Tanda Ibu Hamil Kepenatan- Raut Diwajah Isteri Nampak Suram & Letih.
Realiti hidup seorang ibu mengandung memang macamni.
Kadang-kadang cepat rasa lapar. Kadang-kadang cepat terasa hati. Kadang-kadang mengidam itu ini. Kadang-kadang mudah penat. Kadang-kadang aktif semacam. Kadang-kadang rasa bahang yang amat. Kadang-kadang sukar lena malam. Kadang-kadang sakit pinggang datang menyerang. Kadang-kadang rindu suami macam dah gila bayang. Kadang-kadang mengantuk memanjang.
Ada ibu yang mengadu, dia kata kalau dia asyik berehat je, nanti orang kata dia pemalas. Suka duduk saja-saja, orang lain mengandung ok je. Jangan dengar cakap orang, mereka tak berada di tempat kita. Mereka tak alami apa yang kita rasa.
Pentingkan diri sendiri dulu sebelum fikirkan orang lain. Yang menanggungnya nanti kita, bukan mereka. Tak semua orang boleh faham apa yang kita lalui.
Tanda Ibu Hamil Kepenatan- Ibu Lebih Suka Menyendiri.
TANDA IBU HAMIL KEPENATAN!
Kerap pening kepala dan suka menyendiri.
Sangat beremosi walaupun dalam perkara-perkara remeh.
Berat badan naik sebab stres. Ada ibu yang suka makan bila stres, dan ada ibu yang badan susut sebab hilang selera makan.
Kerap mengadu sakit pinggang, sakit bahu dan sakit kaki.
Muka pucat, lesu dan tak bermaya.
Ibu hamil selalu kata dirinya OK, sedangkan dia sedang ‘tenat’. Kalau tak larat, jangan paksa diri buat macam tak ada apa. Sedangkan diri sendiri memang dah larat dan tak kuat. Jangan minta bayi dalam kandungan bertahan untuk kita. Kalau kita jatuh sakit, bayi juga akan mengalami kesannya.
Bila otak minta rehat, teruslah berehat jangan tangguh-tangguh. Kita tak tahu sejauh mana tahap ketahanan badan kita.
Jadikan kisah Puan Aliaa Yusof sebagai pengajaran buat semua ibu mengandung. Dia yang pada ketika itu mengandung pada usia kandungan 33 minggu. Dia yang menyedari kandungan tidak bergerak seperti biasa dan telah membuat pemeriksaan jantung bayi sangat lemah dan bayi seolah-olah penat sangat.
Tanda Ibu Hamil Kepenatan- Puan Aliaa Yusof.
BABY TAK GERAK DALAM PERUT SEPERTI BIASA.
Inilah yang jadi pada kakya semalam, yang buat kakya dan husband bergegas ke emergency tengah malam buta. Bermulanya tengah hari tu kakya ada sesak nafas, lepas tu okay balik.
Bila dah okay semula kakya ke dapur masak, siaplah sejenis lauk. Lepas tu rasa penat sangat. Jadi lepas masak tu rehat terus dalam bilik, sampai ke petang.
Bila petang rasa lain, tertanya dalam hati kenapa baby ni tak gerak macam selalu? Takde gerakan yang kuat, sesekali dia gerak tu pun sangatla perlahan. Masa tu berbaik sangka lagi, fikir mungkin dia tidur.
Dah sampai waktu malam, lepas waktu berbuka nak solat maghrib. Masih lagi takde rasa gerakan, masa tu dah pelik. Selalunya masa maghrib ke atas, dia punya gerakan sangat aktif. Sampai timbul nampak perut tu bergerak ke kanan ke kiri.
Mula Rasa Panik Dan Takut Bila Takda Gerakan.
Lepas je terawih bagitahu suami pasal baby, masa tu badan pun rasa penat nak tidur je. Bila baring, memang ketara sangat takde gerakan seperti biasa. Mula rasa takut, cemas semua ada.
Cuba nak pejam mata, suami pulak duk google itu ini, lepas tu dia kejut. Dia nak pegang perut, cari gerakan baby kot ada. Memang 10 minit dia pegang langsung takde gerakan, kebiasaannya bila suami pegang dan bercakap dengan dia mesti baby bertindak balas.
Masa tu suami suruh bersiap, nak bawa ke hospital. Tak boleh nak tunggu dah. Takut jadi pape pada baby, tapi Aira pulak tengah nyenyak tidur. Suami kol adik dan mintak tolong dia datang dan jagakan Aira sementara kami ke hospital.
Sampai je bahagian kecemasan, bagitahu nurse saya datang ni sebab baby tak gerak. Dia tanya dari bila tak gerak, kakya jawab seingat saya dia gerak last pun petang.
Terkejut nurse, terus dia panggil doktor, kakya pun terus di bawa ke bilik rawatan luar (kabin luar sebab musim covidkan dia punya prosedur agak ketat di kpj).
Gambar Hiasan
Jantung Bayi Semakin Lemah, Baby Terlalu Penat.
Soal jawab bab covid semua, lepas tu check tekanan darah, dan mesin ctg pun dibawa turun (sebab kakya tak buat test covid lagi, jadi tak boleh dibawa ke tempat yang sepatutnya).
30 minit pertama dia pasang ctg, nurse kata, denyutan jantung baby sangat lemah. Baby macam terlalu penat. Masa tu rasa nak nangis tapi positif, sebab kalau kita stress nanti baby pun akan stress.
Lepas tu alhamdulillah denyutan jantung baby dah kembali normal, nurse tanya kakya puan ada buat kerja berat ke? Kakya jawab saya kat rumah kerja saya hanya masak je, lain semua suami buat.
Nampaknya lepas ni Puan masak pun tak boleh, condition badan puan tak mengizinkan Puan untuk masak. Bagi sesetengah orang, masak adalah kerja ringan tapi bukan untuk puan.
Cabaran Setiap Ibu Berbeza.
Kakya bagitahu dia cubaan berpuasa setiap hari walaupun hakikatnya dapat setengah hari je, nurse kata tak boleh Puan. Badan Puan kena ada nutrisi yang cukup, Puan kena banyak minum air supaya baby pun dapat keperluan yang diperlukan. Makan macam biasa, jangan skip sarapan.
Setiap ibu mengandung akan mengalami pengalaman dan alahan yang berbeza. Untuk situasi Puan, memang kena rehat sepenuhnya jangan buat kerja kalau boleh mintak suami bantu.
Lepas tu kakya dinasihatkan jika baby tak bergerak dua jam, sila ke hospital dengan segera. Jangan bertangguh, sebab ada kes baby dua jam tak gerak rupanya baby dah meninggal dalam perut. Tak sempat nak diselamatkan.
Gambar Hiasan
Jangan Paksa Diri Kalau Penat.
Jadi kesimpulannya disini, ibu mengandung tolong ambil tahu bab condition badan masing-masing dan alert bab pergerakan baby. Bila kita penat, automatik baby dalam perut juga penat. Jadi jangan paksa diri, walau kadang ko rasa kerja tu mudah je sebab kandungan sebelum ni ko handal buat kerja.
Kedua bab puasa, tanya doktor dulu jika nak cuba berpuasa. Kalau tak mampu jangan paksa, kita ada ruksah bab berpuasa ni. Kita bukan sengaja ponteng puasa, kita sedang berjuang membesarkan satu nyawa dalam perut ni. Jangan asbab taksub taknak tinggal puasa, kita bahayakan nyawa yang tak berdosa.
Bab solat pulak, kalau tak mampu solat berdiri solat duduk je, asalkan kita solat. Macam situasi kakya dari 7 bulan kakya memang solat duduk, sebab bila solat berdiri kakya nak tumbang, dengan kena sesak nafas lagi.
Apapun buat mana yang mampu, tak mampu puasa kita masih boleh mengaji, tak mampu nak terawih banyak kita buat sikit. Bersedekah pun amalan yang boleh kita buat, insyaAllah semoga kita dipermudahkan segala urusan semasa hamil dan semasa bersalin nanti.
Boleh share pada ibu mengandung lain jika bermanfaat.
*suami ambik gambar, aku ingat apasal la dia tetiba muncul depan pintu tu.
“Anak saya selalu jalan menjengket kaki. Risau pula saya tengokkan. Anak-anak yang lain takda pula macamni, normal ke ni? Sebelum anda baca sampai habis, jangan panik dulu! kalau bayi mula berjalan hingga umur anak dua tahun, ada sesetengah bayi yang jalan menjengket. Mungkin mereka dah faham erti geli atau tak biasa memijak kawasan yang kotor…
Assalamualaikum 9bulan10hari. Saya Afikah. Dah 6 bulan saya habis pantang bersalin. Semalam pegi rumah kawan, dia masak laksa, saya pun makan, tapi dalam 3 sudu saja sebab teringin. Masa otw balik, seluruh badan saya rasa seram sejuk & macam kancing gigi. Balik ja rumah, saya rasa bisa seluruh badan. Sakit macam angin tersekat dalam badan….
Perjalanan bergelar ibu tidak mudah….. Buat suami, hargailah isteri anda….. Allah… hebatnya seorang wanita apabila dia tahu dia akan loya dan muntah… Lapar yang amat namun tetap hilang selera, Biar sakit seluruh badan, Kerja hakiki tetap dia buat, Ketika badan terlalu penat, Ketika itu juga dia terpaksa kuat, Demi sayang & cintanya pada suami… zuriat dan…
Cemburunya tengok Mila tu berjaya susukan anak selama 2 tahun. Aku dulu sempat susukan anak sampai 6 bulan je. Tiba-tiba susu boleh merosot dan kering terus! dimana silapnya? Bila tengok orang lain dapat susukan anak lama-lama terdetik dekat hati kita, apa punca kenapa susu kita jadi kurang dan merosot? Para ibu perlu tahu, menyusukan anak…
Hehe… sebenarnya doktor & bidan tak adalah bergaduh apapun…. bergaduh mulut tu pun sikit sikit saja…. cuma bila pendapat berbeza, macam macam penulisan kita akan jumpa di media sosial yang pertahankan ilmu masing masing. Membuatkan masyarakat confused. Baik, dalam gambar yang tersenyum manis tu adalah Prof Imelda, Pakar Perunding Maternal Fetal Medicine, Pusat Perubatan Universiti Malaya,…
Assalamualaikum puan dan pembaca 9bulan10hari. Aku ingin berkongsi detik-detik sebelum dan semasa isteri ingin melahirkan anak sulung kami, pada bulan Jun yang lalu. Bro yang bakal jadi bapak tu, wajib baca sampai habis. Malam sebelum isteri bersalin, kami plan nak pergi ke Bazar Aidilfitri. Saja la nak bawak isteri berjalan-jalan, lagipun due date isteri seminggu…