NAK MURAH REZEKI SELALU? 8 CARA INI SUAMI ISTERI KENA BUAT.
Kenapa rezeki kita sempit? dah buat macam-macam tapi kenapa orang lain murah rezeki mereka tapi rezeki kita susah nak masuk? rasa macam sesak nafas dan paras-paras hidung je rasa.
Baru nak tarik nafas lega bayar segala hutang, datang pula masalah dan ujian baru. Kadang-kadang rasa Ya Allah beratnya ujian yang diturunkan kepaa kita. Dari mana silapnya? dimana puncanya?
Pernah rasa macam tu? kaji dan semak semula apa yang kita buat selama ni. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok dulu apa yang kurang dalam rumah kita tu.
PUNCA-PUNCA REZEKI SEMPIT DAN SUSAH NAK MASUK
- Sinki dapur penuh bertimbun pinggan mangkuk yang tidak di basuh. Sebelum tidur kena pastikan pinggan, mangkuk, periuk dan cawan semuanya di cuci bersih. Jangan biarkan di dalam sinki, kerana akan menjadi makanan jin & syaitan. Sisa makanan yang kotor akan menjadi habuan syaitan yang suka pada benda-benda kotor.
- Sampah dalam rumah kena bungkus rapat dan buang sebelom tidur. Tak elok dibiarkan je terdedah macamtu. Kalau tak sempat nak buang, ikat kemas-kemas, letak dulu luar rumah.
- Tandas dan bilik air kotor juga punca rezeki tersekat. Tandas adalah tempat tinggal bagi syaitan dan jin. Bila kotor geng syaiton ini akan membiak dan berjoget sakan dalam tu. Jadi pastikan tandas rumah kita sentiasa bersih tau.
- Rumah bersawang lagi susah rezeki nak masuk tau. Kena pastikan rumah kita bebas dari sawang. Kerana itu punca rezeki tersekat. Rajin-rajin kemas rumah.
- Pintu tandas sentiasa di biarkan terbuka pun punca syaitan bebas keluar masuk dalam rumah kita sesuka hati mereka. So kena tutup pintu tandas sentiasa selepas guna.
- Jangan bergaduh depan rezeki yang telah terhidang. Bersyukur dengan apa yang ada. Jangan merungut.
- Jangan bergaduh dengan pasangan kita. Jangan sakitkan hati mereka. Jangan merungut jaga anak. Ikhlaskan diri.
- Kurang bersedekah juga antara punca rezeki tidak bertambah. Ingat, setiap rezeki kita ada rezeki orang lain.
- Tak ambil berat tentang ibu ayah kita. Membiarkan mereka tanpa khabar berita. Berbuatlah baik dengan ibu ayah kita. Doa mereka sentiasa untuk kita. Jangan kedekut.
- Riak dan takbur. Suka menunjuk-nunjuk. Suka memperlekehkan rezeki orang lain.
Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya dengan bentuk wang ringgit semata-mata. Dikurniakan kesihatan yang baik juga rezeki. Dikurniakan anak yang ramai juga rezeki. Dikurniakan rupa paras yang cantik juga rezeki. Dikurniakan kenaikan pangkat dan berjaya dalam kerjaya juga rezeki. Memiliki pasangan yang baik juga rezeki. Dapat mentua yang baik juga rezeki.
NAK MURAH REZEKI SELALU? IKUT 10 TIPS INI
- Selalulah belanja anak-anak makan. Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak-anak kita rasa senang dan dapat makan sedap-sedap macam orang lain.
- Minta anak-anak doakan kita selalu. Anak-anak kecil tiada dosa. Doa mereka sangat mustajab untuk ibu ayah. Selalu berbuat baik dengan anak. Jangan rasa anak menyusahkan. Kalau anak minta sesuatu jika mampu belikan lah. Jika tak mampu bagitau mereka nanti ada rezeki lebih akan belikan.
- Jangan sombong dengan anak. Jangan sombong dengan pasangan kita. Jangan sombong dengan ALLAH. Jika sombong, semua rezeki tersebut boleh ditarik sekelip mata je. Ikhlaskan diri dan syukur selalu.
- Jangan takbur dengan anak. Setiap rezeki ada bahagiannya untuk anak. Anak antara penyebab rezeki kita makin bertambah. Setiap orang anak bawa rezeki yang berlainan. Sayang dan adil dengan mereka seadanya.
- Jangan maki anak. Ketika sedang marah, jangan keluarkan kata-kata kesat pada anak-anak kerana mereka akan belajar dari sikap kita. Lebih baik diam, minum air dan istighfar banyak-banyak. Jangan jadikan anak pelepas kemarahan.
- Bersyukurlah kerana dikurniakan anak. Ramai orang yang masih tidak diberikan rezeki mempunyai anak. Jadi hargailah kurniaan Ilahi yang tak ternilai dengan wang ringgit ini.
- Bahagiakan pasangan kita. Jangan sakiti hati pasangan. Luangkan banyak masa bersama. Beri nafkah zahir dan batin. Jangan kedekut dan berkira antara pasangan.
- Jaga solat setiap hari dan buatlah solat Dhuha.
CARA MENGERJAKAN SOLAT DHUHA DAN DOANYA
Cara solat dhuha sebenarnya amatlah ringkas untuk dilaksanakan, rukun solatnya sama sahaja seperti solat fardhu biasa yang kita lakukan.
Jumlah rakaat solat dhuha boleh dilakukan dalam bilangan paling sedikit iaitu 2 rakaat kalau nak tambah bilangan boleh sahaja ikut kemampuan anda. Ada yang lakukan sampai sehingga 12 rakaat. (1 kali 2 rakaat, 12 rakaat bermakna 6 kali)
BILA WAKTU DHUHA BERMULA?
Waktu dhuha adalah 28 minit selepas waktu syuruk.
Kaedah hitungan yang diaplikasikan menurut JAKIM adalah:
Waktu Dhuha = Waktu syuruk + 1/3
(tempoh masa daripada waktu fajar hingga waktu syuruk)
Waktu terbaik untuk Solat Dhuha ketikanya pasir menjadi panas disebabkan matahari sudah mulai terpancar terik. Solat Dhuha yang dilakukan pada waktu ini disebut sebagai solat Awwabin.
Bila Waktu Dhuha Berakhir?
Apabila matahari tegak diatas kepala.
Dalil Berkaitan Solat Dhuha
أَوْصَانِيْ خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu: berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.” [Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Niat Solat Dhuha
Setiap apa yang kita lakukan pastinya dengan niat yang betul supaya ketetapan hati kita untuk bersujud kepada Allah S.W.T dalam keadaan kusyuk.
Berikut adalah niat solat dhuha dalam jawi/rumi serta maksudnya.
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُحَي رَكْعَتَين ِللهِ تَعَاليَ
Usalli sunnatan dhuha rak’ataini lillahi ta’alaa.
Sahaja Aku Solat Sunat Dhuha 2 Rakaat Kerana Allah Ta’ala.
- Niat
- Bediri Takbiratul Ihram
- Membaca Alfatihah & Surah Lazim
- Rukuk Dengan Tuma’ninah
- I’tidal Dengan Tuma’ninah
- Sujud Dengan Tuma’ninah
- Duduk Diantara Dua Sujud Dengan Tuma’ninah
- Sujud Dengan Tuma’ninah
- Ulang Semulan Step 2-8
- Takhiyat Akhir
- Bagi Salam
- Tertib (Selesai)
Step 3- Untuk Surah Lazim boleh baca Surah Ad-dhuha Dan As-Sham.
Doa Solat Dhuha
Selepas selesai solat dhuha pastinya desusuli dengan doa dhuha yang mustajab, boleh juga membaca doa selepas solat seperti biasa dan disusuli dengan doa dhuha ini.
اللَّهُمَّ إنَّ الضُّحَى ضَحَاؤُك وَالْبَهَا بَهَاؤُك وَالْجَمَالُ جَمَالُك وَالْقُوَّةُ قُوَّتُك وَالْقُدْرَةُ قُدْرَتُك وَالْعِصْمَةُ عِصْمَتُك اللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِي الْأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضَحَائِكَ وَبِهَائِك وَجَمَالِك وَقُوَّتِك وَقُدْرَتِك آتِنِي مَا آتَيْت عِبَادَك الصَّالِحِينَ
Dalam rumi:
Allahummma Inna Ad-Dhuha’a Dhuha’uKa,
Wal Baha’a Baha’uKa, Wal Jamala Jamaluka,
Wal Quwwata QuwwatuKa, Wal Qudrata QudratuKa,
Wal ‘Ismata ‘Ismatuka…
Allahumma In Kana Rizqi Fis Samaa’i Fa Anzilhu,
Wa In Kana Fil Ardhi Fa Akhrijhu,
Wa In Kana Mu’assaran Fa Yassirhu,
Wa In Kana Haraman Fa Thohhirhu,
Wa In Kana Ba’idan Fa Qarribhu…
Bi Haqqi Dhuha’iKa Wa Baha’iKa Wa JamaliKa Wa QuwwatiKa Wa QudratiKa… Aatini Ma Ataita Min ‘IbadiKa As-Solihin
Maksud Doa Dhuha
Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh
Semoga kita terus dimurahkan rezeki selalu dan dipermudahkan segala urusan harian kita didunia dan diakhirat.
Sumber rujukan: Mufti Wilayah #1255, Maryam Salleh & PortalMalaysia.com