Gigi Bayi
|

8 Tips Penjagaan & Cara Membersihkan Gigi Bayi Yang Betul. Jangan Ambil mudah!

Jangan ingat kita hanya perlu menjaga kesihatan gigi bayi hanya selepas bayi tumbuh gigi. Seeloknya,s ejak bayi lahir lagi kita perlu titikberatkan penjagaan mulut anak. Sebab itulah penting sangat untuk kita mengetahui cara membersihkan gigi bayi supaya gigi anak kekal sihat dan cantik.

Berikut adalah perkongsian yang boleh dijadikan panduan oleh doktor Nurfarahin Sufri.

TIPS PENJAGAAN & CARA MEMBERSIHKAN GIGI BAYI

Foto Kredit: www.tuko.co.ke
  1. Penjagaan Gusi Bayi

Gusi anak perlu dijaga walaupun gigi belum tumbuh. Ini kerana susu mengandungi karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pun tak selesa. Sambil-sambil membersihkan gusi/lidah bayi, niatlah nanti gigi anak aku tumbuh sihat dan kuat.

Ada juga ibu-ibu yang mengadu anaknya nak tumbuh gigi, tapi saya ditanya mengapa mereka yang sakit gigi? “Macam mana boleh berjangkit? Seminggu dah sakit ni…” Wahai ibu-ibu, masalah gigi ibu tak ada kaitan dengan anak ya. Mohon pergi jumpa doktor gigi dengan kadar segera!

Foto Kredit: medgadget.com

2. Gosok Gigi Seawal Gigi Pertama Tumbuh

Gigi pertama lebih kurang 6 bulan la tumbuh. Nampak je gigi bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik). Kalau dah pandai gigit tu belikan berus khas untuk umur diorang kang kena gigit jari sakit, ouchh.

Foto Kredit: romper.com

3. Elak Anak Hisap Botol Susu Sambil Tidur

Ini sebenarnya paling penting. Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pun tak boleh.

Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi yang menyebabkan gigi rosak. Karat-karat warna coklat.

Ada ibu bapa cakap, “Gigi anak saya reput doktor, makin saya berus makin reput.” (Cehh banyak laa..)

4. Bilas Mulut Bayi Setiap Kali Selepas Menyusu

Untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas, sebaiknya beri minum air masak sedikit selepas menyusu. Tak perlu banyak. Ala-ala membilas saja.

Bagi bayi di bawah 6 bulan yang belum boleh minum air suam, memadai lap saja menggunakan kain lembap yang bersih.

5. Jangan Isi Air Bergula Dalam Botol Susu Anak

Ini sememangnya kesalahan besar yang patut dielakkan. Ada ibu bapa yang letak air sirap, teh o, milo, dan sebagainya.

Siapa yang dah mulakan tabiat begini, masih sempat lagi untuk hentikan ya!

6. Bawa Anak Jumpa Doktor Gigi Seawal Usianya 6 Bulan

Masa anak 6 bulan, seeloknya mereka dah dibawa berjumpa misi atau doktor gigi. Di sini nanti, lebih banyak penjelasan yang dapat disampaikan dengan jelas. Ada dental kit boleh tunjuk demo sekali.

Janganlah takutkan budak-budak dengan doktor. “Haa nanti doktor cabut gigi…” Dah kenapa pula tak ada angin, tak ada ribut, kami nak pergi cabut gigi budak. Bagilah anak cerita yang baik tentang doktor gigi dan staf di klinik gigi.

Contohnya, “Jangan takut anakku. Doktor semuanya baik, cantik, sopan-santun, penyayang…. Misi baik tau, nanti dia tolong sapu ubat kalau ada gigi yang nak rosak tu.” Barulah anak tak takut. (Boleh abaikan yang tak penting.)

Foto Kredit: healthline.com

7. Jangan Kongsi Makanan Dengan Anak

Jangan salah faham ya. Nampak macam menghalang keakraban seorang ibu dan anaknya. Sebenarnya bukan begitu.

Cuma, gigi orang dewasa macam kita, gigi dah penuh. Jadi, ada bakteria lebih kurang 1000+ jenis yang duduk dalam mulut kita.

Bila kita kunyah-kunyah makanan dan beri pada anak, dengan jayanya kita telah memindahkan bakteria dalam mulut kita pada anak. Secara tak langsung, gigi mereka pun tak selamat jugalah.

8. Elak Puting Tiruan

Akhir sekali, jangan bagi puting tiruan atau elakkan anak hisap jari. Nanti gigi jongang tak cantik.

Foto Kredit: alexandriasmiles.com

PENTING SANGAT PENJAGAAN GIGI SUSU ANAK

Ada sesetengah ibu bapa yang beranggapan gigi susu akan diganti dengan gigi kekal. Tak payah jaga sangat pun tak apa. Bagi je apa yang anak nak makan.

Tahukah anda penjagaan gigi susu bayi dapat mempengaruhi perkembangan bayi. Apabila gigi anak sihat, maka anak tidak akan mengalami kesulitan untuk mengunyah makanan yang diberikan. Anak juga akan mendapatkan keperluan nutrisi lengkap sejak kecil.

Janganlah beri anak makan ‘jajan’ atau manisan yang boleh merosakkan gigi. Rajin-rajinkanlah diri bersihkan gigi anak. Jika kita tak bersihkan gigi bayi dengan betul, maka bakteria dan kuman pun akan bersarang dan ikut masuk ke dalam pencernaan bersama makanan.

Lama kelamaan, ianya akan menjejaskan kesihatan anak. Sanggup kita menjadi punca anak sakit?

Kita mampu mengubahnya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *