Susu ibu

Pakar penyusuan kongsi 12 tips meriahkan susu ibu ketika puasa

Baca ikrar ini dulu ya wahai ibu yang hebat.

Susu ibu saya banyak,
Bukan saja banyak, malah melimpah ruah,
Bukan saja melimpah malah terlalu cukup untuk anak anak saya,
Walaupun berpuasa, saya tetap kuat dan dan terus menyusukan anak anak saya.

Set mind – susu ibu kita melimpah

Ya! Kita adalah siapa dan apa yang kita fikir

Jika baik apa yang kita fikir dan apa yang kita buat, maka baiklah ia.

Begitulah sebaliknya!

Ada ibu yang dah set mind siap-siap.

“Ala, dah nak puasa ni, mesti susu saya kering”

Ha.. ni salah.

Bila mommy dah set macam ni siap-siap, mommy dah bagi ruang untuk perkara-perkara negatif mendekati mommy.

Jadi, fikirlah baik-baik.

Mommy kena tahu, dalam dunia ini kan, ada ramai ibu yang menyusukan anak-anak ini, susu ibunya terlalu melimpah-limpah sebab dia amalkan perkara yang sepatutnya diamalkan seorang ibu menyusu walaupun ketika berpuasa.

Best kan?

Dalam video ni, pakar penyusuan susu ibu – Pn Siti Mariam Ali berkongsi 12 tips meriahkan titisan emas ini walaupun ketika berpuasa.

Ganjaran pahala buat kita pejuang susu ibu

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu” 

 – Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Ya, menyusukan anak ini bukan semudah abc 123 tapi ia adalah perjuangan yang mommy perlu lalui dengan penuh kekuatan, sabar, mind yang positif & paling penting suami & orang sekeliling perlu 100% support mommy.

3 daripada 4 ibu gagal meneruskan proses penyusuan susu ibu kepada anaknya disebabkan orang sekeliling.

“Ala… aku dulu bagi je anak aku susu formula, sihat je die”

Kalau mommy terima ayat macam ni, mommy fikir satu saja

Menyusukan anak ini mungkin bukan pilihan kita

Tapi ia adalah apa yang disuruh ALLAH & tempohnya adalah sehingga anak berusia dua tahun.

Dan pastinya, apa yang disuruh ALLAH terkandung berjuta kebaikan yang kadang kita sendiri tak pernah tahu.

Berjuanglah menyusu anak kerana ALLAH.

Kuatlah demi anak anak yang kita sayang.

InsyaALLAH, segalanya akan mudah.

Doakan yang lain tentang susu ibu

Ingat ya mommy, kita adalah siapa dan apa yang kita fikir ya mommy.

1 lagi tip yang mommy boleh amalkan juga adalah mendoakan ibu-ibu menyusu lain juga melimpah-limpah rezeki susu ibunya.

Kenapa?

Sebabnya, bila kita mendoakan orang lalin, insyaALLAH doa yang sama akan berpaling kepada kita.

Jangan lupa 12 tips ini ya

1. Betulkan niat
2. Positifkan diri yang kita cukup susu
3. Bantuan dari suami & orang sekeliling
4. Kerapkan menyusu / kosongkan payudara
5. Sahur yang paling lewat
6. Berbuka yang paling awal
7. Amalkan pemakanan yang sihat
8. Amalkan sneks yang sihat
9. Minum banyak air
10. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak
11. Jangan dedahkan diri di tempat panas
12. Amalkan zikir & doa

Selamat menyusukan anak dengan bahagia, berjaya & penuh rasa cinta ya mommy.

Jika mommy perlukan lebih detail mengenai ilmu penyusuan susu ibu, tentang apa peranan suami & bagaimana membuat power pumping, penyimpanan susu dan sebagainya,  mommy boleh dapatkannya dengan klik link ini ya ebook.9bulan10hari.com .

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *