3 resepi desert bayi yang simple dan sedap! confirm licin pinggan.

Desert Bayi

Pernahkah anda mencuba buat desert bayi atau menu sampingan untuk anak?

Sebelum perkenalkan macam-macam hidangan kepada anak. Asas tentang pemakanan anak anda perlu tahu dahulu.

Bila bayi dah masuk 6 bulan, pastinya ramai ibu-ibu yang merasa teruja untuk sediakan pelbagai menu yang sedap untuk bayi. Tapi tak semua makanan sesuai untuk bayi. Untuk permulaan, kenalkan bayi dengan bubur kosong dahulu. Mulakan dengan beri satu atau dua sudu buah-buahan seperti pir, epal atau pisang yang telah dipurikan.

Kredit Photo: herstory.co.id

Berapa Banyak Makanan Bayi Akan Makan?

Menurut Baby Center jangan harap bayi akan makan banyak pada satu masa. Perut bayi masih kecil dan perlukan sedikit makanan. Anda seharusnya masih memberi bayi anda seberapa banyak susu badan yang dia mahu, atau anda sepatutnya memberi di antara 500 ml dan 600 ml susu formula sehari.

Apa yang paling penting, jangan letak garam, gula atau apa-apa bahan perasa lain yang menyedapkan makanan anak. Biarkan keaslian rasa dari bahan semulajadi dirasai oleh anak. Barulah anak tak memilih makanan atau menjadi ‘picky eater’.

Kredit Photo: parenting.orami.co.id

Kesan Garam Dan Gula Kepada Bayi

  • Untuk mengelakkan kerosakan gigi dan buah pinggang.
  • Anak yang ketagih dengan perasa boleh jadi punca anak hiperaktif dan kurang daya tumpuan.
  • Menyebabkan bayi kurang menyusu.
  • Menyebabkan jangkitan pada telinga dan tekak.
  • Mengurangkan daya imuniti bayi dan bayi boleh terkena ‘obesiti’.

Sebenarnya bayi tidak kisah dengan makanan yang tawar atau ‘tiada rasa’ kerana deria rasa bayi masih belum dapat berfungsi sepenuhnya. Untuk orang dewasa yang merasa makanan bayi, sudah tentulah kita rasa tak sedap dan tak kena dengan selera kita. Tapi bagi bayi, dia tak memilih pun sebenarnya.

Sebab tu kita perlu jadi kreatif dan inovatif untuk mempelbagaikan menu bayi yang tanpa rasa ini. Anda perlu membuat kelainan dan mengolah makanan supaya bayi tak cepat bosan. Jika bayi dah jemu asyik dihidangkan menu yang sama berulang kali, pastinya dia akan menolak makanan.

5 RESEPI DESERT BAYI YANG ANDA KENA CUBA!

Desert Bayi- Yorkshire Pudding.
  1. YORKSHIRE PUDDING

Resepi ini dikongsikan oleh mommy Farisha Sofea. Yorkshire pudding ini dikatakan berasal dari England .Cara membuatnya juga senang serta hanya menggunakan 4 bahan sahaja . Yorkshire pudding ini juga sesuai untuk bayi berusia 8 bulan dan ke atas , cuma elakkan penggunaan garam untuk bayi berusia 2 tahun ke bawah . uUntuk versi bayi , boleh juga masukkan puri kurma / madu ( 1 tahun ke atas ) untuk memberi rasa manis.

Desert Bayi- Yorkshire Pudding.

Bahan-bahan:

  • 1 1/4 cawan susu segar.
  • 2 biji telur gred A.
  • 1 cawan tepung gandum tanpa bahan peluntur ( diayak )
  • 1/2 sk garam
Desert Bayi- Yorkshire Pudding.

Cara-Cara:

  • Satukan ke semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sebati sehingga adunan agak kembang .tuangkan sedikit minyak pada acuan muffin.
  • Panaskan oven bersama acuan pada suhu 230C selama 10 minit .setelah minyak di dalam acuan tersebut panas , dengan berhati hati tuangkan adunan ke dalam acuan.
  • Tuang separuh acuan sahaja . bakar pada suhu 230C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
  • Ketika dibakar , adunan memang akan mengembang dan membulat . yorkshire pudding ini garing diluar tetapi lembut di dalam.
  • Kebiasaannya dihidang bersama jem pilihan atau pun sos karamel. Siap , selamat mencuba !

2. HASH BROWN!

Desert Bayi- Hash Brown.

Resepi ini disediakan oleh mommy Norfaezawati Wahid. Menu ini sesuai dihidangkan kepada bayi berusia 8 bulan.

Pagi tadi saya ada share resepi hash brown. Malam ni saya buat lagi untuk frozenkan sebab Khadeeja cam suka & ibu die pun tak nak terkejar2 pepagi bersiap pegi kerja. Kalini ibu upgrade tambah tepung gandum unbleached & bentukkan guna acuan. Baru kemas cantik & tak berderai. Tapi versi mlm ni tak letak vege sbb stock tak banyak.

Desert Bayi- Hash Brown.

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Carrot
  • Brokoli
  • Cream cheese tatura
  • Serbuk ayam *optional
  • Tepung gandum unbleached
  • Unsalted butter/minyak masak
Sagat Kentang, Carrot & Brokoli.
Masak Dengan Api Yang Kecil.

Cara-cara:

  • Sagat kentang, carrot & brokoli
  • Kentang yg disagat tu perah guna kain bersih utk buang air.
  • Gaul semua bahan sagat dgn cream cheese & serbuk ayam.
  • Cairkan unsalted butter dan masukkan bahan yg digaul. Masak dengan api yg slow sehingga keperangan. Siap!
Desert Bayi- Hash Brown.

3. PANNA COTTA.

Resepi ini disedikan oleh mommy melur Nurhazwana Nazir.

Bahan-bahan:

  • Susu Fullcream 200ml
  • Cream Cheese 2 Sudu
  • Agar2 Tali 1 Sudu (Potong Kecik)
  • Air

Cara-cara:

  • Masak Agar2 Dengan Sedikit Air Sehingga Hancur.
  • Masukkan Susu Fullcream & Cream Cheese. Kacau Sebati.
  • Tuang Kedalam Bekas. Dah Sejuk Sikit Masukkan Dalam Peti Ais.
  • Hias Dengan Buah Kesukaan Anak. Siap!
Desert Bayi- Panna Cotta.

Yang Pasti Mama Kena Try 1 Sudu Dulu. Mesti Nak Lagi. Sedap Rasa Lemak2 Cream Cheese.*Sesuai Untuk 8 Bulan Keatas Sebab Ada Penggunaan Cream Cheese & Susu Fullcream.

Mommy jangan lupa cuba desert yang mudah dan sedap ini ya! Selamat mencuba.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on whatsapp
Share on twitter
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Dapatkan Ebook 9Bulan10Hari

Untuk lebih banyak tips menarik tentang kehamilan, kelahiran, berpantang, penyusuan, rumah tangga dan nasihat dari 12 pakar hebat!

Tinggalkan Komen Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *