DIY TUNGKU BAYI! JIMAT, MUDAH DAN BANYAK MANFAATNYA.
Bayi kerap kembung perut, anak kena sawan tangis & terkena angin pasang! WAJIB CUBA tips ini! baik untuk bayi dan ibu selepas bersalin.
Ingatkan bertungku baik untuk ibu bersalin je, rupanya banyak manfaatnya untuk bayi juga. Ikuti perkongsian menarik cara DIY tungku bayi ekspres yatieimra
Anak kecil & bayi (terutamanya) memang tak dapat dipisahkan dengan penggunaan tungku/tuam. Bayi baru lahir perlu ditungku untuk hangatkan badan bayi selepas mandi, kurangkan kembung perut/angin dalam badan & juga elakkan angin pasang (bagi anak lelaki).
.
.
Anak saya ada masalah sawan nangis akibat terlalu kerap kembung perut sejak dari lahir. Bekalan minyak telon & tungku bayi memang wajib ada. Masuk 7 bulan baru kurang sakit perutnya. Selama tu jugaklah tungku bayi tak tinggal.
Baru² ni masa anak kena cirit birit akibat tonsillitis (hampir 2 minggu), saya buatkan tungku bayi ekspres ni untuk kurangkan kembung perut & hangatkan badan anak. Almaklum lah, cirit birit ni kalau badan sejuk, lagi menjadi² sakit perutnya. Tungku ni mudah disediakan & time² terdesak, memang guna tungku ni je.
Macam² bahan orang buat tungku bayi ni. Tapi yang selalu saya buat 2 je bahan utama. Herba² lain boleh digunakan sebagai tambahan supaya tungku lebih efektif.
Bahan Utama :-
2. Bahan pemanas (pasir pantai/debu tanah/garam/beras)
Semua bahan² yang dinyatakan kat atas ni boleh serap & simpan haba apabila dipanaskan. Bahan² ni berfungsi kekalkan suhu panas tungku bayi agar tahan lebih lama. Jadi memudahkan kerja ibu² & tak perlu kerap sangat panaskan balik tungku.
.
.
Boleh gunakan pasir pantai, debu tanah (tanah ditapis dengan penapis besi untuk buang batu & bendasing & dapatkan debu² yang halus je), garam ataupun beras. Gunakanlah bahan yang ibu² mudah dapat ye. Masa berpantang dulu saya tinggal dirumah mak, jadi debu tanah (tanah yang halus) memang mudah dapat. Tapi sekarang saya gunakan garam je.
2. Bahan untuk singkirkan angin :-
Yang ni memang paling banyak variasi. Ada yang gunakan lada hitam, habatussauda, halba, biji sawi, jintan, biji ketumbar & macam² lagi. Selalunya saya hanya gunakan lada hitam sebab tu je bahan yang sentiasa ada kat dapur. Tapi kali ni saya tambahkan rempah campur (untuk masak kari tu) sebab dah ada campuran halba, biji sawi & jintan dalam tu. Hehee..
Ni Cara Saya Buat Tungku Bayi Ekspres
½ cawan garam (lebihkan pun boleh)
2 sudu makan lada hitam
1 sudu makan rempah campur (optional)
1. Campur semua bahan. Panaskan selama 5-7 minit diatas dapur hingga panas & naik baunya.
2. Boleh gunakan kain perca atau baju lama anak (lengan panjang) untuk ikat bunjut tungku ni.
Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih/daun mengkudu jika ada. Curah campuran garam yang telah dipanaskan di bahagian tengah baju.
.
*Boleh juga lapiskan kain dengan daun sirih atau daun mengkudu sebelum curahkan campuran yang dihangatkan tadi
*Boleh juga panaskan bunjut tungku dengan seterika jika suka, tapi suhunya tak betul² sekata & panasnya juga tak tahan lama
Sebaik²nya simpan dalam bekas jika gunakan garam sebab lama-kelamaan garam akan menjadi lembap & berketul.
*Untuk garam & beras, tak disarankan simpan dalam kain sebab garam & beras ni serap kelembapan gak. Garam akan jadi lembap & beras akan berkulat. Sebaik²nya campuran garam/beras disimpan dalam bekas bila tak digunakan dalam tempoh yang lama.
Tinggikan bahagian bawah/kaki baju
Pegang bahagian leher baju seperti gambar di atas (pastikan kedudukan bahagian bawah baju tadi lebih tinggi dari bahagian leher). Ikat kedua² lengan baju ke belakang.
Ikat dengan kemas supaya garam tak terkeluar.
*Saya tak ikat mati sebab lebih suka buka & panaskan balik campuran garam tadi dalam pan bila nak guna.
*Boleh tengok gambar cara saya ikat tungku bayi ni gunakan baju bayi terpakai.
Tarik bahagian lengan baju ke depan & ikat sekali lagi untuk kemasan.
Untuk bayi boleh lapik dengan kain sebelum tungku. Pastikan tungku telah suam sebelum tungku secara direct atas kulit.
Lain² tip:
*Sebelum tungku bayi/anak pastikan lapik dengan kain (atau alas dengan baju) supaya tak terlalu panas.
*Pastikan tungku dah suam (test pada bahagian atas tangan sendiri dahulu) sebelum tungku secara terus atas kulit anak.
.
.
*Untuk elakkan masalah angin pasang bagi bayi lelaki, setiap kali lepas mandi tuam bahagian alat kelamin anak untuk elakkan bahagian tersebut sejuk (pastikan tungku suam/berlapik kain). Dap atau tekap sekejap² je tungku bayi di bahagian ari-ari dan sekitar kawasan alat kelamin (dari bahagian bawah kemaluan & tolak menghala ke atas dengan perlahan). Buat 2-3 minit. Kemudian tuamlah perut dan tapak kaki selama 3-5 minit.
*Bagi masalah anak kecil yang cirit-birit tanpa henti, boleh juga tuam bahagian perut & bahagian punggung untuk hangatkan badan anak. Diikuti kawasan peha & tapak kaki.
*Saya dulu bersalin secara ceaser sebab fetal distress. Saya gunakan tungku yang sama (gandakan sukatannya) & tambahlah daun sirih/mengkudu jika ada untuk tungku bahagian perut (elakkan tungku kawasan luka ceaser). Tungku ni ringan & sesuai digunakan untuk ibu² yang bersalin secara ceaser gak untuk bantu cepatkan proses kecutkan rahim & kurangkan angin dalam badan.
Semasa hamil, walaupun mommy nak sangat makan itu dan ini disebabkan ‘anak yang mintak’ hihi… tapi mommy perlu untuk makan juga makanan berkhasiat. Contoh, katakan di awal kehamilan mommy, mommy terlalu loya sampai bau asif folik pun mommy muntah… Memandangkan mommy perlu juga makan asid folik demi perkembangan baik pada anak dalam kandungan, so mommy…
Bukan mudah untuk menguruskan rumah bila ada anak kecil. Tambahan pula si anak suka ‘melekat’ dan tak mahu berenggang dengan ibu. Lebih parah dia menangis walaupun kena tinggal sekejap. Maka tergendalalah segala kerja si ibu! Jangan panik ibu-ibu, ikuti tips menarik dari Konsultan Tangisan Bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib bagaimana untuk menangani anak suka berkepit…
Bila anak tak dengar cakap, buat perangai dan sukar menerima arahan, kaji semula bagaimana cara kita memberi arahan kepada mereka. Elak menjerit atau memukul anak jika dia enggan mendengar apa yang kita suruh. Semoga tips dari Puan Farhan ini dapat bantu anda. Saya suka dengan satu konsep yang saya baca dalam sebuah buku parenting. Konsepnya adalah kaki…
Kenapa bahagian belakang kepala bayi saya ni meleper? Ramai ibu yang bertanya soalan ni semasa di klinik. Ada bayi yang bentuk kepala mereka semasa lahir cantik bujur, tapi selepas beberapa bulan mula menjadi leper terutama di bahagian belakang kepala. Inilah yang dipanggil sebagai Flat Head Syndrome. Puncanya disebabkan oleh bayi banyak diletakkan dalam posisi menelentang…
Semasa dilahirkan, otak bayi mengandungi 100 bilion neuron. Melalui penyelidikan otak membuktikan, persekitaran mempunyai kesan kepada perkembangan otak bayi dan kesihatan secara keseluruhan. Ini bermakna anda sebagai ibu bapa perlu memberikan rangsangan kepada anak. Pada tahun pertama kehidupannya, anak akan mengembangkan trilion sambungan sel otak yang dikenali sinapsis saraf. Sangat mengagumkan! Jumlah rangsangan yang diterima…
Risaunya tengok Alya ni.. budak-budak sebaya dia semua dah boleh berjalan, bercakap walaupun pelat dan pandai bergaul. Kenapa anak aku tak macamtu? macamana nak tahu samaada anak delay atau tak? Ada sesetengah anak-anak perkembangan mereka berbeza-beza walaupun umurnya sebaya. Tak dinafikan ada ibu ayah yang ‘terganggu’ apabila anak mereka berlainan dari orang lain. Kerisauan ini…