Bengkak Susu
|

JIKA BENGKAK SUSU, PELAJARI 8 CARA MENGELUARKAN SUSU TERSEBUT.

Siapa pernah kena bengkak susu?

Ibu yang menyusukan anak semestinya sudah ‘lali’ dengan situasi ini. Bila kena bengkak susu sememangnya satu keadaan yang amat memeritkan.

Pada ketika itu, payudara kita terasa amat keras, sangat sensitif terhadap sebarang sentuhan. Silap hari bulan, emosi pun turut akan terganggu, rasa nak hangin satu badan dan nak marah saja.

Hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan tahu betapa terseksanya jiwa raga ketika itu. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan susu ibu yang berlebihan dan tidak dikeluarkan sepenuhnya.

Dan ada juga ibu yang suka menangguhkan proses penyusuan atau mengepam, kononnya nak tunggu ‘breast’ penuh barulah dapat hasil yang banyak.

Kerana sikap sambil lewa ibu inilah, terjadinya bengkak susu. Keadaan ini menyebabkan payudara akan berasa sakit apabila mengeras. Ini sekali gus menyukarkan ibu untuk menyusukan bayi. 

Foto Kredit: hushhushlittlebaby.com

PERKONGSIAN DARI SEORANG IBU YANG PERNAH MENGALAMI BENGKAK SUSU

Bila mengandung anak pertama saya dulu.. saya memang takda masalah bengkak susu atau putting tersumbat ni.. sampailah saya melahirkan anak kedua saya.. lepas lahir 2 hari, payudara saya mula mengeras dan sukar untuk saya bagi susu dekat anak saya.. dia jadi tak puas dan melalak..

Nurse pesan supaya jangan stress sebab susu taknak keluar kalau kita tension.. tapi ia jadi bertambah-tambah stress bila payudara saya semakin membengkak bagaikan buah kelapa yang hampir meletop! Serius tak tipu memang sakit yang amat..

Hari ke 4 saya dibenarkan pulang ke rumah.. saya rasa dah nak seram sejuk nak demam sebab saya rasa ada banyak ketulan diketiak saya.. saya syak ini memang kesan dari susu yang tak keluar ni.. Saya pun panggil mak bidan datang untuk mengurut saya.. lepas dia urut ke seluruh badan.. tibalah turn tempat yang paling saya tak suka sekali adalah di payudara..

Dia cakap dengan saya ‘ aduhhh teteknya ni memang dah bengkak sangat ni.. kau kalau tak keluarkan cepat susu ni boleh demam urat kau tau..’ kelakar pula tengok cik Jijah ni.. saya memang dah bagi anak saya minum susu, tapi dia menolak sebab nipples saya sukar untuk masuk dalam mulut dia.. saya pump pun tak jalan, makin sakit adalah..

Ok Cik Jijah tadi tuam dahulu payudara saya dengan ketulan ais.. lepas tu dia tuam pakai tuala panas.. lepas tu dia picit-picit nipple saya.. Oh tidak! Penyeksaan apakah ini?? Sakit memang sakit sampai saya pegang tirai katil sambil menjerit.. dah acik dahhhh.. pelan pelan sakit.. airmata kecilku dalam tak sedar mengalir.. cik jijah pun cakap, haaaa barulah terpancut susunya ni.. puting susu ko tersumbat ni.. tapi acik baru dapat 3 laluannya.. ada 3 lagi.. Aduhaiiii itu baru sebelah..

Cik Jijah yang berpengalaman lebih 10 tahun ni sangat mahir.. dia tahu mana yang sakit dan dekat mana yang perlu dia rawat.. Dia pulas payudara saya macam dia tengah parut kelapa sekarang ni.. sabar jela.. nak baik punya pasal.. saya sampai dah takda perasaan dah.. siap suami jengah “ kenapa awak terjerit-jerit sampai dekat luar boleh dengar ni?” haishh laki aku ni ada yang kena baham ni kang.. dia tak tahu isteri dia dah separuh azab dengan tukang urut ni..

Lepas urut sehari tu, saya rasa bengkak susu ada sikit kurang sakitnya dari sebelum ni.. tapi cik Jijah akan datang lagi mengurut untuk 4 kali lagi.. sakit memang sakit, tapi kalau dibiarkan kita yang merana..saranan saya pada bakal mak-mak yang melahirkan anak tu nanti, lepas mandi picitlah nipple anda pelan-pelan ya.. bersihkan segala kotoran dekat situ.. jika breast dah rasa penuh, tolonglah jangan tangguh-tangguh utk suskan anak atau pam.

Bila dah kena bengkak susu, baru kau ada akal kan? haha – Mummy Echa

Foto Kredit: milkbaby.com.au

ANTARA SIMPTOM BENGKAK SUSU

  • Payudara anda mengalami bengkak, keras, berdenyut dan sakit.
  • Urat-urat halus mula timbul sekitar payudara dan kemerah-merahan, terasa panas serta terdapat benjolan keras apabila disentuh.
  • Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu.
  • Kelenjar pada bahagian ketiak turut mengalami bengkak dan sakit. Ada ibu yang sampai demam dek kerana sakit yang dialami.

Foto Kredit: familyeducation.com

JANGAN PAM SUSU KETIKA PAYUDARA MEMBENGKAK. IKUTI 9 CARA MUDAH INI UNTUK MENGURANGKAN BENGKAK SUSU

  1. Mula-mula tuam payudara anda dengan ais yang dibungkus bersama kain untuk menghilangkan rasa sakit. Selepas itu tuam dengan air suam. dengan air suam. Ia bagi membolehkan susu ibu berjalan lancar.
  2. Anda juga boleh mandi air panas. Halakan air panas ke bahagian payudara. Ketika mandi, urutan secara membulat pada bahagian payudara. Anda akan nampak payudara akan sedikit kendur dan tidak tegang.
  3. Anda perlu mengatur jadual menyusukan anak mengikut rutin selama 2 -3 jam sekali. Sekiranya bayi sedang tidur, dan anda mula merasakan susu semakin banyak, bangunlah untuk mengepam susu. Jangan dibiarkan penuh dan bengkak.
  4. Ketika bengkak, perah susu dengan tangan sebelum mula mengepam dengan alat. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola.
  5. ELAKKAN menggunakan kobis untuk mengurangkan bengkak susu. Ada sesetengah pendapat mengatakan kobis boleh mengatasi bengkak susu, tetapi kobis juga mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut. Kesannya pengeluaran susu ibu akan berkurangan. 
  6. Jika bayi anda menyusu secara ‘direct’ daripada payudara, elakkan mengepam susu terlalu kerap.
  7. Elakkan dari menggunakan baju dalam yang kecil dan keta. Ia akan menyebabkan saluran penyusuan tersumbat.
  8. Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan hingga membuatkan anda rasa tak sedap badan. Dapatkan nasihat doktor sebelum anda mengambil sebarang ubat.

Foto Kredit: npr.org

JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH BENGKAK SUSU. IANYA BOLEH MENDATANGKAN RISIKO YANG BAHAYA KEPADA IBU

Bila payudara anda kerap mengalami bengkak susu ini, otak akan memberi signal kepada kilang susu untuk mengurangkan penghasilan susu.

Apabila signal ini di hantar ke kilang susu, maka penghasilan susu badan akan berkurangan. Dari situlah punca susu “drop” dan merosot permintaannya.

Payudara bengkak ini juga menyebabkan kecenderungan berlakunya Blocked Duct dan Mastitis di mana ada sesetengah kes sehingga perlu dibedah.

Kami mendoakan ibu-ibu yang menyusukan anak berjaya mengharungi segala dugaan dalam penyusuan dan teruskan usaha serta terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat anak.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *