Tengking Anak
| | |

Tak Perlu Tengking Anak Bila Dia Buat Hal, amalkan 7 Petua Ini Untuk Anak Dengar Cakap

Bahayanya! Jangan cepat nak tengking anak atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita. Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.

TIPS UNTUK BUAT ANAK DENGAR CAKAP TANPA PERLU TENGKING ANAK

Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:

  1. Kerap cium dahi dan peluk si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu.

Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).

2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan si kecil tu supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama dan ada eye contact yang bagus.

3. Sebutkan ayat ayat yang pendek dan ringkas masa berikan arahan pada anak kita.

Foto kredit: beaches.com

4. Bila kita duduk duduk dengan anak, letakkanlah smartphone tu kat tepi sekejap. Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil tu.

Gelak ketawa yang terhasil tu akan menerbitkan hormone oxytocin dan buatkan kita dan anak sama sama rasa lebih tenang dan bahagia.

5. Perhatikan baik baik keperluan asas si kecil tu samada dah dipenuhi atau belum.

Mungkin dia tak dengar cakap kita waktu tu kerana dia tengah lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut sebab baru je lepas bergaduh dengan adik beradik yang lain.

6. Banyakkan ucap terima kasih bila dia lakukan perkara yang baik supaya anak kita sentiasa rasa dihargai.

7. Tarik nafas dalam dalam dan kawal emosi kita tiap kali datang rasa nak marah. Entah entah anak kita tu asyik melawan bukan sebab apa tapi kerana otak dia dah terbiasa berada dalam keadaan ‘Fight and Flight’ akibat kerap dimarahi.

CONTOHILAH NABI KITA MUHAMMAD S.A.W

Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.

Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak.

Saya tahulah memang Nabi akhlaknya terpuji tapi kadang tu rasa macam melampau sangat pulak baiknya Nabi dengan budak kecil.

Bila duduk dengan cucu-cucunya Hassan dan Hussain, Nabi akan selalu peluk dan cium mereka.

Sampaikan ada seorang sahabat ni nama dia Al Aqra’ bin Habis At Tamimi nampak kelakuan Nabi tu dia cakap,

“Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tak pernah mencium mereka sekalipun.”

Masa ni lah Nabi balas balik,

“Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi.”

Hebat kan.

Ada satu peristiwa lain pulak, bila Nabi terserempak dengan kanak-kanak masa tengah berjalan, baginda akan beri salam pada anak-anak tu dan kemudian mengusap kepala mereka.

Fuh!

Pernah sekali tu Nabi solat sambil mendukung anak kecil.

Nabi jugak sanggup bersujud lama sebab masa tu cucu baginda tengah main ala-ala menunggang dekat atas belakangnya. Baginda siap tunggu sampai cucunya puas bermain lalu barulah Nabi bangkit.

Nabi selalu mendoakan anak kecil.

Nabi kerap mengusap pipi kanak-kanak sambil mengucapkan perkataan yang positif.

Nabi turut panggil anak kecil dengan panggilan nama yang bagus.

Bahkan ada baaaaaaanyak lagi kisah yang lain tentang kelakuan baik Nabi pada anak kecil.

Sampaikan saya jadi tak senang duduk dan asyik tertanya-tanya, apakah sebenarnya pelajaran yang paling mahal daripada kebaikan Nabi tu.

Rupa-rupanya bila saya terbaca kajian Professor Bruce Perry, barulah saya sedar dasyat betul rupanya kesan pada otak kanak-kanak kalau tak dapat kasih sayang yang cukup dan selalu diabaikan!

Professor Bruce tu adalah chief of psychiatry dekat Texas Children’s Hospital.

Menakutkan woih bila dia dedahkan anak yang selalu diabaikan ni, perkembangan otaknya jadi terganggu dengan sangat teruk.

Dua-dua gambar CT scan otak yang Proffesor Bruce kaji tu ialah otak budak sebaya umur 3 tahun.

Yang sebelah kanan tu lah CT scan photo otak kanak-kanak yang kurang dapat perhatian, kurang stimulation, kurang kasih sayang dan kurang sentuhan.

Saiz ukuran otaknya jadi jauh lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain.

Patutlah generasi anak muda zaman Nabi dulu kemain lagi bijak, rupanya teknik parenting yang Nabi praktikkan tu super hebat belaka!

Seriously kalau kita pun nak anak jadi hebat dan sihat otaknya, kita kena copy bulat-bulat apa yang Nabi buat tu.

  • Gosok ubun-ubun anak sambil doakan benda baik
  • Bisikkan pada anak kita ayah sayang kakak/ ibu sayang adik
  • Banyakkan ciuman, sentuhan dan pelukan kasih sayang
  • Selalu bisikkan pujian pada anak yang kita bangga dengan perangai baik mereka
  • Tinggalkan handphone dan tutup TV masa duduk bermain dengan anak. Kita nak kena kerapkan eye-contact, bukan screen contact.

Semua mak ayah kat dunia ni kena praktikkan ilmu ni dekat rumah. Kita tak nak perkembangan otak si kecil terganggu sebab kita tak tahu cara yang betul nak stimulate perkembangan otak si kecil.

Tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Jangan terkejut kalau anak kita nanti jadi lebih patuh, lebih senang dengar kata dan lebih tenang emosinya bila dia dah mula ada strong connection dengan kita.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *