Motor Skills
|

35 Aktiviti Untuk Melatih Motor Skills Anak Dari Usianya 3-12 Bulan, Jom Buat!

Dari kita dedahkan anak dengan gajet, apa kata kita buat banyak aktiviti yang boleh mengasah motor skills mereka. Aktiviti menarik ini dikongsikan oleh bonda Nurul Haziatul Munira, jom ikuti aktiviti ini.

Early Childhood Phase

Bonda nak share pengalaman Bonda sepanjang tengok dua dua anak Bonda membesar . macam yang selalu orang tua kata , lain anak lain ragamnya . Kadang kadang kita sebut je tapi tak tahu punca kenapa ragamnya macam tu.

Bonda memang nampak beza Aryan and Mika sepanjang mereka membesar . Apa yang Bonda buat untuk Mika , tak sama dengan apa yang Bonda dapat buat untuk Aryan masa Aryan baya Mika dulu.

Ini yang Bonda maksudkan , Aryan waktu umur setahun , geli pijak pasir , takut mandi swimming pool , and cepat takut bila dengar bunyi mercun . Mika pula , tak geli dengan pasir , seronok bila masuk dalam air , and menyorak bila dengar bunyi mercun.

Contoh Aktiviti Dari Bonda Nurul Haziatul Munira

Kenapa macam tu ? waktu Aryan baby sampai lah ke umur macam Mika , Bonda tak buat activity yang Bonda sekarang apply pada Mika . Waktu tu masih cari tune nak jaga anak first. new mother la katakan.

Pengalaman pun takda. Jadi , bila dah nampak kesan tak beraktiviti dengan anak dari awal usia , Bonda tekad nak istiqamah dalam baiki skills parenting Bonda dengan buat yang lebih baik untuk Mika dan Aryan.

Mula mula Bonda rasa macam dah terlambat untuk buat semua tu untuk Aryan. Tapi hakikatnya , tak pernah ada istilah terlambat bila kita usaha cari method apa nak guna untuk improve level anak kita. dan of course , bila kita sedar kepentingan lesson yang kita nak berikan pada anak anak kita , nothing is impossible.

Contoh Aktiviti Dari Bonda Nurul Haziatul Munira

Mungkin pada segelintir orang , akan cakap yang bazir masa je nak beraktiviti dengan anak kecil yang tak tahu apa apa ni . Bonda tak setuju sebab waktu anak umur 0-3 tahun ni lah waktu yang mereka serap semua benda macam sponge..

Apa sahaja kita buat akan dicontohi . pesanan mungkin tak selalu effective untuk disiplinkan anak ataupun nak buat anak dengar kata . tapi , perbuatan kita , habit kita , lifestyle kita yang diperhatikan oleh anak kita akan sentiasa jadi asas perangai anak anak kita.

Pengalaman sub conscious anak anak kita bersama kita dari lahir sampai lah atleast umur 3 tahun , akan jadi orientation atau fundamental dalam hidup mereka pada tahun tahun berikut sebelum mereka bercampur dengan circle lain kat luar rumah.

Jadi , kita kena set satu standard atau batu asas yang boleh bantu anak kita bina personality mereka dari awal usia . macam mana tu ? mulakan dengan latihan asas.

Contoh Aktiviti Dari Bonda Nurul Haziatul Munira

Contoh Latihan Asas

  1. Latih minda
  2. Latih emosi
  3. Latih motor skills
  4. Latih hati

Takda clue nak buat semua ni ? zaman sekarang makin maju . banyak content creator yang share pasal semua topic kat atas tu . kita samada rajin atau tak je nak explore. bukan habis 10 jam pun nak google contoh activity yang boleh kita jadikan method untuk latih anak kita berkaitan 4 perkara kat atas ni.

Dan mitos yang selalu berlegar dikalangan parents adalah COST . tak perlukan tools yang mahal pun . guna barang sekeliling kita pun dah memadai . macam Bonda , Bonda pilih untuk DIY kebanyakan activity sebab Bonda percaya yang kita boleh capai hasil yang baik dalam nak jalankan activity dengan anak tanpa berhabis duit banyak banyak . Boleh rujuk gambar kat bawah nanti.

Untuk Parents yang masih mencari tune , Bonda dengan berbesar hati nak jemput semua untuk follow activity Bonda buat dengan anak anak Bonda ni . jangan takut atau malas malasan . Biar penat sekarang , jangan Pening nanti .

Dalam gambar semua contoh activity sewaktu Mika 3 bulan hingga 12 bulan .

KENAPA PENTINGNYA MENGASAH MOTOR SKILLS ANAK DARI AWAL?

Kemahiran motor halus sangat penting, kerana ia membolehkan kanak-kanak menggunakan anggota badan untuk membuat gerakan. Pergerakan ini melibatkan otot-otot kecil pada tangan, jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah.

Perkembangan motor halus untuk membantu kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti seharian dan melalui proses pembelajaran dengan sempurna. Contohnya pada usia 3 tahun, anak sudah boleh memegang sudu dengan betul.

Jadi dia sudah boleh makan sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Dia juga sudah boleh memusing knob pintu sendiri. Penting kan untuk anak jalani kehidupan dengan lebih mudah.

Dan banyak lagi perkembangan yang melibatkan kemahiran motor halus seperti memegang pensel, menggunting, memakai baju sehinggalah menggunakan pisau roti untuk memotong makanan lembut. Dengan perkembangan motor halus yang optimum, anak dapat berdikari lebih awal dan berpeluang meneroka dunia yang lebih luas.

Ibubapa perlu sentiasa mendedahkan anak-anak dengan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan motor halus dengan lebih banyak.

Kredit: Nurul Haziatul Munirah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *