pakaikan wayar oksigen. Seriously demi Allah momy &papa lansung tak perasan dengan perubahan badan Maryam.

Dimata momy n papa maryam nampak macam ok. Tapi lepas papa snap gambar maryam masa tu lah baru kami nampak rupa Maryam yang sebenar. astarghfirullah al azim mungkin syaitan mengaburi mata momy&papa, maafkan momy maryam. Kemudian terus emergency naik ambulance.

Maryam Masa Umur 1 Hari

Sampai kat sana doktor mula syak sesuatu bila doktor tanya berapa berat maryam masa lahir? momy jawab 2.5kg. Tapi doktor tetap tak puas hati sebab berat baru timbang 2kg dan tengok gambar maryam masa baru lahir gemuk, takkan turun 500gm dengan keadaan maryam dah terlalu kritikal. Bila doktor check dalam rekod rupa-rupanya berat lahir maryam 3.045kg.

Rupa-rupanya masa Maryam discharged dari hospital maryam dah hilang berat 500gm, so total lost weight 1kg .Masa tu doktor mcm terkilan dgn kerja acuh tak acuh dari department tu. Sebab momy bagitahu doktor, lagipun Maryam sebelum ni aktif jer.

Dia menyusu badan macam biasa, lama dia hisap pastu dia tido. Kencing berak pun semua ok Maryam baik sangat. Masa dekat wad momy pernah cakap dekat nurse, susu saya macam takda baby asyik menangis jer. Tapi nurse ckp anak first memang macam tu. Tak apa teruskan bagi susu badan. Masa tu momy memang kena brainwash.

Wajib tetap bagi susu badan jer, kita yang takda pengalaman ni, just ikut jelah.

Ibu rasa terkilan..

Sampai tiba hari ke14 maryam tak nak menyusu menangis non stop. Sampaikan momy hampir nak meroyan masa tu, lagi pun berpantang sorang diri.

Rupa-rupannya Maryam selama ini menyusu badan momy cuma kosong, 14hari Maryam menahan lapar dahaga dan maryam anak yang sangat baik. Hari ke 14 dah sampai limit baru Maryam bagi tanda.

Betapa momy betul-betul down masa tu, rasa bersalah yang amat sangat. Doa tak pernah putus, janganlah diambil nyawa anakku.

Doktor sahkan maryam dehydration dan terus emergency masuk nicu untuk selamatkan nyawa Maryam. Ulang alik momy tiap-tiap hari datang tengok Maryam, memang sayu sangat hati masa tu. Dengan penuh wayar dan jarum dekat badan Maryam. Air mata non stop berlinangan, mengharapkan berita yang baik dari doktor.

Masa tu memang momy banyak diamkan diri, tak bercakap dengan sesiapa pun. Emosi memang down sangat, cuma ada last baju yang Maryam pakai momy peluk cium buat teman sampai tertido dengan air mata. Mak kat kampung, sedara mara mula bertanya, tapi papa yang tolong jawabkan semua.

Gambar kedua masa maryam umur 16hari, masa tu hari ketiga Maryam dekat nicu.

Hari ketiga baru momy dapat pegang Maryam balik, Maryam dah makin stabil, lega sikit hati momy masa tu. Walaupun dekat kedua-dua tangan dan kaki Maryam masih brsambung dengan jarum drip.

Alhamdulillah Maryam bagi respond yang positive. Berat Maryam dah naik balik, jauh beza rupa dia masa first day kena tahan.

Hari ke 4 maryam dipindahkn ke wad scn. Lega hati momy bila doktor cakap Maryam dah lepasi tahap kritikal. Tapi masih dalam jagaan nurse sepenuhnya. Hari ketujuh momy datang melawat Maryam, petang tu doktor cakap dah boleh pindah wad kanak-kanak dan ibu kena jaga baby. Seminggu juga momy teman maryam kat sana dengan full susu formula. Maryam discharged dengan berat 3kg.

Alhamdulillah syukur sanggat pada Allah masa tu, dan banyak-banyak terima kasih pada doktor dan nurse yang dah merawat Maryam. Last sebelum balik, doktor pesan bagi jer susu formula kalau ibu takda susu dan ia bukan satu kesalahan. Doktor juga nasihat pada orang bawahan dia jangan trlalu brainwash ibu-ibu untuk bagi susu ibu kalau betul ibu itu memang takda susu.

Gambar first gambar Maryam yg terkini, alhamdulillah Maryam makin sihat dan makin tembam. Semoga anak momy akan terus membesar dengan sihat pada ibu-ibu di luar sana yang tiada susu badan, janganlah jadi macam saya. Nasib baik Maryam sempat diselamatkan.

Semoga kisah saya menjadi iktibar pada ibu-ibu dan ini juga menjadi pengajaran buat diri saya sendiri yang hampir-hampir kehilangan permata hati momy dan papa, Maryam Syafira.

Kredit: Nor Azierah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *