DIY TUNGKU BAYI! JIMAT, MUDAH DAN BANYAK MANFAATNYA.
Bayi kerap kembung perut, anak kena sawan tangis & terkena angin pasang! WAJIB CUBA tips ini! baik untuk bayi dan ibu selepas bersalin.
Ingatkan bertungku baik untuk ibu bersalin je, rupanya banyak manfaatnya untuk bayi juga. Ikuti perkongsian menarik cara DIY tungku bayi ekspres yatieimra
Anak kecil & bayi (terutamanya) memang tak dapat dipisahkan dengan penggunaan tungku/tuam. Bayi baru lahir perlu ditungku untuk hangatkan badan bayi selepas mandi, kurangkan kembung perut/angin dalam badan & juga elakkan angin pasang (bagi anak lelaki).
.
.
Anak saya ada masalah sawan nangis akibat terlalu kerap kembung perut sejak dari lahir. Bekalan minyak telon & tungku bayi memang wajib ada. Masuk 7 bulan baru kurang sakit perutnya. Selama tu jugaklah tungku bayi tak tinggal.
Baru² ni masa anak kena cirit birit akibat tonsillitis (hampir 2 minggu), saya buatkan tungku bayi ekspres ni untuk kurangkan kembung perut & hangatkan badan anak. Almaklum lah, cirit birit ni kalau badan sejuk, lagi menjadi² sakit perutnya. Tungku ni mudah disediakan & time² terdesak, memang guna tungku ni je.
Macam² bahan orang buat tungku bayi ni. Tapi yang selalu saya buat 2 je bahan utama. Herba² lain boleh digunakan sebagai tambahan supaya tungku lebih efektif.
Bahan Utama :-
2. Bahan pemanas (pasir pantai/debu tanah/garam/beras)
Semua bahan² yang dinyatakan kat atas ni boleh serap & simpan haba apabila dipanaskan. Bahan² ni berfungsi kekalkan suhu panas tungku bayi agar tahan lebih lama. Jadi memudahkan kerja ibu² & tak perlu kerap sangat panaskan balik tungku.
.
.
Boleh gunakan pasir pantai, debu tanah (tanah ditapis dengan penapis besi untuk buang batu & bendasing & dapatkan debu² yang halus je), garam ataupun beras. Gunakanlah bahan yang ibu² mudah dapat ye. Masa berpantang dulu saya tinggal dirumah mak, jadi debu tanah (tanah yang halus) memang mudah dapat. Tapi sekarang saya gunakan garam je.
2. Bahan untuk singkirkan angin :-
Yang ni memang paling banyak variasi. Ada yang gunakan lada hitam, habatussauda, halba, biji sawi, jintan, biji ketumbar & macam² lagi. Selalunya saya hanya gunakan lada hitam sebab tu je bahan yang sentiasa ada kat dapur. Tapi kali ni saya tambahkan rempah campur (untuk masak kari tu) sebab dah ada campuran halba, biji sawi & jintan dalam tu. Hehee..
Ni Cara Saya Buat Tungku Bayi Ekspres
½ cawan garam (lebihkan pun boleh)
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan rempah campur (optional)
1. Campur semua bahan. Panaskan selama 5-7 minit diatas dapur hingga panas & naik baunya.
2. Boleh gunakan kain perca atau baju lama anak (lengan panjang) untuk ikat bunjut tungku ni.
Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih/daun mengkudu jika ada. Curah campuran garam yang telah dipanaskan di bahagian tengah baju.
.
*Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih atau daun mengkudu sebelum curahkan campuran yang dihangatkan tadi
*Boleh juga panaskan bunjut tungku dengan seterika jika suka, tapi suhunya tak betul² sekata & panasnya juga tak tahan lama
Sebaik²nya simpan dalam bekas jika gunakan garam sebab lama-kelamaan garam akan menjadi lembap & berketul.
*Untuk garam & beras, tak disarankan simpan dalam kain sebab garam & beras ni serap kelembapan gak. Garam akan jadi lembap & beras akan berkulat. Sebaik²nya campuran garam/beras disimpan dalam bekas bila tak digunakan dalam tempoh yang lama.
Tinggikan bahagian bawah/kaki baju
Pegang bahagian leher baju seperti gambar di atas (pastikan kedudukan bahagian bawah baju tadi lebih tinggi dari bahagian leher). Ikat kedua² lengan baju ke belakang.
Ikat dengan kemas supaya garam tak terkeluar.
*Saya tak ikat mati sebab lebih suka buka & panaskan balik campuran garam tadi dalam pan bila nak guna.
*Boleh tengok gambar cara saya ikat tungku bayi ni gunakan baju bayi terpakai.
Tarik bahagian lengan baju ke depan & ikat sekali lagi untuk kemasan.
Untuk bayi boleh lapik dengan kain sebelum tungku. Pastikan tungku telah suam sebelum tungku secara direct atas kulit.
Lain² tip:
*Sebelum tungku bayi/anak pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.
*Pastikan tungku dah suam (test pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.
.
.
*Untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Dap atau tekap sekejap² je tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan & tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat 2-3 minit. Kemudian tuamlah perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.
*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut & bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha & tapak kaki.
*Saya dulu bersalin secara ceaser sebab fetal distress. Saya gunakan tungku yang sama (gandakan sukatannya) & tambahlah daun sirih/mengkudu jika ada untuk tungku bahagian perut (elakkan tungku kawasan luka ceaser). Tungku ni ringan & sesuai digunakan untuk ibu² yang bersalin secara ceaser gak untuk bantu cepatkan proses kecutkan rahim & kurangkan angin dalam badan.
Bukan mudah untuk melatih bayi tidur sendiri. Ada sesetengah bayi selagi kita tak masuk tidur, mana mahunya dia tidur sendiri. Sampaikan ada yang menangis kena paksa tidur, dia tetap aktif nak bermain dan berjaga walaupun ditengah malam. Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur sendiri, melainkan bayi disusukan atau didodoi sebelum tertidur….
Sekarang ini bayi lahir yang kena demam kuning atau dipanggil jaundis ibarat perkara biasa seakan sukar dielakkan. APA ITU JAUNDIS? Bayi kuning (Neonatal jaundice). Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ‘physiological jaundice‘ dan ‘pathological jaundice’. “Physiological jaundice” adalah keadaan kuning di kalangan baby yang berumur 2 sehingga 7/14 hari. Ia merupakan situasi yang biasa…
5 KESAKITAN ISTERI SELEPAS BERSALIN. TAKE NOTE SUAMI! Ramai ibu trauma dengan kesakitan selepas bersalin. Melahirkan anak BUKAN MUDAH. Suami WAJIB ambil tahu tentang kesakitan yang mereka alami. Ramai wanita bersalin diuji dengan pelbagai kesakitan. Ada isteri yang mengharungi sakit sebelum bersalin berhari-hari. Ada juga yang melalui sakit berjam-jam lamanya, sampaikan terpaksa induce @ paksa…
Penat tak jadi supermom? setiap hari jaga anak, uruskan rumah, anak nak berkepit dan suami tak membantu, isteri akan mengalami depresi dan emotional burnout jika dibiarkan. Ikuti perkongsian seorang ibu Hanis Athirah Rusli, bagaimana cara nak mengendalikan emosi bila kita terlalu penat. Dari dulu saya berangan nak menjadi SuperMom untuk anak-anak tapi serius kali ini…
Tahukah anda, doa ibu ayah adalah sangat mustajab bagi seorang anak. Sebab itu sangat penting doa untuk anak. Sebagai ibu bapa kita seharusnya mengambil peluang ini untuk sentiasa memohon dan meminta kepada Allah agar diberikan kebaikan kepada anak-anak. Hal ini sesuai dengan sebuah hadis, di mana Baginda bersabda: “Ada tiga doa yang diterima oleh Allah…
Sesetengah ibu bapa hari ini terlalu ‘obses’ membeli mainan anak secara berlebihan untuk merangsang minda anak. Sampaikan setiap ruang dalam rumah sarat dipenuhi mainan anak. Ikuti perkongsian menarik dari Konsultan Tangisan Bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib mengenai bagaimana cara pilih mainan anak dengan bijak. Menurut survey oleh British Heart Foundation, secara purata: Kanak-kanak hilang minat…