proses kelahiran
|

7 TEKNIK MEMPERCEPATKAN PROSES KELAHIRAN ANAK

Ada tips tak nak percepatkan proses kelahiran? Seramnya dengar pengalaman ibu-ibu yang dah pernah melahirkan anak! cemas pula nak melahirkan bayi sulung saya ni.. saya jadi takut sampai tak dapat nak lelapkan mata setiap malam.

BERAPA LAMA PROSES KELAHIRAN ANAK?

Proses kelahiran anak setiap ibu adalah berbeza-beza tempohnya. Jangan streskan diri atau terlalu takut memikirkan bagaimana nak lalui proses bersalin. Sebaliknya anda perlu banyakkan membaca pelbagai tips untuk mempercepatkan bukaan rahim bila kontraksi sudah bermula.

Doktor akan menghitung tempoh proses kelahiran dari masa serviks terbuka sebesar tiga hingga empat sentimeter.

Ini dikira sebagai permulaan “fasa aktif” atau “mantap” dalam proses kelahiran. Dari tempoh ini, anda mungkin sudah mengalami kontraksi yang agak sakit selama beberapa jam. 

Ketika ini perasaan ibu akan jadi sedikit gusar dan panik. Semua benda rasa serba tak kena. Sakit kontraksi datang dan pergi sesuka hati. Dari pinggang hinggalah di kawasan serviks semua rasa sakit.

Jumlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah 8 jam. Jadi ia boleh mengambil jangka masa lebih atau kurang dari itu.

Jika anda melahirkan anak pertama, mungkin ianya akan mengambil masa sedikit. Ada ibu yang cepat dan ada ibu yang lambat sehingga 18 jam proses kelahirannya.

Jika ibu dah pernah melahirkan anak sebelum ini, purata masa menjadi aktif ialah lebih kurang 5 jam. Dan kemungkinan ia akan mengambil lebih daripada 12 jam adalah sangat kecil.

Anda perlu ingat, janganlah terlalu mengharap proses kelahiran berlalu dengan cepat. Ada sesetengah pakar berpendapat ianya bukanlah perkara yang lebih baik bagi anda dan bayi jika proses kelahiran itu bergerak cepat.

Sebenarnya, proses kelahiran yang terlalu pantas boleh meletihkan fizikal dan emosi ibu dan bayi. Risikonya bayi boleh stres dan lemas dalam perut.

Foto Kredit: jurnalkeluarga.com

3 PERINGKAT BERSALIN YANG PERLU ANDA TAHU

  1. Peringkat Pertama – Peringkat ini ialah peringkat paling lama dan dibahagikan kepada 3 lagi bahagian, iaitu
  • Fasa Awal – Bukaan rahim bermula dari 1cm hingga 3cm
  • Fasa Aktif – Bukaan rahim bermula dari 3cm hingga 7cm
  • Fasa Transisi – Bukaan rahim bermula dari 7cm sehinggalah 100% terbuka iaitu sebesar 10cm.

2. Peringkat Kedua – Peringkat ini bermula dari terbukanya rahim 100% (10cm) sehinggalah bayi berjaya dilahirkan

3. Peringkat Ketiga – Peringkat ini ialah apabila janin berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari perut ibu.

Foto Kredit: mooimom.id

FASA AKTIF PROSES KELAHIRAN

Mempercepatkan proses kelahiran dipanggil augmentasi.

Jika ibu-ibu rahimnya telah membuka jalan dengan lebih cepat, doktor atau bidan akan memeriksa anda setiap 4 jam dan bukan setiap 1 @ 2 jam. Langkah ini diambil bagi mengelakkan pembedahan Czer berlaku.

Tetapi, jika serviks anda tidak terbuka pada kadar sekurang-kurangnya setengah sentimeter setiap jam dalam jangka masa empat jam, doktor akan berbincang cara yang terbaik untuk mempercepatkan proses kelahiran.

Ini dipanggil “poor progress’ .

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PROSES KELAHIRAN MENJADI LAMBAT:

  • Kedudukan bayi anda
  • kontraksi tidak berapa kuat
  • pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai

1/4 wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android), yang menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang ke belakang. Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyukarkan lagi proses kelahiran.

Ingatlah, serviks mengambil masa lebih lama bagi untuk terbuka bagi lima sentimeter pertama berbanding lima sentimeter kedua.

Ini kerana, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, serviks akan terbuka dengan lebih cepat.

TEKNIK-TEKNIK SEMULAJADI MEMPERCEPATKAN PROSES KELAHIRAN

  • Rajin-rajinlah berjalan walaupun sakit. Berjalan boleh menggalakan bukaan rahim. Pundi kencing yang penuh juga boleh melambatkan proses kelahiran anda kerana ia menghalang penurunan kepala bayi anda.
  • Jika anda berbaring di katil dalam bilik bersalin, bangun dan bersujud.
  • Jika ada suami disebelah, minta dia urutkan belakang badan anda.
  • Hayunkan punggung dan bongkok ke hadapan semasa kontraksi untuk membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat ke atas serviks.
  • Tukar posisi anda. Apabila kontraksi menjadi semakin kuat, anda mungkin tidak mahu berjalan-jalan tetapi bidan atau jururawat anda boleh menolong anda mencari posisi yang lebih selesa.
  • Makanlah kurma dengan jumlah ganjil. Banyakkan berdoa, berzikir dan minta kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan bersalin.

NAK MUDAH BERSALIN? AMALKAN TIPS INI KETIKA MENGANDUNG

  1. Amalkan Bacaan Surah Maryam

Surah ni sesuai diamalkan dengan tujuan supaya mudah bersalin. Setiap kali solat, dalam sujud, berdoa supaya dipermudahkan bersalin.

2. Khatam Al-Quran Sepanjang Hamil

Tidak perlu terlalu memilih surah, baca kesemua pun lebih baik lagi, pahala pun lebih, mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.

3. Kerap Bersama Suami

Kerap bersama suami (bersetubuh) pada saat akhir menanti kelahiran. Mengikut petua orang-orang terdahulu, ini merupakan selusuh yang paling original. Jika mengikut pendapat sesetengah pengamal perubatan pula, air mani merembeskan suatu hormon yang boleh menyebabkan kontraksi.

4. Amalkan Makanan Sunnah

Amalkan kurma, kismis, madu dan habbatus sauda sepanjang kehamilan. Amalan ini dipercayai dapat mengelakkan bayi jaundice, selain memudahkan proses bersalin.

5. Elakkan Terlalu Berehat

Buat kerja rumah macam biasa tapi tidak terlalu lasak. Buat senaman kegel dan yoga. Anda digalakkan untuk banyakkan berjalan semasa minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.

6. Jangan Minum Air Selusuh Terlalu Awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar.

Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye.

Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

7. Doa Nabi Yunus Jangan Lupa Amalkan

Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya AllahAllah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.

8. Jangan Lupa Minta Maaf Dengan Semua Orang

Yang ni part paling syahdu. Dekat­-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, especially suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu ketika bersalin kita ditakdirkan syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf kan?

Kami mendoakan semua ibu yang bakal melahirkan anak, melalui proses kelahiran yang mudah dan dilancarkan segala urusan. Apa yang penting jangan stres, jangan cemas dan jangan takut. Fikir yang baik-baik je.

Sumber rujukan: babycenter

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *