Ragam anak ni adakalanya buat ibu ayah geram dan marah, ada yang buat kita terhibur dan ada juga buat kita sampai tak tahu nak kata apa!
Bila anak dah lebih dari seorang ni, dugaan dan cabaran dia macam. Ada hari mereka baik saja, ada hari perangainya memang menguji kesabaran mak-mak.
Dulu kalau ada seorang anak, ibu sempat lagi ada masa untuk diri sendiri. Waktu anak tidur, ibu boleh masak dengan aman, boleh mandi dengan tenang, boleh makan dengan teratur dan boleh tidur tanpa gangguan.
Bila anak dua! ada dua ragam yang perlu ibu fahami, ibu turuti dan ibu santuni. Ragam anak adakalanya memang buat kita geram tapi seronok tengok telatah mereka yang bersahaja.
Sebagai ibu ayah, terutama para ibu, banyakkan bersabar dan ambil nafas dalam-dalam mengharunginya.
CHECKLIST 5 RAGAM ANAK BUAT KITA GERAM.
Seorang Kuat Menyakat, Seorang Suka Menangis!
Bergaduh Bila Orang Takda
Kalau kita tinggalkan mereka berdua bermain bersama-sama, pada mulanya elok saja. 10 minit kemudian dah dengar suara seorang menjerit, seorang lagi menangis sebab bergaduh rebut mainan. Kalau si abang tak mahu mengalah, adiknya pun sama naik. Adik pula suka rampas mainan si abang, abang pula tak boleh barangnya orang main. Mak nak buat kerja pun tergendala sebab nak redakan keadaan.
Maknya dari nada rendah boleh jadi nada tinggi. Jiran sebelah pun tak pelik dah sebab selalu sangat dengar maknya uji vokal setiap hari.
2. Seorang Buat, Seorang Lagi Mengikut.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Sorang Melompat Semua Melompat
Tengok abang @ kakaknya panjat sofa, adiknya pun ikut sekali. Seorang elok conteng buku, yang adiknya tak dapat buku, conteng dinding. Kalau dah ada ketua buat sepah dan tukang mengajar, mesti yang lain akan ikut sama. Barulah ade geng kan? kalau kena marah, sama-sama kena. Bila maknya marah, seorang menangis, semua ikut menangis sekali. Baiknya kejap aje. Lepastu sambung semula bermain macam biasa. Itulah ragam anak buat kita geram!
3. Seorang Tidur, Seorang Lagi Berjaga.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Suka Mengacau Adik Tidur
Mak baru lega adiknya dah tidur. Tapi abang @ kakaknya pula tak mahu tidur. Kita bukan risau apa, risau kalau yang sorang ni buat bising, yang sorang lagi akan terjaga. Apa yang paling menggeramkan, bila kita tinggalkan kejap, tengok-tengok abang @ kakaknya dah kejut adik bangun tidur. Masa tu rasanya darah mak dah naik sampai kepala. Baru nak menjamah makanan, adik dah nangis! turun naik nafas mak sebab menahan geram. Tapi kalau diingat balik sorang-sorang, rasa kelakar pula mengingat kembali momen tu.
4. Mak Baru Nak Rehat, Waktu Tulah Anak Buat Perangai.
Baru nak duduk berehat tiba-tiba anak lapar nak makan. Dah bagi makan semua, yang sorang ni pula tumpahkan air. Dah siap mop lantai semua, yang adiknya pula ‘berak’. Dah siap cuci najis tukar lampin semua, yang sorang ni pula buka baju nak mandi. Sabar jela maknya pun. Anak-anak tengah membesar memang macamni. Beginilah rutin ibu-ibu yang bergelar surirumah. Jangan ada yang kata surirumah banyak masa terluang di rumah ya. Mereka ni sibuknya dari pagi sampai ke malam. Tapi itulah kebahagiaan seorang ibu bila dapat tengok anak membesar depan mata.
5. Mencabar Bila Keluar Rumah Tanpa Suami.
Kalau nak keluar beli barang dapur atau barang harian, memang tak berani nak bawa kedua-dua anak tanpa ada suami yang bantu. Belum sempat beli barang, anak dah mula buat perangai. Sorang dah tarik baju kita ajak pergi tempat mainan. Adiknya pula dah menangis nak turun ‘stroller’ nak juga capai barang ada. Kalau nak belanja barang, memang kena tunggu suami. Kalau bawa dua anak sekali, alamatnya tak jadi apa.
Tapi itulah anak-anak kan, waktu kecil mereka memang agar mencabar sikit. Ada masa kita rasa penat sangat, ada masa kita tak cukup rehat dan tidur, ada masa kita rasa takda masa untuk diri sendiri. 6 tahun pertama ada anak, memang ibu-ibu kena jadi kental sikit. Sebab waktu ni anak sangat perlukan kita.
Bila mereka besar nanti, kita yang paling terasa. Rasa sunyi bila tengok ruang tamu yang dulunya tempat mereka bermain, buat sepah, melompat-lompat. Tengok baju anak masa dia kecil-kecil, kita cium baju tu buat kita rasa makin rindu.
Ragam Anak Buat Kita Geram- Ibu Akan Cepat Penat & Stres.
Buat suami, hargai isteri seadanya. Tak kisahlah dia bekerja atau pun surirumah. Mereka telah berkorban banyak masa untuk anak-anak dan keluarga. Sesekali tu berilah isteri hadiah sebagai tanda penghargaan anda buatnya. Tak dapat bagi yang mahal-mahal, yang biasa-biasa pun jadilah, itu pun isteri dah bersyukur sangat. Kalau anda tolong dia buat kerja rumah, uruskan anak-anak dan selalu bawa isteri jalan-jalan, lagilah bertambah sayang isteri kepada anda.
Ingat ya!
Jangan lupa miliki ebook.9bulan10hari banyak informasi tentang kehamilan, melahirkan anak, berpantang, penyusuan, penjagaan anak dan tips-tips dari 12 pakar hebat!
Realiti hidup seorang ibu mengandung memang macamni. Kadang-kadang cepat rasa lapar. Kadang-kadang cepat terasa hati. Kadang-kadang mengidam itu ini. Kadang-kadang mudah penat. Kadang-kadang aktif semacam. Kadang-kadang rasa bahang yang amat. Kadang-kadang sukar lena malam. Kadang-kadang sakit pinggang datang menyerang. Kadang-kadang rindu suami macam dah gila bayang. Kadang-kadang mengantuk memanjang. Ada ibu yang mengadu, dia kata…
Awak ni asyik baring je, orang lain mengandung juga.. takdalah macam awak ni, lemah je abang tengok. Mengada je lebih ni, malas nak buat kerja rumah! Kalaulah suami dapat rasa apa yang isteri lalui, mesti mereka pun taubat nak mengandung lagi. Isteri memang akan rasa selalu letih ketika hamil. Bukan dia minta jadi begitu, perubahan…
Kisahbenar Tentang Jangan Ambil Ringan Permintaannya.. Assalamualaikum puan & 9bulan10hari. Semoga tiada suami yang lalui apa yang saya lalui kerana Pulmonary Embolisme itu wujud. Berguguran air mata ini bila fikirkan isteri saya… dialah bidadari yang akan sentiasa ada di hati saya walaupun kini sudah pergi selamanya…. ALLAH…. Selama 3 tahun perkahwinan, isteri saya banyak menangis…
SUAMI YANG GAGAH PERKASA MACAM AKU PUN BOLEH PENGSAN! #kisahbenar di labour room. Bila ditakdirkan kerja sebagai askar ni.. semua orang pandang tinggi dengan aku. So bila balik kampung tu… nak kait buah kelapa pun orang panggil aku… nak tangkap ayam pun orang panggil aku…. nak sidai baju pun mak mertua suruh aku… kononnya akulah hero…….
5 KESAKITAN ISTERI SELEPAS BERSALIN. TAKE NOTE SUAMI! Ramai ibu trauma dengan kesakitan selepas bersalin. Melahirkan anak BUKAN MUDAH. Suami WAJIB ambil tahu tentang kesakitan yang mereka alami. Ramai wanita bersalin diuji dengan pelbagai kesakitan. Ada isteri yang mengharungi sakit sebelum bersalin berhari-hari. Ada juga yang melalui sakit berjam-jam lamanya, sampaikan terpaksa induce @ paksa…
Wanita yang mengalami kemurungan biasanya akan mendiamkan diri, lebih banyak termenung, mudah menangis hingga kadangkala bercakap seorang diri. Inilah yang dikatakan isteri meroyan! Ibu selepas bersalin berisiko tinggi mengalami kemurungan teruk dalam tempoh berpantang dan ia berlaku disebabkan perubahan hormon, masalah psikologi selepas bersalin dan pasangan tidak beri kerjasama. Selepas bersalin, ibu kehilangan banyak tenaga,…