5 SIKAP BURUK SUAMI YANG BUAT ISTERI MAKAN HATI & HILANG HORMAT.
Buat Isteri Macam Hamba, Tak Pernah Nak Bantu Isteri Urus Rumah, Berkepit Dengan Handphone & Duit Nafkah Diabaikan.
Gambar Hiasan
Suami adalah cerminan isterinya. Jika baik suami, maka baiklah isterinya. Jika buruk sikap suaminya, maka jadilah sebaliknya. Jangan kerana dari sikap suami yang sering acuh tak acuh dalam perhubungan, isteri terseksa dalam diam.
Di Malaysia, jumlah kes perceraian orang Islam sangat membimbangkan. Menurut akhbar Sinar Harian, ada lebih 50,000 kes perceraian di negara ini misalnya, sebanyak 40,000 adalah orang Islam.
Nauzubillah! semoga kita dijauhkan dari segala dugaan berat dan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan rumahtangga. Dalam hubungan suami isteri, tiada istilah ‘rahsia’ antara kita, perlu ada kejujuran dan saling memahami antara pasangan.
Jika pasangan kita baik, jangan disalah gunakan kebaikan dia. Jika pasangan kita ada kekurangan, jangan jadikan kekurangan dia punca pergaduhan.
Suami isteri adalah saling melengkapkan dan saling memerlukan. Jangan kerana ego dan sikap buruk kita, pasangan kita yang menjadi mangsa dan seterusnya buat dia menderita dan anak-anak yang tak berdosa menjadi mangsa.
BACA & JADIKAN PERINGATAN BUAT KITA.
Antara sikap suami yang buat isteri makan hati dan menderita:
Telefon Perosak Rumahtangga
SUAMI SUKA MAIN TELEFON & KETAGIH GAMES.
Hari ini, ramai isteri yang stres dan meroyan bila tumpuan suami lebih kepada telefon berbanding dirinya. Dibiar isteri macam ada takda je. Bila suami sibuk 24 jam dengan telefon, bilanya nak menolong isteri? Bilanya nak luangkan masa dengan anak-anak? Bilanya nak bermesra-mesra?
Bila isteri datang minta tolong kejap, mata memandang skrin telefon, mulut hanya mengiyakan.
“kejap lagi abang buat..kejap lagi abang tengokkan anak..awak ni sibuklah, tak boleh tengok sayang senanglah!’
Bila isteri marah-marah, berleter..kata isteri ni kaki membebel. Isteri mana yang tak marah dan tak hangin, kalau segala beban ditanggungnya sorang-sorang. Sikit lagi nak gila kalau dibiarkan berlarutan. Sikit lagi nak meletup kalau dah hilang kesabarannya.
Kalau dah hari-hari cakap benda yang sama, lama-lama si isteri pun bosan. Hati yang pada mulanya sayang bertukar menjadi benci. Benci dengan perangai suami sendiri. Ubah sikap anda sebelum menyesal dikemudian hari.
.
.
2. TAK MEMBANTU URUSKAN RUMAH & ANAK-ANAK.
Takda langsung sifat tolong menolong dalam melakukan kerja-kerja rumah bersama-sama. Penjagaan anak diserahkan seratus peratus pada isteri, sedangkan ia adalah tanggungjawab bersama.
Kalau dah hari-hari macamni, isteri mana yang tak meroyan? isteri akan merasa terbeban dan ‘stress’ dengan hidupnya. Mereka akan rasa tidak dihargai dan rasa diri macam hamba. Isteri akan rasa hilang hormat seterusnya derhaka pada suami.
Sibuk macamana pun kita, pastikan kita jaga hubungan baik kita dengan isteri.
Kalau isteri mengadu dia penat dan tak larat, dia betul-betul maksudkannya. Selesaikan kerjanya yang masih berbaki. Ringankan tugasnya. Jangan buat tak tahu padahal nampak keadaan itu. Jadilah suami yang menyenangkan.
.
.
3. KEDEKUT DAN BERKIRA DENGAN ANAK ISTERI.
Kepada suami yang mithali, Ustaz Ebit Lew ada menyebut..rumahtangga bahagia antara penyebab murahnya rezeki.
Kita rasa tak cukup gaji kita menyara keluarga, tapi Allah cukupkan kerana kita jaga keluarga kita dengan baik, kita gembirakan isteri kita.
Jadilah dermawan untuk anak isteri kita. Jangan kedekut dan terlalu berkira. Semakin banyak kita belanjakan duit demi anak isteri kita, semakin banyak rezeki yang tidak disangka-sangka menerpa hidup kita.
Rezeki Allah SWT amat luas untuk keluarga yang bahagia.
Bila rumahtangga sentiasa ada pergolakkan, suami isteri masam muka, anak-anak pun tak gembira, rezeki susah nak dekat dengan kita.
.
.
4. SOLAT JENIS ON OFF.
Selalu Bangun Lewat
Suami adalah pemimpin dan ketua keluarga. Tanggungjawabnya sangat besar.. Dialah pelindung, IMAM dan hero dalam keluarganya.
Sebagai seorang suami dan bapa, kita perlu tunjukkan contoh yang baik dala keluarga. Barulah anak isteri hormat dengan kita.
Ada satu kes, dimana isteri diceraikan sebab mengejut suami untuk solat subuh. Isteri menegur anak untuk solat, tetapi bapa mereka pula tunjuk sikap berbeza.
Isteri jadi serba salah, suami akan marah dan tidak boleh menerima teguran.
Isteri dihimpit rasa dosa selain sudah tawar hati dengan perkahwinan yang makin lama makin dingin ini.
.
5. CAMPUR TANGAN MENTUA.
Campur Tangan Orang Luar
Hal ini sering terjadi bila suami isteri tinggal sebumbung bersama mentua. Tidak menjadi salah jika kita duduk bersama dengan niat menjaga mereka yang sudah tua. Tetapi, jangan biarkan mentua atau sesiapa saja membuat keputusan dalam rumahtangga.
Kita boleh menerima nasihat orang luar tetapi tidak boleh mengikutnya seratus peratus. Bila isteri duduk sekali dengan mentua, sudah tentulah segala perbuatan dan gerak gerinya selalu diperhatikan.
Tiada ruang ‘privacy’ untuk mereka. Suami boleh duduk sekali dengan mentuanya, tetapi tidak semua isteri boleh duduk sebumbung dengan mentua. Isteri selalu menjadi sasaran mencari kesalahan, kerana dia berada di rumah 24 jam.
Nak duduk sekejap serba salah. Duduk memerap dalam bilik dikatanya pemalas. Kalau marah anak, dikatanya menantu tak sayang anak. Suka berdandan, dikatanya suka menghabiskan duit suami. Bila mengadu dengan suami, dia balik yang kena marah dan dikatanya tak bersyukur.
Isteri akan jadi serba salah dan makan hati setiap hari. Isteri akan rasa tertekan dan rasa nak melarikan diri.
.
.
UBAH SIKAP BURUK SUAMI, SUPAYA TIDAK MAKAN HATI. INI TIPS BUAT SUAMI MITHALI.
Gembirakan Keluarga
Isteri anda hanya suaminya saja, dia perlukan perhatian, belaian dan kasih. Jangan lupa luangkan waktu bersama dan dengar segala luahan isi hati mereka.
Sama-sama buat kerja rumah, sama-sama jaga anak dan sama-sama bertolak ansur.
Ada rezeki lebih, beri isteri duit belanja lebih. Especially yang surirumah. Mereka tiada gaji. Mereka juga ada keinginan untuk membeli apa yang dia suka.
Bila bersama keluarga, tolong simpan telefon atau segala gajet.
Jangan buka aib pasangan. Jangan cerita masalah rumahtangga dengan family, kawan-kawan atau sesiapa saja.
Berbahagialah cara kita.. biarpun sederhana sekurang-kurangnya kita bahagia.
Allah.. Allah… Allah… Masa menaip msg ni pada akak, saya dalam keadaan rasa nak lari dari rumah saja kak. Terlalu sedih dengan kerenah mertua. Saya anak yatim yang tinggal dengan keluarga mertua lepas kahwin. Dari mula mula kahwin lagi mertua saya suka cari masalah dengan saya. Saya mengandung perut kecil dia cakap saya tak cukup…
Dah seminggu Maya lahir, tapi kuning dia masih tak turun-turun. Lemahnya nak ulang alik klinik, dengan luka bersalin sakit lagi. Ada tips tak untuk cegah bayi kuning? Seringkali kita mendengar bayi yang baru lahir menghidap jaundice atau demam kuning. Memang kasihan melihat bayi yang baru lahir terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ditambah pula…
Suami yang baik akan membacakan doa memudahkan proses bersalin isterinya setiap kali isteri mengandung. Sebab dia tak nak orang yang dia sayang mengharungi sakit yang lama. Isteri yang sedang sarat mengandung dan menunggu hari untuk bersalin, pastinya perasaan mereka bercampur baur. Sudah pasti bermacam-macam persoalan berlegar difikiran kan? ” agak-agak boleh ke bersalin normal? cemasnya…
IBU STRES SUSU BADAN KURANG, ANAK MENGAMUK KEHAUSAN! KETAHUI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA! Alaaaa.. baru sebulan menyusukan anak, susu makin kurang dan takda! anak asyik merengek..stresnya! perlu ke aku bagi susu formula? Jangan dulu! kalau belum iktiar apa-apa, jangan terus putus asa dan buat keputusan terburu-buru. Kaji dulu dimana silapnya sampai susu kita kurang dan…
#kisahbenar MAIN ACI SEMBUNYI DENGAN DOCTOR… hehe Salam 9bulan10hari… tak tahu nak mula dari mana cerita ni.. bila ingat rasa kelakar… apapun.. tolonglah rahsiakan identiti saya… Alkisahnya bulan May aritu kan sis ada share pasal Pap Smear… saya memang tak tahu pasal tu… walaupun dah 2 orang anak ni…. maybe terlepas pandang…. Lepas sis ceritakan…
Setiap ibu pastinya pernah memasang impian untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Namun tak semua ibu direzekikan dapat menyusukan bayi dengan sepenuhnya tanpa memberikan susu formula. Mengapa ianya terjadi? apa petua untuk banyakkan susu badan? Ada sesetengah ibu, tak perlu buat apa-apa, susunya melimpah ruah. Kita boleh anggap ia sebagai rezeki bayi tersebut untuk menyusu sehingga cukup…