Pulmonary Embolism
|

PULMONARY EMBOLISM PEMBUNUH SENYAP WANITA! Ketahui 7 Tips Menghindar PE.

Bahaya kalau anda tak sedar kewujudan PE ni. Bila stress, penat atau sakit dada yang membuak-buak tu, cepatlah bertindak. Jangan biar! ibu berpantang berisiko besar terkena pulmonary embolism ni.

APA SEBENARNYA PULMONARY EMBOLISM?

Pulmonary embolism (PE) iaitu cebisan darah beku masuk ke peredaran darah ke paru-paru yang menyebabkan saluran darah peparu tersumbat.

Ibu hamil dan bersalin berisiko mengalami PE kerana kandungan darah mereka ketika itu lebih pekat daripada biasa.

Apabila bayi dalam kandungan semakin membesar, ia akan menekan saluran darah. Hal itu menyebabkan saluran darah utama menjadi kurang lancar, kemudiannya menyebabkan terbentuknya darah beku di saluran darah pada betis.

Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.

Foto Kredit: northwestradiology.com

Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism. 

Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.

Ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan (Czer) juga berisiko untuk dapat PE ni.

Sebab itulah bila abis bius, doktor selalu pesan banyakkan membuat pergerakan atau berjalan perlahan-lahan ke tandas.

Jangan duduk saja. Ini bagi mengelakkan darah beku terbentuk kerana kurangnya pergerakan selepas bersalin. Ibu boleh perhatikan jika PE menyerang, darah beku terbentuk akan berkumpul pada bahagian betis, tiba-tiba bengkak kaki dan sakit ketika berjalan.

Gejala itu perlu dirawat cepat, jika tidak darah beku dalam saluran darah boleh bergerak pada saluran paru-paru. Ia boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

Foto Kredit: rtmagazine.com

SIAPA LEBIH BERPONTENSI DISERANG PULMONARY EMBOLISM?

  • Mengalami dehidrasi atau kurang air dalam badan.
  • Bersalin secara pembedahan.
  • Ibu ada penyakit darah tinggi semasa hamil dan berterusan selepas bersalin.- Mengalami masalah air ketuban banyak.
  • Melahirkan anak kembar.
  • Ibu pernah berhadapan masalah darah beku sebelum dan semasa mengandung atau pada kandungan terdahulu.
  • Tumpah darah ketika bersalin.
  • Muntah-muntah teruk masa hamil.- Urat-urat timbul pada kaki- Proses bersalin yang lama (lebih 24 jam).

Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa. Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah.

Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi. Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.

Tanda-tanda awal adalah:

  • Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
  • Sukar untuk bernafas
  • Sakit dada
  • Batuk berdarah
  • Nadi sangat laju

Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan.

Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.

Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.

Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.

Foto Kredit: familydoctor.org

TIPS UNTUK MENGHINDAR SERANGAN PULMONARY EMBOLISM

  1. Selepas bersalin, bila doktor suruh berjalan, janganlah marah-marah. Ada sebabnya kenapa kita perlu buat banyak pergerakan. Turun dari katil perlahan-lahan dan berjalan. Ianya juga membuatkan luka bersalin cempat sembuh.
  2. Pakai stoking khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki.
  3. Jika perlu, anda akan dibekalkan ubat pencair darah heparin/clexane.
  4. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi. Air dapat memberikan anda tenaga.
  5. Jangan stress, sehingga darah boleh naik mendadak. Proses berpantang agak rumit, dengan membiasakan diri dengan bayi, tak cukup tidur susukan anak dan sebagainya. Sila kawal emosi dan minta tolong suami bantu anda ya.
  6. Berurutlah dengan tukang urut profesional. Dengan urutan dapat memulihkan urat yang tegang dan memulihkan semangat wanita bersalin.
  7. Bertungku selama yang boleh, ia dapat melancarkan peredaran darah anda.

Sumber rujukan: The Malaysia Medical Gazette

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *