Kontraksi Sebenar
|

5 perbezaan kontraksi palsu & kontraksi sebenar sebelum bersalin. jangan keliru!

Alaaa bang, perut ayang dari pukul 8 malam tadi asyik mengeras je, tapi due date lama lagi ni, tak tahulah nak bezakan kontraksi palsu ke kontraksi sebenar ni. First time ayang rasa macam ni. Dah nak bersalin ke ni?

Pastinya ini selalu terjadi kepada ibu yang baru pertama kali nak melahirkan anak. Tak dinafikan kadang-kadang kita rasa keliru dengan pelbagai tanda bersalin. Setiap orang pengalamannya berbeza.

Bila kandungan dah masuk 37 minggu, maknanya ibu-ibu sudah berada di peringkat akhir kehamilan. Siapa yang tak cemas dan takut kan bila nak melalui proses bersalin?

Pernah ada satu kes, ibu ni dah ke hospital dah ingatkan dah nak bersalin. Suami dia punyalah pecut bawa kereta selaju yang boleh, dia paniklah takut wife dia bersalin dalam kereta. Bila sampai hospital, check jalan semua, check jantung bayi, rupanya hanya kontraksi palsu.

Sebelum ibu-ibu panik tak tentu pasal, pastikan anda tahu bagaimana nak bezakan antara braxton hicks atau kontraksi palsu dan kontraksi sebenar.

Kredit Photo: healthline.com

Apa itu Braxton Hicks?

Simpton hendak bersalin berbeza bagi setiap wanita. Dalam peringkat awal kelahiran, ibu mungkin berasa sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen yang disertai rasa kejang seolah-olah senggugut.

Namun jika tidak disertai rasa sakit dan lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah, ia mungkin Braxton Hicks. Jadi, kenali simptom sebenar supaya ibu tidak penat berulang-alik ke hospital.

Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Norshida Brahim dalam artikelnya dalam Harian Metro “Braxton Hicks lazimnya berlaku paling awal pada usia kandungan lapan bulan atau 32 hingga 36 minggu. Ibu akan merasa perut mengeras, tidak selesa dan berat di bahagian ari-ari.

“Kontraksi ini dirasakan bermula dari bahagian atas perut sampai ke bawah, tetapi tidak disertai rasa sakit. Hanya tubuh ibu yang akan berasa tidak selesa.

Kredit Photo: parenting.firstcry.com

6 PERBEZAAN KONTRAKSI PALSU DAN KONTRAKSI SEBENAR.

  1. Bila Sakit Mula Berlaku?

Kontraksi Palsu: Tendangan dia agak berbeza. Kontraksi ini mula dirasai sejak trimester kedua, iaitu sekitar 4 bulan. Ia adalah salah satu cara untuk melatih tubuh anda membuat persediaan sebelum bersalin.

Kontraksi Sebenar: Kontraksi sebenar hanya akan berlaku apabila kandungan masuk 37 minggu ke atas.

2. Tahap Kesakitan Yang Ibu Alami?

Kontraksi Palsu: Mommy akan rasa seperti mengetat dan ‘mengeras’ di bahagian hadapan perut sahaja. Tetapi ia biasanya tidak menyakitkan dan tidak kerap. Ia akan hilang beberapa ketika.

Kontraksi Sebenar: Dia punya sakit sangat dasyat! Sekali dia datang bukan perut pada perut je, dari pinggang hingga ke kawasan peranakan tu rasa sakit. Tak boleh nak senyum dah. Muka dah berkerut habis menahan sakitnya tu. Nak jalan pun rasa mencengkam je di kawasan peranakan.

Kesakitan tersebut berpunca daripada pengecutan rahim. Kesakitan ini akan berterusan dan bertambah sakit apabila bukaan pangkal rahim semakin aktif. Kesakitan juga akan ibu rasai apabila bayi mulai turun dan sampai dalam vagina dan bersedia untuk keluar.

Kredit Photo: healthline.com

3. Tempoh Masa Kontraksi?

Kontraksi Palsu: Berlaku dengan pantas, kurang daripada seminit. Tempohnya berlaku secara tidak tetap. Kejap datang, kejap pergi. Bila kita ubah postur badan kita. Kesakitan itu beransur pulih dan baik.

Kredit Photo: imedicalapps.com

Kontraksi Sebenar: Berlaku lebih lama, sekitar 60 saat atau lebih. Ia akan berlaku secara tetap. Selalunya doktor anda akan menasihatkan agar mommy catit berapa lama kontraksi berlaku. Nak lebih mudah, mommy download apps untuk merekodkan berapa lama kontraksi yang anda alami.

4. Bila Kontraksi Ini Akan Menghilang?

Kontraksi Palsu: Kontraksi ini boleh hilang apabila anda menukar posisi, berjalan, berehat, atau meminum air. Bila kita berehat dan tidur seketika, sakit akan beransur hilang.

Kontraksi Sebenar: Tanda hampir bersalin ini akan menjadi semakin kuat dan tidak akan berhenti walaupun anda mengubah kedudukan dan pergerakan. Masa ni nak buat apa semua serba tak kena, mengiring salah, duduk salah.. nak bercakap pun rasa nak marah. Tak boleh nak digambarkan kesakitan ini.

5. Apa Yang Anda Perlu Buat Bila Kontraksi Datang?

Kontraksi Palsu: Kontraksi ini tidak merbahayakan dan ia boleh berlaku sebanyak beberapa kali dalam sehari. Minum air kosong, relaks dan menukar posisi ketika berehat, ia akan bantu mommy utk lebih selesa. Pastikan 10 kali gerakan bayi dalam kandungan tu mommy kena alert, make sure dia aktif.

Kontraksi Sebenar: Kontraksi ini biasanya beserta tanda nak bersalin seperti keluar darah, cecair mukus, atau pecah air ketuban. Segeralah ke hospital jika anda berasa kontraksi yang kuat setiap 5 minit dalam tempoh 1 jam.

Kredit Photo: news.ohsu.edu

TIPS MUDAH BERSALIN BILA DAH MASUK TRIMESTER AKHIR KEHAMILAN

  • Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan.
  • Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.
  • Jangan stress! dapatkan ketenangan fikiran sebanyak mungkin. Lebih2 lagi diakhir kehamilan.
  • Bagi suami, maafkan semua dosa isteri. Luangkan masa bersama lebih lama.
  • Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah tanpa mengangkat benda berat.
  • Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.
  • Kerap ‘bersama’ dengan suami, lebih bagus di hujung kehamilan.
  • Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi dan doa Nabi Yunus. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.
  • Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.
  • Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor.

Diharapkan para ibu tahu tanda-tanda hampir bersalin. Walau apa pun yang berlaku, anda perlu positif, tenang dan jangan takut. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan Tuhan.

Sumber rujukan: HarianMetro & Siraplimau.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *